Sakit Selepas Makan Vitamin

8:28 pm emalin mohd 0 Comments

Pernah tak selepas beberapa hari makan supplement atau vitamin, rasa badan tak sihat seperti demam, batuk, selsema dan sakit badan? Apa tindakan kita? Apa yang kita fikirkan? Pastinya jika tidak tahu, kita akan beranggapan bahawa supplemet yang dimakan tersebut yang menyebabkan kita sakit dan akhirnya berhenti makan supplement tersebut.

Sebenarnya, badan kita dalam proses penyembuhan iaitu proses menyingkirkan toksin dalam badan. Sebagai contoh, demam, jerawat atau rashes terjadi disebabkan toksin keluar melalui kulit, sakit kepala disebabkan toksin banyak di dalam saluran darah, muntah akibat toksin keluar daripada perut, cirit-birit akibat toksin keluar melalui usus dan banyak lagi.

Untuk memastikan bahawa sakit yang dialami bahawa detokfikasi dan bukannya penyakit pastikan bahawa supplement / vitamin yang diambil adalah selamat.


 
Analogi kesan makan supplement ini sama juga sekiranya perokok berhenti merokok, perokok akan mengalami proses detokfikasi yang menyebabkan perokok mengalami pelbagai penyakit seperti batuk, demam dan gatal-gatal pada kulit. Adakah ini bermakna, rokok itu baik untuk kesihatan dan perokok itu perlu merokok semula untuk menghilangkan penyakit tersebut?

 


 
Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk meminimumkan kesan detokfikasi ini?

 
1)      Tingkatkan keberkesanan sistem pembuangan di badan iaitu melalui senaman dan minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

2)     Kurangkan makanan segera, gula dan karbohidrat dan tambahkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.


Jadi, pastikan supplement yang diambil itu selamat. Bagi yang telah makan supplement SHAKLEE teruskan pengambilan dan pastikan minum air kosong banyak-banyak.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:




Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Pernah tak selepas beberapa hari makan supplement atau vitamin, rasa badan tak sihat seperti demam, batuk, selsema dan sakit badan? Apa tin...

0 comments:

Bahaya GMO Soya

2:42 pm emalin mohd 0 Comments

 
Namun, itu JIKA dan HANYA JIKA sumber kacang soya tersebut diperolehi daripada kacang soya yang tidak dimodifikasikan genetiknya atau nama samarannya GMO Soy.
 
Antara BAHAYA GMO SOYA adalah menyebabkan punca allergic. Sumber: http://www.livestrong.com/article/200114-what-are-the-dangers-of-gmo-soybeans/
 
Biasa dengarkan ibu yang minum soya semasa hamil, kulit anaknya sangat sensitive?
 
Tambahan pula, kebanyakan produk soya tidak dilabelkan sebagai GMO atau Non GMO. Maka, sukar bagi kita pengguna biasa untuk mendapatkan Non GMO Soy melainkan membeli Soya Organik.
 
Jadi, bagaimana kita ingin mendapatkan kebaikan Soya?
 
Sumber: http://www.foodsciencesblog.com/soy-a-complete-food/
Susu Soya vs Susu Lembu
 
 
SHAKLEE ada mengeluarkan produk berasaskan Soya yang pastinya Non GMO.
 
Boleh beli hanya ESP sahaja :)
 
 
 
Atau boleh digabungkan dengan supplement lain
 
 
 
A - SET TOTAL WELLNESS / TAMBAH BERAT BADAN / IBU HAMIL

B-  SET BERPANTANG / PEMBEDAHAN CESEAREAN/KENCING MANIS

C - SET KULIT CANTIK

D - SET MILKBOOSTER IBU MENYUSU

E - SET KESUBURAN / INGIN HAMIL

F - SET KURUS & CANTIK
 
 
Hubungi Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
 

Soya banyak kebaikannya ( http://emalinmohd.blogspot.com/2013/10/kebaikan-soya.html ).   Namun, itu JIKA dan HANYA JIKA sumber kacang s...

0 comments:

Tips Banyakkan Susu Ibu Bahagian 2

7:44 am emalin mohd 0 Comments




Tambahan bagi Tips Banyakkan Susu Ibu sebelum ini:
 
1) Supply vs Demand
Konsep utama dalam penyusuan susu ibu adalah Supply vs Demand. Susu ibu tidak akan bertambah seperti membuka pili air sekiranya konsep ini tidak diterapkan.
Maka, pastikan ibu mengosongkan payudara samaada melalui pam atau 'direct feeding' antara 2 hingga 3 jam sekali. Sesi ini hendaklah ditambah sekiranya terdapat tanda-tanda pengurangan susu ibu. Ini akan memastikan bahawa badan dan otak menerima signal yang susu ibu perlu ditambah.
2) Power Pumping
Selain itu, power pumping juga boleh dilakukan sebagai stimulasi menambah susu ibu. Power pumping ini dilakukan sebanyak 2 hingga 3 sesi sehari dan kesan dapat dilihat seawal 7 hari kemudian namun bergantung kepada ibu. Namun, ada yang perlu melakukan power pumping lebih lama untuk melihat kesan peningkatan susu ibu. Power pumping bermaksud ibu perlu mengepam susu dalam masa satu jam seperti berikut:
20 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
Proses ini hendaklah diteruskan walaupun ibu mendapati tiada susu yang keluar atau hanya sekadar mengepam angin.
3) Minum air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
4) Mengurut payudara semasa mengepam
 Boleh lihat video di http://newborns.stanford.edu/Breastfeeding/MaxProduction.html
5) Makan secukupnya sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari dan  makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu seperti barli, pegaga dan lobak.
Supplement Shaklee seperti set 3M juga boleh menjadi sebagai makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu. Ini disebabkan adanya alfalfa dan soya yang menjadi antara makanan penggalak susu ibu.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Tambahan bagi  Tips Banyakkan Susu Ibu  sebelum ini:   1 ) Supply vs Demand Konsep utama dalam penyusuan susu ibu adalah Su...

0 comments:

Kebaikan Soya

1:42 pm emalin mohd 0 Comments

Energizing Soy Protein (ESP) adalah pilihan terbaik ditambah pula dengan supplement lain yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.


ESP adalah ekstrak protein yang halal dan dihasilkan dengan kualiti terbaik. ESP boleh diamalkan untuk semua golongan termasuk kanak-kanak dan mempunyai pelbagai fungsi.

Ada yang ambil untuk KECANTIKAN KULIT
Ada yang ambil untuk PENYUSUAN SI MANJA
Ada yang ambil untuk QUICK BREAKFAST & DIET

Ada yang ambil untuk TENAGA
Ada yang ambil untuk BERSUKAN + Performance Drink untuk lagi mantap
Ada yang ambil untuk KESUBURAN
Ada yang ambil untuk RAMBUT GUGUR
Ada yang ambil untuk BERPANTANG
Ada yang ambil untuk PULIHKAN LUKA PEMBEDAHAN
Ada yang ambil untuk DIABETES

dan bermacam lagi fungsinya

 Fakta ESP
- Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

- Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta separuh daripada jumlah keperluan harian Kalsium. 


 - Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

- Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Ia diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.

-Dijamin Halal. Tanpa laktosa, kolesterol dan bebas kafein.

Pilih SET ESP anda:

A - SET TOTAL WELLNESS/TAMBAH BERAT BADAN/IBU HAMIL

B-  SET BERPANTANG / PEMBEDAHAN CESEAREAN/KENCING MANIS

C - SET KULIT CANTIK

D - SET MILKBOOSTER IBU MENYUSU

E - SET KESUBURAN / INGIN HAMIL

F - SET KURUS & CANTIK

Hubungi Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Energizing Soy Protein (ESP) adalah pilihan terbaik ditambah pula dengan supplement lain yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ya...

0 comments:

Kesan Kekurangan Kalsium Semasa Berpantang

1:42 pm emalin mohd 0 Comments



Sedari daripada kehamilan lagi, kalsium amat penting untuk ibu dan ia seharusnya diteruskan setelah ibu bersalin semasa tempoh berpantang. (http://emalinmohd.blogspot.com/2013/10/kesan-kekurangan-kalsium-semasa-hamil.html)
 
 
Ostematrix (Produk Shaklee) merupakan sumber kalsium yang mengandungi magnesium, vitamin D dan dihasilkan daripada calsium citrate yang memenuhi ciri-ciri supplemen kalsium yang baik. 
 
Sedemikian, pengambilan kalsium harus diteruskan bermula daripada kehamilan sehingga setelah bersalin semasa tempoh berpantang.
 
 

 
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)

Sedari daripada kehamilan lagi, kalsium amat penting untuk ibu dan ia seharusnya diteruskan setelah ibu bersalin semasa tempoh berpanta...

0 comments:

Tips Untuk Kurus

8:27 pm emalin mohd 0 Comments





"Ala, berat naiklah bila dah stop susukan baby. Macammana ni?"

Selalukan dengar ayat di atas. Semasa hamil, ibu kata makan untuk 2 orang, selera makin menjadi-jadi berat pun bertambah. Apabila telah bersalin, apabila lambat makan, sakit perut jadi ibu pun asyik makan. Sampai orang kata, ada 'bela' ke? 'Portion' makan untuk 3 orang pun ada kalau tengok. Apabila anak sudah semakin besar dan ibu tak menyusukan anak lagi, selera makan tetap untuk 3 orang. Apalagi, badan pun mencanak naik. Tetapi, disebabkan rasa badan sihat sahaja tidak ambil peduli.

Jadi, jom kita kira BMI hari ini.

Cara mengira BMI:

Berat (kilogram) / [ Tinggi (meter) x tinggi (meter) ]

Jika BMI melebihi 30.0, mungkin anda adalah sasaran seterusnya untuk serangan penyakit jantung. Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Obesiti dikenalpasti sebagai faktor risiko utama bagi penyakit jantung.

Pernah menonton The Biggest Loser dan melihat peserta membawa beban berat badan yang telah dihilangkan? Penat bukan untuk membawa berat yang berlebihan? Bukan setakat penat, ia memberi kesan kepada organ dalaman kita.

Risiko lain OBESITI:


  • Strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes
  • Kolestrol tinggi
  • Gout
  • Sakit belakang
  • Kesukaran bernafas
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus


Jadi, jom kita kurangkan berat badan kita.


Healthy Family, Healthy Life

Tips Kuruskan Badan

1) Perlu ada kesedaran tentang kepentingan kuruskan badan. Kesan dan akibatnya. 


2) Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein, sayuran dan buah. 


3) Senaman 3 kali seminggu 30 minit setiap sesi. Tiada masa? Tiada peralatan? Skipping di rumah, di depan tv.






4) Minum air masak (plain water) bukan air manis sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.


5) Jangan makan makanan ringan. Gantikan dengan buah-buahan sebagai kudapan.

6) Rehat secukupnya.

7) Tetapkan waktu makan agar teratur dan untuk mengelakkan lapar melampau yang menyebabkan jumlah makanan yang dimakan bertambah.

8) Garam meningkatkan 'water retention' dalam badan yang menyebabkan berat badan naik. Kurangkan garam dalam makanan.





Senarai Produk Shaklee dan Fungsinya:

1) Herblax / Alfalfa - Membuang lemak dan toksin
2) Lecithin / Omega Guard - Memecah lemak
3) Cinch / ESP - Membina otot dan mengelakkan daripada menggelebeh




"Ala, berat naiklah bila dah stop susukan baby. Macammana ni?" Selalukan dengar ayat di atas. Semasa hamil, ibu kata ma...

0 comments:

Implanon dan GLA

9:22 pm emalin mohd 0 Comments

"Dah pakai implanon berhabis RM320.00 tapi tak ok? Period setiap bulan lamanya sampai 20 hari...pastu kejap ada, kejap takda plak...Tension..Tapi nak buka takkan nak pergi cucuk atau makan pil pulak?"
Kalau minta keluarkan doctor cakap pula,
"Itu biasalah kesan sampingan, doctor dah terang dulu kan?"

