5 Tips Memilih Vitamin Ibu Hamil



Kalau sebelum ini, emalinmohd bercerita tentang vitamin dan supplement yang perlu diambil semasa hamil. Kali ini, ada 5 tips untuk para ibu hamil dalam memilih vitamin bagi ibu hamil.


 
  • Baca label dengan teliti untuk memastikan dos dan kandungan yang tepat, selamat dan HALAL dipilih sesuai dengan keperluan ibu. Pastikan juga ibu tidak mengambil vitamin yang boleh membahayakan ibu dan janin seperti ibu yang menghidap thalassemia tidak boleh mengambil zat besi.
 
  • Berbincang dengan yang lebih pakar seperti doctor dan ahli farmasi untuk menyesuaikan gaya hidup dengan vitamin serta dos yang perlu diambil. Sebagai contoh, vegetarian kadangkala kekurangan vitamin B12 kerana lazimnya B12 tidak diperolehi dari tumbuhan.
 
  • Ibu hamil yang mengalami rasa loya dinasihatkan untuk mengambil vitamin pada waktu malam sebelum tidur dan selepas makan. Mengambil vitamin semasa perut kosong dikhuatiri akan menjadikan ketidakselesaan perut yang boleh menyebabkan muntah-muntah.
 
  • Ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil vitamin yang mengandungi asid folik, zat besi, vitamin D, vitamin B, potassium dan zink.
 
  • Multivitamin bagi kehamilan juga sewajarnya tidak mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada sumber haiwan seperti hati  kerana retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Sebaliknya dalam bentuk provitamin A iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.
  •  

Antara vitamin & supplement yang memenuhi keperluan di atas adalah:
- Membekalkan asid folik untuk elak kecacatan pada bayi
- Mengurangkan rasa penat
- Mengurangkan tekanan
 
 
 
 - Memudahkan penyerapan vitamin oleh badan ibu
- Membantu dalam meningkatkan kesihatan optimum
- Diperkaya dengan zat besi untuk menaikkan Hb ibu
 
 
 
- Meningkatkan imuniti ibu
- Membantu penyerapan zat besi
- Membantu dalam asimilasi protein
- Mengekalkan kulit dan wajah agar kelihatan berseri
 
 
- Membekalkan keperluan kalsium ibu
- Membekalkan keperluan kalsium bayi untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat
- Mengurangkan kekejangan & sakit belakang / sendi / urat
 
 - Melancarkan peredaran darah ibu
- Membekalkan Omega 3, DHA & EPA yang penting untuk perkembangan otak janin
(Hanya boleh diambil bermula Trimester 2 & 3)
 
- Membekalkan protein yang lengkap kepada ibu untuk pertumbuhan sel yang sihat
- Memberikan tenaga kepada ibu
- Mengelakkan ibu daripada mengambil kudapan yang tidak sihat
- Sesuai untuk ibu yang mengalami diabetes semasa hamil

 
Hubungi Pn Emalin di 0192500978
 
 
 
 
 



Keperluan Vitamin Untuk Ibu Hamil


 
Tahniah atas kehamilan anda!!! 

Cop......perlu ke vitamin dan supplement semasa hamil? 

Berapa sebenarnya keperluan vitamin semasa hamil ini? 

Perlu ke makan dengan kuantiti untuk 2 orang..Nanti gemuklah macam tu...

Saya memang tak lalu nak makan. Kalau makan, muntah. Makan, muntah. Tak larat rasa badan ni..
  

Itu antara persoalan yang timbul apabila ibu telah berjumpa 2 garis pada pregnancy kit. Lagilah untuk kehamilan pertama yang memang ditunggu-tunggu. Jadi, pastinya yang terbaik akan kita pilih untuk diri sendiri dan bayi terutamanya.

 Yang terbaik pastinya dari sumber makanan semulajadi dengan diet yang seimbang. Namun dengan keadaan sekarang ada yang tak cukup nutrisi yang diperlukan disebabkan kesibukan bekerja atau sukar mendapatkan makanan yang segar. Belum ditambahlagi dengan keadaan ibu hmil yang sering muntah, mabuk dan loya yang terkadang tidak dapat mencium bau makanan. Jadi, di sini menunjukkan betapa pentingnya supplement dan vitamin tambahan untuk ibu hamil.

Carta kat bawah ini menunjukkan berapa keperluan harian untuk ibu hamil. Contoh untuk kalsium, ibu hamil perlu mengambil 1000mg sehari dan diserap secara optimum. Segelas susu lazimnya hanya 250mg kalsium bergantung kepada jenis.

 
 Pengambilan vitamin dan supplement ini juga boleh membantu kesiatan bayi dalam memastikan bayi cukup berat serta mengurangkan risiko kecacatan bayi dan kelahiran bayi pra matang.

Berdasarkan petikan daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, antara vitamin dan supplement yang dicadangkan:
 
Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.




Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.

Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

 

Sumber: Sini

Untuk pertanyaan / tempahan:

Pn Emalin di 019250078

Cara Kurangkan Selera Makan



Pernah terjadi kat korang tak situasi ni. Tengok testimoni orang yang dah berjaya kurangkan berat badan  dan kita pun excited terus beli set tu tanpa tau atau sedar yang masalah kita yang lain ialah tak berjaya kurangkan selera makan.


Katanya bila makan set tu boleh ganti meal dan pasti rasa kenyang sekaligus kurang dah selera makan. TAPIIIIIIII..................yang sebenarnya bila kita buat TAK JADI pun. Minum pukul 8.00 malam ganti makan malam tapi pukul 11.00 malam perut berkeroncong minta makanan. Tak makan karang takut gastrik pulak. Dah habis makan satu canister supplement tu, tengok-tengok berat naik tak turun pun..Apa korang rasa? KECEWA ke GEMBIRA berat naik? Mana tak naiknya sebelum ni makan pukul 8.00 malam tapi sekarang makan pukul 11.00 malam. Tak sempat perut nak hadam makanan, dah lena tidur.



Sure kita kata, penjual tu penipu...Memang MARAH sangat kan...



Tapi sebelum tu nak tanya dulu. Selera makan uols macam GIANT tak? Pantang tengok makanan? Pernah terfikir tak sebenarnya bukan lapar lepas minum supplement tu tapi SELERA MAKAN yang sebesar RAKSAKSA yang menyebabkan rasa nak makan sangat tu. 


Jadi, masalah sebenarnya bukan supplement tu tapi korang perlu kurangkan selera makan. Kalau rasa tak boleh nak disiplin sebab MAKANAN tu memang menggoda sangat ditambah pulak join group KAKI MAKAN lah, RESEPI lah, JALAN-JALAN CARI MAKAN yang NEWS FEED korang penuh dengan gambar makanan tu.

Jadi, langkah pertama LEAVE GROUP PASAL MAKANAN tu..Kalau nak tambah berat badan kena join group ni tapi kalau nak kurangkan berat badan tak usahlah tengok gambar makanan memanjang. Kurang tengok gambar makanan pun boleh kurangkan selera makan.


Langkah kedua, JOIN GROUP FITNESS, HEALTHY FOOD yang gambarnya orang bersenam dan kalau gambar makanan pun gambar salad je...




Bak kata orang, kalau berkawan dengan orang yang bekerja dengan minyak wangi, terpalit juga bau wangi kat badan kita. Ye tak....


Seterusnya, nak overcome masalah SELERA MAKAN SEBESAR RAKSAKSA JAHAT tu..takkan nak cari ULTRAMAN plak bunuh RAKSAKSA yang bernama Selera Makan tu.


Tapi kalau Ultraman pun overweight macammana nak lawan dengan raksaksa?


Mudah je, cari food ke supplement ke yang ada LEPTIN. Leptin tu kalau ikut maksud wikipedia "Leptin (from Greek λεπτός leptos, "thin") is a 16-kDa adipokine that plays a key role in regulating energy intake and expenditure, including appetite and hunger, metabolism, and behavior. It is one of the most important adipose-derived hormones.[2] Leptin functions by binding to the leptin receptor. The Ob(Lep)gene (Ob for obese, Lep for leptin) is located on chromosome 7 in humans.[3]"
Sumber: Sini


Bahasa mudahnya, Leptin memberi isyarat pada otak untuk mengurangkan selera makan. Wah, best kan? Mana nak Leptin ni?


Jangan risau, saya ada saya ada...ehem ehem...


Tadaaa....



Omega Guard mengandungi Leptin yang boleh membantu anda untuk mengawal selera makan dan membakar lemak untuk mengurangkan berat badan.

Kat sini ada cerita lebih lanjut....


Nak tak????

Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Pengurusan Stress Ibu Bekerjaya



Pernah terjadi tak? Anak-anak menjerit-jerit kat rumah. Si Ibu nak masak. Call Si Suami rupa-rupanya tengah minum kat luar dengan kawan. Apa rasa korang waktu tu? Apa yang korang buat? Sure terjerit kat anak punyalah...


