Apa Guna Makan Kalsium Jika Tidak Diserap Oleh Tulang?

Apa guna makan pil kalsium kalau tulang tak boleh serap?



Seseorang pernah kata kat saya, tak guna makan pil kalsium dah tua-tua ni. Bukannya serap kat tulang pun.

Memang benar kata dia. Kalsium tak serap kat tulang bila dah tua. Tapi kita lupa peranan kalsium yang lain. Bukan sekadar untuk tulang sahaja.
Kalsium berperanan dalam clotting blood, sistem saraf, kawalan muscle dan pengeluaran hormon. Bukan sekadar pembentukan tulang sahaja tau.
Jadi bila dah umur 30 tahun ke atas, umur yang dikatakan kalsium tidak lagi boleh diserap oleh tulang tetapi sebenarnya masih memerlukan kalsium untuk perkara yang dinyatakan tadi.
Apa yang berlaku kalau tiada kalsium dibekalkan mencukupi secara harian kepada badan?
Haa...badan ambillah kalsium dari tulang. Takkan nak biarkan hormon tak dikeluarkan, sistem saraf dibiarkan tak berfungsi dan muscle tidak terkawal pulak. Nak tak nak, kena cari kalsium yang ada pada badan.
Dekat mana tadi ada banyak kalsium? Tulangkan?
Jadi kalsium pun ditarik keluar dari tulang.
Kalau dibiarkan itu yang akan buat tulang jadi poros dan rapuh. Tau-tau bila x-ray, dah lompong banyak. Osteoporosis lah pulak. 
Osteoporosis menyebabkan bongkok, kalau patah anggota badan sukar sembuh dan semakin pendek!
Sekiranya umur belum lagi mencecah 30 tahun lagi, pastikan kalsium diambil secukupnya setiap hari. Seumpama kita membuat penyimpanan di dalam bank. 
Sekiranya berumur lebih 30 tahun pula, pengambilan kalsium setiap hari untuk memastikan kalsium ditarik dari tulang untuk keperluan lain.



1000mg kalsium diperlukan seharian jika anda berumur 30tahun ke atas bersamaan lebih kurang 3 gelas susu sehari atau 2.5 cawan badam.

Atau lebih mudah, 4 biji Ostematrix sehari.
Pastikan kalsium mencukupi.


Untuk tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS /Whatsapp) 0192500978

Cara Memilih Vitamin Terbaik Agar Tidak Membahayakan Kesihatan

Bagaimana anda memilih vitamin untuk keperluan sekeluarga? Adakah terdapat checklist tertentu yang akan di'tick' sebelum pembelian vitamin diteruskan?


Tahukah anda bahawa terdapat kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin dari jenama tertentu mendatangkan bahaya berbanding dengan orang yang tidak mengambil vitamin langsung?



Gambar rajah di atas menunjukkan perbandingan kebarangkalian untuk mendapat penyakit tertentu seperti diabetes, strok dan serangan penyakit jantung untuk 3 kumpulan iaitu garis biru untuk yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin, garis merah yang mengamalkan vitamin jenama lain dan garis hijau yang mengamalkan Shaklee.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pengamal jenis vitamin lain berisiko lebih tinggi berbanding yang tidak mengamalkan vitamin langsung dan yang mengamalkan vitamin Shaklee mempunyai risiko yang paling rendah.


Tetapi pasti anda tertanya-tanya adakah ujian ini tidak berat sebelah? Kajian ini sememangnya tidak berat sebelah. Ia dinamakan Landmark Study. Ia dijalankan oleh para saintis diketuai oleh Dr Gladys Block dari Universiti of  California, Berkeley. Dan kajian ini akan tetap disiarkan walaupun penemuannya nanti tidak menyebelahi Shaklee.

Berani bukan? Sekiranya vitamin keluaran Shaklee berada pada graf merah pastinya organisasi tersebut akan musnah dan ranap. Namun, CEO Shaklee inginkan kepastian bahawa sememangnya vitamin ini mendatangkan manfaat kepada semua orang dan bukannya mendatangkan keburukan.



Dan kerana ini juga ramai atlet memilih Shaklee sebagai vitamin dan supplement mereka. Bukan sekadar atlet, malah angkasawan juga turut memilih Shaklee juga.


Jadi, pastikan anda memilih vitamin yang betul-betul mendatangkan kebaikan dan bukannya keburukan di kemudian hari.

Sekiranya anda ingin membaca keseluruhan jurnal tersebut, layari:

dan sekiranya anda kurang bersetuju dengan penemuan jurnal ini, hubungi dblock@berkeley.edu dan teruskan lontarkan komen anda kepada beliau.


Bagi yang ingin meneruskan pembelian vitamin terbaik iaitu Shaklee, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Pengalaman Mempunyai Kencing Manis Semasa Mengandung

[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU 
GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ] 

Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 
.

Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 
.

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil. 
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin. 


Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Mengatasi Masalah Kitaran Haid Tidak Normal Tanpa Ubat

[ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ]


Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli, berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa. 



Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah. 
.

Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.
.

Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”. 
.

Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.
.

Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016, saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.
.

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016 (35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.
.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya, sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow. 
.

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar. 
.

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.
.

Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya, sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang. 
.

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!



Untuk tempahan Vivix, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Apabila Anak Belajar Menghafal Doa

Alkisah malam tadi, Akmal 3 yang masih tadika bagitau cikgu suruh hafalkan doa. Katanya kalau tak hafal, nanti cikgu denda. Cuak sikit dia..

Jadinya, malam tadi selepas selesai buat latihan, Akmal 3 mula menghafal doa. Doa kali ini yang kena hafal doa menaiki kenderaan.


Apabila ditunjukkan gamabr doa ini (ihsan Google), katanya nak cari yang dalam rumi. Belum pandai baca yang ini lagi katanya. Memang lah pun kan. AKmal 3 masih baca Iqra' lagi. Walaupun ibunya yang bacakan tapi katanya dia nak baca juga.

Ibu pun search lagi kat Google. Jumpa pula gambar ini (juga ihsan gambar Google). 



Baru puas hati dia. Ibu pun sama-sama baca dan rupa-rupanya Akmal 3 dah hafal dah pun. Cuma terlupa masa nak mula. Keliru dengan doa-doa lain.

Tadaa...malam tadi dah hafal dah doa ini. Semoga kekal dan terpahat di dalam hati Akmal 3. Insyaallah.

Dan ini juga peringatan untuk Ibu agar menghafal juga doa-doa harian lain supaya apabila anak bertanya bolehlah Ibu ajarkan.

Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan lurus jika dia sendiri berjalan senget kan?