Anda mengalami perkara di atas?
Daripada buang, baik cuba alternatif untuk baiki period yang menjadi tidak tentu hala.
Pernah dengar GLA ComplexShaklee? Apa kaitan GLA Shaklee dengan perkara di atas?
GLA adalah singkatan bagi (Gamma-Linolenic Acid). GLA  adalah  bahan binaan bagi prostaglandin. Antara fungsinya ialah mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot, menghalang rembesan gastrik dan sebagai  anti keradangan, serta anti pembekuan darah.
GLA dihasilkan daripada minyak biji borage (sejenis bunga) yang mempunyai kesan lebih baik daripada Evening Primrose Oil (EPO).
Selain itu, GLA Shaklee mengandungi biji bunga matahari yang mengandungi asid lemak Omega-6 yang membantu dalam fungsi otak, serta pertumbuhan dan perkembangan normal (dikenali juga sebagai asid lemak poli tak tepu).
GLA Shaklee juga diperkukuhkan dengan Vitamin E. Ramai yang mengetahui fungsi Vitamin E dalam kecantikan kulit dan sebagai anti oksidan.
KEBAIKAN GLA

1) Borage adalah herba kegemaran orang Barat yang digunakan untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
2) Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dan memperbaiki simptom PMS

3) Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia dan  ketidakhadaman makanan. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus

4) Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

5) Menentang Kanser
GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

6) Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap serta meringankan sakit dan bengkak yang terjadi disebabkan rheumatisma dan artritis

7) Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi

8) Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

9) Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dan mengelak masalah jantung

10) Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
Jadi, daripada pening kepala dan tertekan dengan kesan sampingan IMPLANON, baik  makan GLA Complex Shaklee. Selain menyelesaikan masalah, banyak lagi manfaat lain yang diperolehi.
Hubungi Pn Emalin
0192500978 (Call/SMS/Whatsapp)

"Dah pakai implanon berhabis RM320.00 tapi tak ok? Period setiap bulan lamanya sampai 20 hari...pastu kejap ada, kejap takda pla...

0 comments:

Persediaan Kembali Bekerja Untuk Ibu Menyusukan Anak

10:18 am emalin mohd 0 Comments

Setelah 2 atau 3 bulan mengambil cuti bersalin, akhirnya tiba masa untuk ibu kembali bekerja. Pastinya perasaan ketika ini bercampur-baur kerana perlu berpisah sekurang-kurangnya 8 jam dengan bayi dan meninggalkan bayi kita dalam jagaan orang lain. Selain itu, terfikir bagaimana ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Ketika mengandung lagi, azam untuk menyusukan anak secara eksklusif perlu diterapkan agar ia menjadi motivasi diri dan mempelajari kaedah dan teknik yang bersesuaian.

Bagi ibu yang mula bekerja 2 atau 3 bulan setelah bersalin, mulakan menyimpan stok secara konsisten seawal bayi berumur 1 bulan. Ibu boleh mula mengepam lebih awal sebagai latihan dan juga persediaan sekiranya ibu perlu berpisah sementara dengan bayi seperti bayi membuat pemeriksaan jaundis tidak ditemani ibu.

Disebabkan itu juga, pam susu perlu dibeli sebelum bersalin.




Ibu boleh mengepam semasa bayi sedang menyusu, sebelum bayi menyusu atau selepas bayi menyusu. Jangan panik atau risau apabila hasil susu yang dipam tidak mencurah-curah. Ketika di hari-hari awal mengepam, badan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan pam dan kuantiti yang perlu dihasilkan. Jangan risau juga jika dipam susunya, tiada lagi susu untuk bayi. Ingat konsep 'supply' vs 'demand'. Semakin cepat ibu mengosongkan payudara semakin banyak susu akan dihasilkan.

Jangan bandingkan jumlah susu yang dipam dengan rakan ibu yang lain. Setiap ibu berbeza mengikut keperluan bayi. Jika bayi menyusu dengan sukatan 2 auns mungkin hasil pam juga dalam 2-4 auns (kedua-dua belah payudara). Yang penting, susu ibu cukup untuk bayi ibu.

Ibu juga perlu berbincang dengan penjaga bayi cara mengendalikan susu ibu. Disebabkan susu ibu adalah protein, maka ia tidak boleh dipanaskan dengan suhu yang tinggi dan secara langsung. Memadai direndam dalam air suam sahaja.

Ibu boleh mula untuk melatih bayi menggunakan alat bantuan penyusuan seperti botol 2 minggu sebelum mula bekerja.

Hari 1 - 3: Susu botol jam 7.30 pagi (anggaran kali terakhir bayi menyusu jam 6.oo pagi dan ibu telah bertolak ke tempat kerja) dan sesi lain secara 'direct feeding'

Hari 4-6: Susu botol jam 7.30 pagi & 10.30 pagi dan sesi lain secara 'direct feeding'

Hari 7-9: Susu botol jam 7.30 pagi, 10.30 pagi & 12.30 tengah hari dan sesi lain secara 'direct feeding'

Hari 10-12: Susu botol jam 7.30 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari & 2.30 petang dan sesi lain secara 'direct feeding'

Hari 12-14: Susu botol jam 7.30 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari, 2.30 petang & 4.30 dan sesi lain secara 'direct feeding' - ketika ini mungkin bayi juga boleh mula dilatih untuk dihantar bersama penjaga bayi


Tips: Jangan mulakan latihan menggunakan susu botol terlalu awal (seawal 1 minggu atau terlalu lewat iaitu lagi seminggu untuk mulakan kerja). Ini bagi mengelakkan keliru putting (bayi akan menolak terus 'direct feeding') atau panik dan stress kerana bayi enggan menyusu menggunakan botol.


Jangan risau sekiranya bayi menolak pada percubaan pertama. Jika ibu tidak berjaya melatih sendiri mungkin perlu bantuan orang lain kerana bayi kenal bau ibunya.





Perlukan bantuan untuk menambah susu ibu? Hubungi saya untuk konsultasi.


Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)

Setelah 2 atau 3 bulan mengambil cuti bersalin, akhirnya tiba masa untuk ibu kembali bekerja. Pastinya perasaan ketika ini bercampur-baur k...

0 comments:

Kaedah Penyusuan Bayi

1:11 am emalin mohd 0 Comments

Posisi penyusuan bayi adalah satu perkara yang perlu dipelajari. Ini bagi memudahkan ibu dalam memastikan sasaran untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tercapai.

Antara posisi yang perlu dipelajari adalah posisi menyusukan bayi semasa baring. Umum mengetahui susu lebih banyak dihasilkan pada waktu malam kerana kadar prolaktin yang tinggi. Tidak menyusukan bayi semasa tidur hanya akan menyebabkn bengkak susu terjadi dan lama kelamaan susu berkurangan. 

Namun, setelah seharian bekerja untuk bangun (perlu duduk) demi menyusukan bayi akan menyebabkan ibu berasa tertekan kerana kurang tidur. Ada ibu yang khuatir untuk menyusukan bayi dalam posisi baring kerana takut jika bayi dihempap atau tersedak disebabkan posisi bayi yang flat.

Namun percayalah.

Practice make perfect. ..


Mulakan latihan menyusukan bayi dalam keadaan baring sewaktu siang untuk mendapatkan kedudukan selesa.


Sedikit tips, letak bantal di belakang badan dan dicelah kaki untuk mengelakkan rasa letih.

Insyaallah lama kelamaan ibu dan bayi akan mendapat posisi terbaik yang selesa. Ketika itu, ibu boleh tidur sambil menyusukan anak walau dalam keadaan baring.

Pelekapan atau latching amat penting dalam memastikan bayi mendapat susu secukupnya dan ibu tidak merasa sakit. Bayi perlu melekap pada aerola dan bukannya puting. Sekiranya bayi melekap pada puting, ibu akan merasa tidak selesa dan sakit serta lama-kelamaan mungkin boleh berdarah. Untuk itu, semasa bayi ingin menyusu pastikan mulut bayi terbuka luas sebelum menyuakan payudara.

Selamat Menyusukan Bayi Anda...

Posisi penyusuan bayi adalah satu perkara yang perlu dipelajari. Ini bagi memudahkan ibu dalam memastikan sasaran untuk menyusukan bayi seh...

0 comments:

Petua Hilangkan Batuk

11:31 pm emalin mohd 0 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan,

Dengar cerita Vitamin C akan ada semula di pasaran nanti. Jadi, apa kata kita lihat kebaikan Vitamin C.

Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu serta gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protein sistem imuniti yang penting. Sedemikian, Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat. 

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak ak
ibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, Vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit nampak lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.

Jika kita makan vitamin C secara konsisten, ia dapat melambatkan proses penuaan, menghalus kulit, sekaligus menghambat enzim tirosinase iaitu enzim yang bertugas membantu pembentukan pigmen di kulit. Jika proses pigmentasi terhambat, kulit pun akan kelihatan lebih bersih dan cerah.


Vitamin C tergolong dalam kumpulan vitamin larut air, ia bermakna perlu diambil setiap hari kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari.

Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan sendiri maka ia harus diperolehi daripada sumber pemakanan. 


Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara? 

*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi





Selain daripada itu jika mengalami batuk berpanjangan tanpa diketahui punca mungkin kita boleh mencuba makan Vitamin C sebagai ikhtiar mengubati ya. Berkesan untuk saya dan ahli keluarga yang lain. 

Mengikut kajian, sebiji limau mampu membekalkan kita 100 mg vitamin C, namun pastikah dalam suasana persekitaran sekarang sebiji limau dapat memberikan 100 mg Vitamin C? 

Jadi, supplement boleh membantu dalam mengatasi kekurangan Vitamin C. Maka, rakan- rakan boleh simpan duit dari sekarang untuk membeli Vitamin C yang akan keluar semula di pasaran tidak lama lagi.


Sustained Release Vita-C 500mg

Hubungi Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan, Dengar cerita Vitamin C akan ada semula di pasaran nanti. Jadi, apa kata kita lihat ...

0 comments:

Kesan Kekurangan Kalsium Semasa Hamil

12:00 pm emalin mohd 0 Comments




Semasa hamil ibu mesti mengubah gaya hidup dan pemakanan dalam memastikan bayi mendapat zat yang secukupnya dan ibu tidak kekurangan nutrisi.

Semasa hamil, ibu memerlukan penambahan sehingga 300 kalori/hari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir.

Antara kekurangan nutrisi yang boleh berlaku ialah kekurangan kalsium. Kekurangan kalsium semasa hamil boleh menyebabkan ibu tidak larat untuk menanggung pertambahan berat badan dan juga bayi yang dikandung, risiko praeklampsia dan juga tulang rapuh.

Cadangan kombinasi makanan untuk ibu hamil:

1. Sumber karbohidrat seperti nasi dan mee - 8 hingga 12 hidangan

2. Sumber protein seperti ikan, daging dan kekacang - 2 hingga 3 hidangan

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran - 3 hingga 5 hidangan

4. Minum air 6 hingga 8 gelas sehari

5. Produk tenusu - 1 hingga 2 hidangan



Namun, tidak semua ibu boleh menerima produk tenusu (aka minum susu). Mungkin disebabkan oleh alah terhadap kehadiran laktosa di dalam susu.

Dengan itu, supplement boleh membantu para ibu dalam memastikan ibu tidak mengalami kesan kekurangan kalsium semasa hamil. Semasa memilih pil kalsium, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira (Menurut artikel yang ditulis oleh Harvard Health Publication) iaitu: 

1) Mengandungi kalsium
==> Magnesium ada mineral yang sukar untuk disimpan di dalam tubuh
==> Magnesium membantu menyerap kalsium dan mengekalkannya di dalam tubuh
==> Magnesium bersama calcium membina matrix tulang yang kuat dan kukuh (untuk elakkan kerapuhan)
==> Magnesium dan kalsium bergabung memberikan kesihatan yang lebih baik pada sistem cardiovascular 
==> Magnesium dan kalsium bergambung membantu mengatasi masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

2) Mengandungi Vitamin D
==> Memaksimumkan penyerapan kalsium di dalam tubuh

3) Sumber kalsium nitrat kerana kadar penyerapan ke dalam tubuh lebih tinggi.

Di mana kita akan memperolehi Supplement Kalsium yang mempunyai ciri-ciri di atas?

Ostematrix (Produk Shaklee) merupakan sumber kalsium yang mengandungi magnesium, vitamin D dan dihasilkan daripada calsium citrate yang memenuhi ciri-ciri supplemen kalsium yan baik. 

Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)

Semasa hamil ibu mesti mengubah gaya hidup dan pemakanan dalam memastikan bayi mendapat zat yang secukupnya dan ibu tidak kekura...

0 comments:

Mengurangkan Tekanan dan Keletihan

2:10 pm emalin mohd 0 Comments




Situasi semasa dalam Bilik Mesyuarat:
 
Situasi 1:

Bos: Kenapa awak MC semalam A?

Pegawai A: Saya demam bos.


Bos: Awak demam apa?


Pegawai A: Demam sakit-sakit badan.


Bos: Berapa umur awak?


Pegawai: 32 bos.


Bos: Muda lagi dah demam sakit badan. Awak perlukan vitamin ni.
 
Saya senyum saja mendengar dialog tersebut. Ingatkan tamat di situ. Tengah buat pembentangan tiba-tiba:
 
Situasi 2:


Bos: Kenapa awak nampak tensen saja B? Awak jangan tensen. Kita sama-sama bincang bagaimana untuk perbaiki kertas kerja ini.
 
B masih dalam rupa tensen. Tak tahulah tensen kertas kerja ke apa ke kan. Bos sambung dialognya.
 
Bos: B, awak kena ambil vitamin ini untuk mengurangkan tekanan.


Ok. Itu situasi di pejabat. Ini pula situasi di rumah untuk seorang ibu dan isteri. Dengan tugasan yang banyak di rumah dan tidak pernah selesai, tenaga amat diperlukan dan ibu harus pandai menangani tekanan agar menjalani kehidupan yang bahagian bersama keluarga.
 

 
 
Antara vitamin yang boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan fungsi otak agar sentiasa cerdas adalah B-Complex. Ini disebabkan vitamin B membantu dalam menukarkan makanan ke dalam bentuk tenaga dan fungsi badan yang lain. Jadi, dengan bantuan B-Complex boleh menukar makanan yang dimakan (sarapan pagi dan makan tengah hari) ke dalam bentuk tenaga dan menjadikan kita lebih aktif daripada mengantuk selepas makan. Tidak hairanlah Vitamin B boleh membantu dalam mengurangkan tekanan dan keletihan. Selain itu, kekurangan Vitamin B juga boleh menyebabkan anemia,sakit di bahagian abdomen, kejang otot, keguguran rambut, tumbesaran terbantut pada kanak-kanak dan kecacatan bayi.
 
 
Pecahan Vitamin B:
 
Vitamin B1 (thiamin) dan vitamin B2 (riboflavin) membantu menukar tenaga daripada makanan.
 
Vitamin B3 (niacin) berfungsi dalam membekalkan tenaga dalam pembentukan sel badan serta membantu dalam mengekalkan kesihatan kulit, sistem saraf dan system penghadaman.
 
Vitamin B5 (pantothenic acid) membantu dalam tumbesaran badan.
 
Vitamin B6 (pyridoxine) membantu badan dalam memecahkan fungsi protein dan mengekalkan sel darah merah yang sihat, system saraf dan system imun.
 
Vitamin B7 (biotin) ini pula berkait dengan metabolism protein dan karbohidrat serta membantu badan menghasilkan hormon.
 
Vitamin B9 (asid folik atau folate) membantu sel badan dalam membuat dan memelihara DNA serta menghasilkan sel darah merah.
 
Vitamin B12 (cobalamin) membantu dalam tumbesaran badan dan berfungsi juga dalam penghasilan sel darah merah, fungsi system saraf dan bagaimana badan menggunakan asid folik serta karbohidrat.
 
 
Sumber makanan Vitamin B:
 
 
B1 terdapat dalam bijirin, kentang, makanan laut, hati dan kacang merah.
 
B2 dalam produk tenusu, hati dan sayuran hijau.
 
B3 dalam hati, ikan, ayam dan kekacang.
 
B6 dalam hati, ikan, ayam, kentang dan pisang.
 
B7 terdapat dalam hati, pisang, cendawan, tembikai dan anggur.
 
B9 dalam sayuran hijau, buah-buaha sitrus, kekacang.
 
B12 dalam telur, daging dan produk tenusu.
 

Untuk vitamin secara semulajadi, hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Situasi semasa dalam Bilik Mesyuarat:   Situasi 1: Bos: Kenapa awak MC semalam A? Pegawai A: Saya demam bos. Bos: Awak demam a...

0 comments: