Petua Hilangkan Batuk

11:31 pm Emalin Mohd 0 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan,

Dengar cerita Vitamin C akan ada semula di pasaran nanti. Jadi, apa kata kita lihat kebaikan Vitamin C.

Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu serta gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protein sistem imuniti yang penting. Sedemikian, Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat. 

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak ak
ibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, Vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit nampak lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.

Jika kita makan vitamin C secara konsisten, ia dapat melambatkan proses penuaan, menghalus kulit, sekaligus menghambat enzim tirosinase iaitu enzim yang bertugas membantu pembentukan pigmen di kulit. Jika proses pigmentasi terhambat, kulit pun akan kelihatan lebih bersih dan cerah.


Vitamin C tergolong dalam kumpulan vitamin larut air, ia bermakna perlu diambil setiap hari kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari.

Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan sendiri maka ia harus diperolehi daripada sumber pemakanan. 


Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara? 

*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi





Selain daripada itu jika mengalami batuk berpanjangan tanpa diketahui punca mungkin kita boleh mencuba makan Vitamin C sebagai ikhtiar mengubati ya. Berkesan untuk saya dan ahli keluarga yang lain. 

Mengikut kajian, sebiji limau mampu membekalkan kita 100 mg vitamin C, namun pastikah dalam suasana persekitaran sekarang sebiji limau dapat memberikan 100 mg Vitamin C? 

Jadi, supplement boleh membantu dalam mengatasi kekurangan Vitamin C. Maka, rakan- rakan boleh simpan duit dari sekarang untuk membeli Vitamin C yang akan keluar semula di pasaran tidak lama lagi.


Sustained Release Vita-C 500mg

Hubungi Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan, Dengar cerita Vitamin C akan ada semula di pasaran nanti. Jadi, apa kata kita lihat ...

0 comments: