Ubat Letih Badan

6:13 am Emalin Mohd 0 Comments





Petikan daripada FB Dr Zubaidi

CO ENZIME Q10 UNTUK LELAKI PERTENGAHAN UMUR

November 21, 2013 at 9:19am
Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih dan mengantuk. Beliau kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya. Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya. 
Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik.
Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga sering rasa letih dan tidak puas tidur. 
Saya menghabiskan masa yang agak lama untuk mencari punca sebenar masalah beliau. Agak rumit untuk menyelesaikannya kerana beliau agak obese, perokok tegar, tidak pernah bersenam dan mengalami stress yang keterlaluan.
Di akhir perbincangan itu, saya menasihati beliau agar menukar gaya hidupnya. Hentikan merokok, minum mineral secukupnya, jaga pemakanan dan cuba melakukan aktiviti senaman ringan di hujung minggu.
Saya tidak memberikan beliau ubat penahan sakit atau multivitamin sepertimana yang dilakukan oleh doctor lain. Saya mencadangkan suplemen CoQ10 yang saya rasa sesuai untuk beliau.
Setelah mencubanya selama tiga bulan, beliau datang semula kepada saya dan mengatakan telah mengalami perubahan yang baik. Walau pun beliau masih mengalami keletihan, tetapi telah banyak berkurangan. Begitu juga dengan rasa mengantuk dan sakit-sakit badan.
Oleh kerana suplemen ini sesuai untuk beliau, saya mencadangkan agar beliau mengamalkannya terus, di samping memperbaiki gaya hidup beliau.
“Doktor, saya tidak pernah dengan nama suplemen ini. Vitamin baru kah? ” ujar beliau ketika saya mula memperkenalkan suplemen ini.
CoQ10 sebenarnya bahan semula jadi yang terdapat dalam tubuh manusia. Tubuh manusia dapat menghasilkan CoQ10 kerana ia penting dalam penghasilan tenaga. Oleh itu ia banyak terdapat dalam struktur mitokondria dalam sel, terutama sel-sel otot dan jantung. 
Jadi secara logiknya, jika seseorang mengalami keletihan tanpa sebab tertentu, berkemungkinan besar puncanya ialah kekurangan elemen CoQ10 dalam tubuh seseorang itu.
Hal ini juga benar bagi wanita yang mengalami keletihan walaupun pemeriksaan tahap haemoglobin mereka adalah normal. Kebanyakan wanita yang bekerja mengalami keletihan kerana mereka mengalami anemia, di mana sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh telah kurang. Ia dapat dikesan dengan pemeriksaan haemoglobin.

Nak dapatkan supplement seperti di atas?
Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Pn Emalin 019-2500978 (SMS / Call / Whatsapp)


www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Petikan daripada  FB Dr Zubaidi CO ENZIME Q10 UNTUK LELAKI PERTENGAHAN UMUR November 21, 2013 at 9:19am Seorang pesakit s...

0 comments: