Harga Murah Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen

Hari ini hari terakhir sebelum menjejak tahun 2015. Dan saya ingin berkongsi promo terakhir iaitu triple promo dengan harga yang sangat murah untuk dimiliki. Dan promo ini akan berakhir sebelum tengah malam ini iaitu sebelum menjelang tahun 2015.


Vitamin C 
Beli 6 Percuma 1 pada harga RM555.00
Beli 2 dapatkan diskaun 5% pada harga RM175.75
(Harga normal: RM92.50)


Vitamin E 
Beli 6 Percuma 1 pada harga RM894.00 (keahlian percuma dengan set ini)
Beli 2 dapatkan diskaun 5% pada harga RM283.10
(Harga normal: RM149.00)


Collagen powder 
Beli 3 percuma 1 pada harga RM894.00 (keahlian percuma dengan set ini)
(Harga normal RM298.00)
Dan collagen powder ini hanya akan ada semula pada hujung tahun hadapan.


Dapatkan sekarang jangan berlengah untuk harga murah!!
Sebelum tengah malam ini ya....


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978



Kenapa Muka Pucat Dan Pening Kepala?

Semalam ada rakan sekerja menegur kerana muka kelihatan pucat dan pada masa yang sama saya mengalami sakit kepala.

Kenapa ya? Saya sudah mengambil sarapan. Perut tidak kosong. Kenapa jadi lagi seperti dulu yang kerap pening atau sakit kepala dan kelihatan tidak bermaya?

Sebenarnya saya menjalani ujikaji pada diri sendiri sejak hari Ahad lalu.

Ini disebabkan hari Ahad lalu saya menghadiri kelas yang dianjurkan oleh team Shaklee iaitu team Supermom.

Dan, nutritionist bertanya dua soalan yang meninggalkan kesan kepada diri saya.

1) Bilakah kali terakhir bersenam?

2) Adakah hidangan makanan tengah hari tadi mengikut piramid makanan?

3) Adakah sumber makanan kita segar dan mengandungi nutrien secukupnya?


Terdiam saya! 
Anda bagaimana? Apa jawapannya? 

Rasanya semua orang tahu untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik, kunci utamanya ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merangkumi bersenam untuk kekal cergas dan sihat serta pemakanan yang seimbang mengikut cadangan piramid makanan. Sumber makanan pula perlulah segar dan dimasak dengan cara yang tidak memusnahkan nutrisi makanan tersebut.


Siapa memastikan hidangan makanan mengikut piramid makanan?


Tidak perlu bercakap mengenai orang lain namun bagi memastikan 3 perkara di atas adalah perkara yang mesti dilakukan agar sukar bagi saya. Kadangkala ya boleh tetapi kadangkala sememangnya tidak.

Jadi, saya pasti punca saya menjadi pucat dan sakit kepala kerana telah meninggalkan supplement sejak malam Ahad. Ini ujikaji kepada badan saya sendiri. Bukan disebabkan tidak cukup rehat. Rehat cukup.

Mungkin puncanya badan tidak mempunyai nutrisi secukupnya.

Sebagai contoh saya tidak membekalkan vitamin C secukupnya kepada badan. 

Sudahlah tidak mengambil vitamin C, buah pun saya terlupa untuk makan.


9 hidangan buah dan sayur baru dapat melengkapkan dos vitamin C yang sihat.

Dan disebabkan itu saya memerlukan supplement dan vitamin bagi memastikan badan mempunyai nutrisi secukupnya.

Anda bagaimana?


Tempah supplement dan vitamin sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Langkah-Langkah Keselamatan Semasa dan Selepas Banjir

Pantai Timur dilanda banjir! Walaupun entry kali setelah seminggu banjir melanda Pantai Timur, ingin dikongsi juga langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Teringat dulu pernah juga terlibat dengan banjir tapi dah lama. Sekitar tahun 2002-2003 rasanya. Walaupun air naik sekadar 1 malam setinggi bahu saya namun terputus hubungan luar menjadikan suasana pekat malam terasa ketakutan nya. Ahli keluarga bergantung harap sesama sendiri. Bantuan luar tidak boleh masuk kerana air terlalu deras. Itu kenangan lalu. Dan memorinya tersimpan sehingga sekarang. 

Langkah-langkah Semasa Banjir:
- Yang paling penting UTAMAKAN NYAWA


Namun jika tiada segalanya? Air bersih tiada, sumber makanan tiada atau makanan mentah ada tetapi tong gas tiada dan sumber api tiada?

Sememangnya sukar untuk yang tidak berada di tempat itu memberikan nasihat dan kata-kata sepatutnya. Namun semoga nasihat daripada KKM memberikan manfaat.



Dan ini antara keadaan pasca banjir yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang ke Kelantan hari ini bagi memberikan sumbangan.






Untuk mengembalikan semula ke keadaan asal sememangnya memakan masa, tenaga dan wang ringgit.

Sama-samalah kita menghulurkan derma dan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Semoga rakan-rakan yang terlibat dengan banjir diberikan ketabahan, kekuatan dan dimurahkan rezeki bagi membina semula kehidupan selepas ini. 

Amin....


Bagaimana Cara Terbaik Untuk Bersenam?

Bersenam adalah perkara yang perlu dilakukan untuk mengurangkan berat badan secara sihat.

Bersenam juga menjadikan badan lebih cergas dan emosi lebih gembira. 

Bersenam dapat mengurangkan berat badan untuk mendapatkan berat badan unggul dengan membakar kalori di dalam badan.

Berat badan akan berkurangan sekiranya kalori dibakar melebihi kalori yang diambil.

Antara cara melakukan senaman dengan betul ialah mengikut Prinsip FITT.

Apa itu Prinsip FITT?

1) Frekuensi = Kekerapan
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Badan juga perlu tempoh rehat namun bukan rehat terlalu lama. Bersenam secara selang seli hari pun baik juga.

Badan akan menjadi penat jika bersenam setiap hari dan boleh mengganggu fokus kerja harian melainkan sudah berada di tahap profesional iaitu tahu jenis senaman yang boleh dilakukan setiap hari.

2) Intensiti = Tahap keupayaan badan bersenam 

Untuk yang baru memulakan senaman, jangan terus bersenam sehingga mengalami sesak nafas. Sesak nafas semasa bersenam mungkin petanda jenis senaman yang dilakukan melebihi keupayaan badan.

Pendaki Gunung Everest pun memulakan pendakian di gunung yang lebih rendah dahulu sebelum boleh mendaki gunung tertinggi di dunia.



3) Tempoh masa
Peruntukkan 15-20 minit sekurang-kurangnya untuk bersenam.

Percayalah, untuk yang baru memulakan senaman 15 minit terasa seperti 60 minit.

Dan 7 minit perlawanan di dalam padang Futsal tanpa latihan secukupnya memang boleh menyebabkan tercungap-cungap.

4) Tentukan senaman


Senaman ada pelbagai jenis. Pilih yang kita minat kerana untuk mengurangkan berat badan menjadi berat badan unggul bukan boleh diperolehi dalam sehari dua.

Untuk mendapatkan badan berketak-ketak dengan "6 packs" pun bukan boleh diperolehi seminggu dua.

Dan matlamat kita juga menjadikan pilihan berbeza. Senaman untuk kurus dan senaman membina otot adalah dua perkara berbeza.


Semasa bersenam, air elektrolit seakan wajib kerana ia boleh menggantikan elektrolit di dalam badan yang berkurangan semasa berpeluh.

Air elektrolit juga diperlukan semasa mengalami kejang otot kerana ia petanda kekurangan mineral tertentu di dalam badan.

Pastikan air elektrolit yang dipilih tidak mengandungi karbonat atau gas seperti Performance Drink Shaklee. Rasanya sedap seperti perisa oren dan tiada gas.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


12 Tips Mengurangkan Ketidakhadaman

Jika anda mengalami kembung perut, pedih ulu hati, rasa ingin muntah atau rasa tidak selesa pada perut mungkin ia petanda mengalami ketidakhadaman.



Ketidakhadaman yang biasa dialami orang dewasa lazimnya berpunca daripada gaya hidup, pemakanan ataupun ubat-ubatan.

Dan lazimnya golongan Melayu yang selalu menghidap ketidakhadaman berbanding India dan Cina. 

Ini mungkin disebabkan orang Melayu sukakan makanan pedas. Capsaicin di dalam cili dikatakan punca kepada ketidakhadaman.

Walaupun ketidakhadaman bukan penyakit serius namun bagi yang selalu mengalami ketidakhadaman akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan seperti selalu sakit dan sukar menjalani aktiviti harian.

Antara tips untuk mengurangkan ketidakhadaman ialah:

1) Makan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap terutama bagi yang selalu lapar.

2) Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga makanan menjadi lumat.

3) Kurangkan pengambilan makanan yang berasid tinggi seperti buah-buahan citrus (oren dan nanas) serta tomato.



4) Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi. Kafein menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut.

5) Stress juga boleh menjadi punca ketidakhadaman. Urus stress sebaiknya.

6) Merokok mengganggu lapisan perut dan menjadi punca ketidakhadaman.

7) Pengambilan alkohol juga mengganggu lapisan perut.

8) Pakaian pakaian yang selesa dan longgar. Pakaian ketat akan menekan perut dan akhirnya menyebabkan makanan di dalam perut tertolak ke esofagus.

9) Bersenam sebelum makan atau sejam selepas makan.

10) Jangan baring semasa atau selepas makan.

11) Jangan tidur selepas makan dan tunggu sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan sebelum masuk tidur.

12) Untuk yang selalu mengalami ketidakhadaman, tidur dengan kepala lebih tinggi dari kaki. 

(Diolah dari sumber: New Strait Times 23.12.2014).

Supplement Shaklee boleh membantu? Insyaallah. 


Bahaya Hb Rendah Pada Wanita Hamil

Kiraan Hb adalah antara perkara yang dilakukan bagi wanita hamil yang membuat pemeriksaan kesihatan.

Kiraan Hb atau hemoglobin ini amat penting bagi memastikan bahawa kandungan darah ibu normal dan bukan petanda ibu menghidap anemia.

Hemoglobin bermaksud molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke dalam tisu-tisu di badan. (Sumber:Wikipedia).

Zat besi atau iron pula berfungsi menghasilkan sel darah merah yang mana haemoglobin diperlukan untuk mengangkut sel darah merah ke seluruh tisu di dalam badan.

Kekurangan zat besi yang akhirnya menyebabkan Hb menjadi rendah boleh menjadi punca kepada anemia.

Antara simptom anemia ialah:
▶️ Pucat
▶️ Lesu
▶️ Letih
▶️ Tidak bertenaga
▶️ Pening
▶️ Semput

Walau bagaimanapun lazim seorang ibu hamil yang bekerjaya mengandaikannya terjadi akibat tidak cukup rehat.

Jika tidak diambil berat, buruk padahnya.

Ia boleh menjadi punca kepada keguguran, kelahiran pra matang, kekurangan berat badan, murung selepas bersalin dan peningkatan kepada  ibu meninggal dunia. (Sumber: Utusan Malaysia 16.12.2014).

Sekiranya ibu hamil berada di trimester pertama, pastikan kiraan Hb berada di dalam linkungan 11.6-13.9 g/dl. (Sumber: web Perinatology).

Dan lazimnya, Hb berkurangan dengan semakin besarnya kehamilan.

Bacaan Hb normal semasa hamil:
Trimester kedua: 9.7/14.8 g/dl
Trimester ketiga: 9.5-15 g/dl

Pastikan diet cukup zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, bijirin penuh, prun, kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu. Wanita hamil memerlukan lebih 50% zat besi iaitu daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.


Jika anda memerlukan supplement untuk mengekalkan kandungan Hb yang normal, hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978






   










Persediaan Penonton Malaysia Perlawanan Akhir Kedua Malaysia Lawan Thailand Piala AFF Suzuki 2014

Tidak lama lagi sepak mula akan berlangsung untuk perlawanan akhir kedua Malaysia lawan Thailand. Siapakah  yang bakal menjulang Piala AFF Suzuki Tahun 2014?

Diharapkan Malaysia dapat mengulang kejayaan sebelum ini pada Tahun 2010.


Cuaca pula tidak menentu dan hujan dikhabarkan sudah mula turun di stadium oleh rakan FB. 

Boleh ke menyokong beria? Nak menjerit sekuat hati?

Segagah Harimau pastinya penyokong Malaysia turut gagah menyokong tidak mengira cuaca.

Tapi sebelum itu, sediakan dulu sedikit  perisai diri agar tidak sok sek keesokan hari.

Pastikan sebelum tidur malam ini 2 biji pil Vitamin C diambil untuk mengelakkan selsema dan sakit tekak keesokan hari.


Bagi yang ada asthma atau allergy  boleh cuba Omega Guard untuk mengurangkan simptom asthma atau allergy.

Ops kalau kena serangan asthma jumpa doktor ya. 


Omega Guard juga boleh mengurangkan stress. Kalau rasa boleh stress melihat perlawanan malam ini, ambil dulu Omega Guard ini ye.


Sebelum perlawanan sediakan Performance Drink untuk tenaga bagi menjerit sepanjang perlawanan.


Semoga Malaysia menang malam ini dan menjulang Piala AFF Suzuki Tahun 2014.

Untuk tempahan supplement Shaklee:
Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978






7 Tips Untuk Kekalkan Vitamin Pada Buah Dan Sayur

Vitamin pada buah dan sayur mudah sangat musnah jika tidak dikendalikan dengan betul.

Sebab itu, kadangkala kita lihat penggemar buah dan sayur mudah sakit. Mungkinkah cara pengendalian sayur dan buah yang salah?

7 tips mengendalikan buah dan sayur ini amat penting untuk memastikan nutrient di dalam buah dan sayur diperolehi secara optimum.

1) Cuci sebelum makan
Buah dan sayur hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum dimasak atau dimakan. Sebaiknya direndam dalam air garam untuk menghilangkan kekotoran.

2) Jangan rendam
Jangan rendam sayur dan buah yang telah dipotong untuk mengekalkan nutrient.

Opss..nampaknya Jambu batu yang telah dipotong dan direndam di dalam air ais bukanlah pilihan terbaik.

3) Jangan masak terlalu lama
Vitamin amat mudah musnah pada suhu yang tinggi. Sayur yang dijadikan ulam adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien.

4) Cara masak yang betul
Pastikan minyak telah panas dan air mendidih terlebih dahulu sebelum memasukkan sayur.

5) Masak bahagian yang keras dahulu
Seperti kangkung yang mempunyai batang dan daun, masukkan dahulu bahagian batang iaitu yang keras sebelum memasukkan daun. Ini memastikan agar sayur masak dengan sekata dan tidak terlalu lama.

6) Stok sup daripada lebihanair rebusan sayur
Air rebusan sayur boleh dijadikan bahan perencah masakan dan nutrien yang tertinggal di dalam air rebusan tadi dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

7) Tempat penyimpanan yang sesuai
Bagi mengekalkan kesegaran, Simpan sayur dan buah di tempat yang bersesuaian.

(Artikel ditulis berdasarkan pamphlet terbitan KKM)

Buah-buahan menggantikan Kek Hari Jadi.

Tahukah anda bahawa Vitamin C tidak boleh dihasilkan dan disimpan di dalam badan?

Disebabkan itu, kita perlu mendapatkan khasiat vitamin C daripada sumber makanan seperti buah Oren.

Sebiji buah Oren pula hanya dapat membekalkan lebih kurang 50mg Vitamin C.

Bagaimana cara untuk memastikan badan mendapat vitamin C secara berterusan?


Dengan Sustained Rekease Vita-C Plus ini, khasiat vitamin C akan dilepaskan sedikit demi sedikit selama 5 jam. Jadi anda akan mendapat khasiat vitamin C secara berterusan.

Dan 1 tablet Vita-C ini mempunyai 525.35mg Vitamin C.

Bayangkanlah berapa biji Oren yang perlu dimakan untuk mendapatkan khasiat Vitamin C sebanyak itu?

Dan ini antara kesan pengambilan vitamin C pada kesihatan mereka.


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


5 Langkah Cara Susun Mainan Anak Elak Emak Marah

Ibu stress dan marah apabila melihat mainan anak bersepah satu rumah. Betul tak? 

Marah-marah anak takkan selesaikan masalah.

Antara tips yang selalu dikongsikan ialah dengan meletak mainan di dalam kotak "storage box".


Tapi masih bersepah, betul tak?

Sebelum ini saya pun buat perkara yang sama tetapi saya lihat semakin bersepah. Rupa-rupanya cara saya adalah salah.

Sebelum ini, apa yang saya buat ialah meletak semua mainan dalam kotak tersebut. Itu langkah awal yang betul tapi silapnya saya sumbat semua mainan selagi boleh.

Itu punca kesilapan ibu sebenarnya!

Sedar pun dari satu group di dalam FB iaitu #maktakmarahanak yang maklumkan cara itu salah.

Sebabnya, apabila anak nak cari satu mainan dia akan punggah satu kotak. Kalau tanya ibu pun tak tahu mainan tersebut di dalam kotak yang mana.

Jadi, cara yang betul?

Amalkan 5S di rumah!

1) Sisih
Asingkan permainan yang ingin dimain atau yang tidak boleh dimain lagi. Libatkan anak masa buat penyisihan. Berikan tanggungjawab pada anak. Anak semuda 3 tahun pun sudah tahu mainan mana yang ingin disisihkan.

2) Susun
Setelah penyisihan dilakukan, asingkan mainan mengikut jenis. Kemudian susun di dalam kotak. Tahap ini pun biarkan anak yang mengasingkannya dan menyusunkannya.

Hasil penyisihan dan penyusunan anak berumur antara 3 hingga 8 tahun.

3) Sapu
Berikan kain pada anak untuk membersihkan mainan anak.

4) Seragam
Ketika ingin bermain, hanya benarkan main mengikut kotak. Seragamkan permainan. Contohnya, masa main kereta. Setelah bosan, anak perlu simpan kembali dalam kotak sebelum membenarkan kotak lain diambil.

5) Sentiasa amal
Terapkan perkara 1 hingga 4 agar menjadi budaya dan untuk elak ibu menyanyikan lagu "high pitch" setiap hari.

Ibu yang perlu kreatif dalam menyelesaikan masalah. Memarahi anak menyebabkan sel-sel otak anak terbantut untuk berhubung. Minyak ikan seperti Omega Guard pula meningkatkan keupayaan sel-sel otak berhubung.





Gigi Rongak Akibat Menyusukan Anak

Takut nak menyusukan anak sebab nanti gigi rongak..

Dulu sebenarnya pernah risau untuk menyusukan anak disebabkan mitos yang telah dimomokkan daripada kecil lagi. Antaranya waktu itu apabila melihat gigi emak saudara hilang satu demi satu sehingga memerlukan emak saudara membuat gigi palsu. Apabila ditanya, giginya akan mula bermasalah semasa hamil dan ketika menyusukan anak masalah gigi semakin meruncing sehingga perlu dicabut ataupun tercabut sendiri kerana longgar.

Tertanya-tanya betul ke menyusukan bayi menyebabkan gigi rongak? Kalau betul, penyusuan susu ibu ini rupanya ada kesan negatif. 

Kenapa gigi rongak apabila menyusukan bayi?

Sebenarnya, kalsium amat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi, jantung yang sihat, saraf dan otot serta membentuk ritma jantung yang normal pada bayi dari dalam kandungan. Dan badan ibu amat istimewa yang mana keutamaan diberikan kepada bayi. Sekiranya ibu tidak membekalkan kalsium yang mencukupi pada bayi di dalam kandungan, bayi tersebut akan mengambil sumber kalsium daripada ibu.

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan 1,000mg kalsium secara harian yang boleh diperolehi dengan mudah di dalam 2-4 sajian berasaskan produk diari seperti susu, keju dan yogurt atau makanan yang mempunyai kandungan kalsium tinggi seperti brokoli, tauhu, oren dan sayuran hijau. 

Mudah mungkin pada sesetengah orang. Jika tidak mengambil produk diari? Sayur pun tak makan? Apa pilihan selain itu?

Antara tanda-tanda awal kekurangan kalsium ialah:
  • Selalu mengalami kekejangan kaki
  • Sakit belakang
  • Retak tulang dengan hanya kemalangan kecil
  • Semakin pendek

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu
Disebabkan itu, sejak awal kehamilan ibu lazim dibekalkan dengan vitamin dan mineral daripada doktor dan diteruskan sehingga selepas bersalin.



Sewajarnya kalsium ini diteruskan semasa berpantang dan semasa menyusukan anak kerana 40% susu ibu terdiri daripada kalsium. Dan tidak hairanlah ibu saudara saya sebelum ini kehilangan gigi kerana kemungkinan diet yang diamalkan kurang kalsium.

Dan terbukti bahawa penyusuan susu ibu tidak mendatangkan kesan negatif kepada ibu atau bayi.

Ada juga ibu hamil yang risau mengambil vitamin semasa hamil menyebabkan bayi menjadi besar. Sangkaan ini ditolak melainkan ibu menghidap kencing manis. Bolehlah rujuk di bawah ini ya.


Dan set 3M Shaklee ini antara yang menjadi pilihan ramai ibu kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu. Vitamin dan mineral ini bukan sahaja sebagai penggalak susu atau milkbooster malahan memastikan gigi ibu tidak rongak akibat kekurangan kalsium (bukan disebabkan masalah kaviti ya).




Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Cara Hilangkan Jerawat Batu Di Muka Dalam Masa Satu Bulan

Seorang pelanggan Shaklee mengalami masalah kulit muka yang dikatakan teruk. Mukanya dipenuhi dengan jerawat. Bukan sekadar jerawat biasa tetapi jerawat yang besar dan bernanah.

Atas nasihat, beliau mencuba set kulit muka Shaklee iaitu Enfuselle Purifying ditambah dengan Vitamin C dan GLA Complex.

Nak tahu apa terjadi selepas penggunaan set tersebut?


Seronok tak? Pasti gembira kan apabila jerawat di muka telah menghilangkan diri. 

Yang penting pemilihan produk set kulit untuk luaran dan vitamin untuk pemulihan dalaman yang betul.

Sebenarnya apa yang telah Set Muka Shaklee ini lakukan pada wajah beliau? Beliau telah mengambil Set Enfuselle Purifying, GLA dan Sustain Release Vitamin C.

1) Set Enfuselle Purifying ini sesuai untuk kulit muka berminyak dan berjerawat yang terdiri daripada pencuci muka, toner dan moisturizer. Ia bertindak dengan lembut pada muka.

Nak baca lebih lanjut? Klik SINI

2) Vitamin C adalah antara antioksidan yang paling diminati. Ia berfungsi meningkatkan imun badan, menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel serta meningkatkan pengeluaran kolagen.

3) GLA Complex pula mengandungi gamma linoleic asid yang berfungsi memperbaiki hormon dalam badan agar berfungsi dengan baik (antara punca jerawat ialah hormon tidak berfungsi dengan baik). Diperkaya pula dengan Vitamin E untuk mempercepatkan penyembuhan luka jerawat serta mengecutkan jerawat. 

Jangan biarkan masalah jerawat menghantui diri anda dan cuba hari ini.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Hadiah Terbaik Untuk Suami Daripada Isteri

Setiap kali menjelang hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, kadangkala buntu mencari hadiah untuk suami tersayang.


Takkan bagi sejambak coklat?


Kalau gadget mesti suami suka tapi ongkos nya pula? Jika duit berkepuk, bukan gadget sahaja yang boleh dihadiahkan.. 


Kereta Ferrari pun boleh..

Jadi hadiah apa yang tidak terlalu mencederakan poket isteri tetapi pada masa yang sama memberi manfaat pada suami?

ubat kuat lelaki

Apa kata kita buat kelainan kali ini? Hadiahkan set vitamin kesihatan lelaki untuk manfaat suami dan juga isteri.

Kalau suami sihat, isteri pun gembira. Betul tak?

Apa? Suami culas makan ubat Apatah lagi vitamin?

Sedikit tips, untuk peringkat permulaan isteri perlu memainkan peranan dengan menyediakan atau menyuapkan vitamin kepada suami. Masa ini bolehlah bermanja-manja, suap-menyuap tapi suap vitamin...

Isteri pula yang suapkan suami

Pengambilan yang konsisten sekurang-kurangnya sebulan ke tiga bulan pasti ada perubahan pada suami. Antara perubahan yang boleh dilihat:
  • Kulit bertambah cantik
  • Bacaan kolestrol turun dengan pemakanan yang turut dijaga
  • "Ubat kuat" lelaki


Dapat perubahan, pasti selepas itu suami akan mencari sendiri vitamin tersebut dan mengamalkannya. Tambahan vitamin ini bukan seperti "ubat kuat" lain. Ia semulajadi dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan.

set vitamin untuk lelaki

Jom tempah sekarang. 
Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

GLA Complex Hadiah Terbaik Untuk Isteri

GLA Complex hadiah terbaik dari seorang suami untuk isteri tersayang. Jadi, suami yang tengah mengerah idea boleh belikan GLA Complex untuk isteri tersayang.

Atau sudah terbayang ingin hadiahkan..


Bunga dengan coklat?


Barang kemas?


Percutian romantik dengan candle light dinner?

Dah buat semua dan buntu untuk merancang hadiah seterusnya? Atau hadiah di atas bakal membuatkan poket berlubang?

Sebelum itu, cuba fikir kembali adakah isteri anda:

▶️ Senggugut setiap kali datang haid sehingga 12 hari cuti sakit dalam setahun diperuntukkan untuk hari senggugut sahaja.

▶️ Emosi tidak stabil ketika menjelang hari period.

▶️ Dingin terutama selepas hari berpantang.

▶️ Selalu bersungut kerana berat badan semakin bertambah.

▶️ Sentiasa lesu.

▶️ Sukar mengira hari subur kerana period tidak tetap setiap bulan.

Jika ada simptom di atas pada isteri anda, Hadiahkan yang lebih bermakna iaitu GLA Complex.


GLA Complex jika diamalkan secara konsisten boleh membantu mengatasi atau mengurangkan simptom masalah di atas. 

GLA Complex juga membantu mengeluarkan cecair kesuburan bagi meningkatkan peluang kehamilan serta mengurangkan rasa kering ketika bersama.

Lebih istimewa GLA Complex ditambah pula dengan Vitamin E yang lebih dikenali  dengan Vitamin Cinta. Vitamin E meningkatkan fungsi reproduktif.


Untuk isteri je ke GLA Complex ini? 
Tak...

GLA Complex juga sesuai untuk meningkatkan stamina, menperbaiki hormon testosterone, masalah prostat, kerap kencing dan masalah kulit seperti allergic, eczema, kegatalan dan kulit kering.

GLA Complex juga membantu merendahkan gula di dalam darah jadi amat sesuai untuk penghidap kencing manis serta meransang peredaran darah yang baik.


GLA Complex juga sesuai untuk menghadapi simptom akibat menopause (wanita) dan andropause (lelaki).

Harga mampu milik tidak mencecah RM100.00 untuk sebotol GLA Complex.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 019250097










Pengalaman Menjaga Anak Lelaki Bersunat atau Berkhatan

Cuti sekolah tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Selain sinonim dengan majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan bersunat pun tidak kurang banyaknya.

23 November 2014 yang lalu, kedua-dua anak lelaki saya pun bersunat atau berkhatan pada umur 6 dan 8 tahun.

Tiada persediaan diadakan cuma yang tahu sekarang kalau berkhatan atau bersunat katanya kurang sakit. Sebab menggunakan clamp bukan jahitan lagi. 

Alat clamp yang digunakan

Sebab langsung tak buat pembacaan, saya tak mengambil cuti tambahan. Andaiannya, clamp lagi mudah. Anak-anak berkhatan hari Ahad, kemudian 'berpantang' di kampung dan saya kembali bekerja seperti biasa pada hari Isnin. Itu perancangan awalnya.

Hakikatnya? Saya terpaksa ambil cuti kecemasan. Sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak yang menangis meminta ibu bapanya berada di sisi merka. Anak-anak masih tak yakin untuk bangun sendiri ke bilik air dan perlu didukung.

Setelah seminggu,  kami balik ke kampung. Tujuannya untuk membuka clamp dan nak bawa semula anak-anak tadi balik ke rumah. Sekali lagi jangkaan kami meleset!!

Membuka clamp nampak mudah dan cepat tetapi rupanya anak saya mengalami kesakitan sekali lagi. Luka yang hampir sembuh, bengkak semula. Rancangan untuk membawa mereka balik ke rumah tidak kesampaian. Terpaksa tinggalkan lagi anak-anak seminggu.

Tetapi saya tertanya-tanya semasa jururawat tersebut membuka clamp, alat yang digunakan ialah playar untuk memotong plastik clamp tersebut. Terfikir takkan alat clamp tersebut tidak didatangkan dengan pemotong yang lebih canggih?

Kejadian bengkak tersebut membuatkan suami saya terfikir seperti kaedah lama lagi mudah dan cepat sembuh. Tetapi sebab lelaki hanya lalui sekali, sukarlah dibuktikan kata-katanya itu. 

Jika diikutkan, ia mengambil masa 2 minggu untuk anak-anak saya boleh kembali ke taska. Lambat atau cepat? Saya pun tak pasti. 

Walau apapun, sekarang anak-anak saya dah sihat sepenuhnya dan sekiranya saya mempunyai anak lelaki lagi pasti saya akan khatankan semasa dalam pantang! Itu pasti.

Biarlah dia tiada moment berkhatan tetapi lebih mudah penyembuhan dan penjagaannya.

Sememangnya lebih baik anak lelaki dikhatankan semasa bayi lagi.

Bagaimanapun ia memberikan pengajaran kepada saya... 

Buat kajian dahulu terutama untuk perkara yang tidak pernah berlaku pada diri sendiri. Apapun perancangannya,  jangan membuat andaian. Terlebih maklumat lebih baik daripada tiada maklumat atau kekurangan maklumat.

Prepare for the worst!

Kita layan gambar anak-anak sebelum dan sebaik sahaja selepas berkhatan. 



Dan semasa ditinggalkan di kampung, Chewable Vitamin C ditinggalkan untuk mereka berdua. Boleh menggantikan gula-gula. 


Tempah Chewable Vitamin C sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978