Dah tu nak buat macammana?
 





Minggu lepas hadir ceramah agama yang dibuat kat pejabat setiap minggu. Topiknya amat kena dengan diri sendiri. Menangani stress....Siapa takda stress kat sini? Angkat keyboard?


Semua manusia dewasa yang normal ada stress. Yang takda stress tu dah masuk Hospital dah dalam rawatan sebab takda stress. Tapi, bagaimana nak handle stress ni supaya anak-anak tak stress dengan kita? Anak-anak pun stress juga ye bila mak asyik membebel ayah asyik marah-marah. Macam kita juga dulu masa kecil, mana suka kalau kena bebel.


Lagilah dunia mencabar ni. Dulu zaman kita masa anak-anak boleh lagi main sorang-sorang depan rumh, pergi kedai jalan kaki. Tu kat kawasan perumahan tu bukan kampung. Zaman ni minta dijauhkan la benda-benda tak baik daripada berlaku kat keluarga kita.


Seorang kakak sepejabat hari tu dapat Anugerah Ibu Cemerlang. Minta tips kat dia...Sikit je dia jawab. Ini pesanan kakak tu kepada saya.


Ingat masa kita dengan anak-anak ni. Tak lama. 12 tahun je. Lepas tu anak-anak dah masuk sekolah asrama, IPT dan bekerja. Dah duduk berjauhan. Dengan bekalan 12 tahun pertama ni yang penting. Jadi, jangan rasa penat dulu. INGAT!!! Anak-anak tak lama dengan kita.









Intipati ceramah agama hari tu menekankan pengurusan masa terutama untuk Ibu bekerjaya yang mana 70% masa di pejabat dan 30% di rumah. Jadi, 30% masa yang sedia ada ni nak dijadikan masa yang betul-betul berkualiti. Cakap mudah kan hakikatnya payah dan sukar jika tidak berdisiplin.


Situasi yang biasa apabila kita balik bekerja, badan dah penat dan lesu. Bila penat ni kita akan jadi cepat marah. Objektif kita pulak berlainan dengan objektif anak. Objekif kita lepas balik nak masak, nak kemaskan barang anak untuk esok dan nak pastikan kerja rumah anak siap. Objektif anak pulak, bila lepas balik dari sekolah/ taska/ tadika nak bercerita dengan ibu bapa. Bila tak diluangkan masa, mulalah anak-anak nak itu kejap nak ini. Ibu pulak tengah pegang senduk. Kalau tak sabar memang anak kena marahlah. Kecewalah anak kan. Dia pun ada mood. Lepas ibu dah siap semua, mood anak dah lain. Nak buat macam mana?


Tak lain tak bukan. Agihan tugas antara ibu dan ayah. Kalau ibu dan ayah duduk sekali. Kalau PJJ? Erm....Ayah kena main peranan untuk bermain dengan anak-anak mendengar luahan rasa hati anak-anak walaupun entah apa yang diceritakan. Dari 5 ayat yang keluar dari mulut si Comel, ayat pertama je yang faham sebab masih pelat. Tapi, kalau bagi perhatian kat si Comel ni memang galak dia bercerita.


Mungkin pada ibu dan ayah juga kena ada had masa bersama gadget. Ni untuk diri sendiri jugalah kan. Tetapkan tempoh masa tengok handphone tu. Ni tak, abis dah FB tu scroll ke atas ke bawah. Wassap lagi. Bayangkan, bila anak dah besar nanti buat yang sama kat kita. Mesti rasa tak dihargai...Ni debuss kat diri sendiri ni. Tak kata kat orang lain....huhuhu...


Penceramah hari tu Hj Hushim pun kata sebagai ibu bapa perlu banyak berkorban. Korbankan duit untuk pendidikan terbaik anak-anak, hantar anak-anak pergi kelas mengaji, kelas motivasi, kelas swimming, kelas memanah. Berikan aktiviti kepada anak-anak agar masa anak-anak tersebut diisi. Nak ajar sendiri? Pendidikan awal memang kena ibubapa yang ajar tapi....untuk details lagi hantr lah pada orang berkelayakan. Mengaji biar tajwi betul....Swimming biar sampai boleh selamatkan orang lain. Tu baru dari segi $$$.


Pengorbanan emosi pun perlu ada juga. Ibu bapa kena maintain suasana loving, aman damai dan bercakap dengan lemah lembut antara satu sama lain. Walau waktu tu dah berbulu dengan Suami sebab tengok ttv aja. Yang Suami pulak asyik berbulu dengan Isteri sebab asyik nak beli tudung je. Tudung pulak bukan RM10 ke RM50 tapi harga sampai RM200. Baru sehelai...Tu contoh....Jadi, yang tak puas hati kat satu sama lain tu pendam depan anak-anak. Rasa tak tahan sangat nak menangis. Pergi menangis dalam bilik air, buka air kuat-kuat sampai takda kedengaran bunyi tangisan. Jadi, bila anak-anak tengok suasana macam ni bahagian je. Tade lah nak terpekik antara anak-anak sebab ikut ibu bapa yang marah marah sampai jerit pekik antara satu sama lain. Jiwa anak yang tenang mudah diasuh. Betul tak?


Lagi tips yang dipelajari hari tu, buat sentuhan qalbu. Sentuhan qalbu ni ibu bapa hendaklah saling peluk dan cium anak-anak. Biasakan. Tapi bila ayah baru nak mulakan tapi anak dara dah umur 15 tahun. Tetiba peluk dan cium mau seriau anak tu kan...Jadi, dah terlambat ke? Tak lagi. Ajak anak-anak solat berjemaah dan peluk serta cium pipi anak-anak lepas solat. Bila dah biasa setiap kali nak keluar rumah, amalkan. Kita takkan tahu bila kali terakhir kita peluk cium ahli keluarga kita. Betul tak?


Tips lagi. Ibu bapa jangan berdendam dan jangan ego dengan anak-anak. Mengalah bukan erti kalah tapi ingin mengajar anak-anak lembut hati. Kan bagus sifat memaafkan. Sentiasa doa yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak-anak 'menjadi' orang kata, siapa yang tumpang bahagia dan gembira? Ibu bapa juga kan..


Tapi nak buat kat atas tu senang ke? Takda benda senang kat dunia ni jika tak belajar dan tak diamalkan. Nak berjalan pun berapa kali anak-anak kita terjatuh...Nak mendidik hati supaya sabar tu yang sukarnya. Hati anda, anda yang tahu..Jadi, tips lagi dari Hj Hushim, perbanyakkan amalan sunat seperti sedeqah,  solat tahajud, solat hajat dan solat taubat. Yang wajib tak perlu cakapkan... Amalkan...Semoga hati kita yang sukar dilembutkan berrjaya dilembutkan...Bukan untuk orang lain tapi untuk kejayaan diri sendiri juga.



Salam sayang,
Pn Emalin
 
 
"Nukilan ni ditulis bukan untuk mengajar sesiapa tetapi sebagai panduan diri sendiri yang kerap kali tersasar dari tanggungjawab untuk menjadi Ibu yang Berjaya mendidik anak-anak menjadi Umat Nabi Muhammad yang  Soleh dan Berjaya di dunia dan akhirat. Amin...".

Ubat Kurangkan Kolestrol

Selalu kita dengar yang terlebih BMI, berat badan atau gemuk mengalami masalah kesihatan tetapi bagi yang bertubuh kecil & kurus pun tidak lari dari masalah kesihatan seperti kolestrol. Jangan ingat badan kecil tak ada masalah kesihatan tau.


Kolestrol ni salah satunya. Kolestrol tinggi ni tak ada symptom, jadi baik buat pemeriksaan perubatan tahunan. Tahu-tahu karang kena serangan sakit jantung atau strok sebab kolestrol tinggi.


Tapi badan kita pun perlu kolestrol juga. Jangan terus buat kesimpulan kolestrol ni tak elok. Kolestrol ni adalah lemak yang diperlukan oleh sel-sel badan untuk membuat hormone, mencerna makanan dan lain-lain.


Kolestrol ni bergerak dalam aliran darah secara pakej. Siap pakej tu dalam bentuk lipoprotein. Lipoprotein ini pulak ada 2 jenis iaitu LDL (Low Density Lipoprotein)  dan HDL (High Density Lipoprotein). Lipoprotein ini penting dan perlu dalam tahap yang sihat. Kalau buat ujian kolestrol nanti doctor akan bagi ringkasan tahap kolestrol kita normal ke tak. 


Ringkasannya macam ni:




Lazim kita dengar LDL si jahat dan HDL si baik tapi kedua-duanya perlu ya. LDL ni jadi jahat bila terlalu tinggi ia akan membentuk plak dalam arteri. Arteri ni plak yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Bila dah terbentuk plak, aliran darah tersekat-sekat. Macam paip air, bila ada kotoran terkumpul dalam paip tapi pada masa yang sama pili air terbuka menyebabkan tekanan pada kotoran yang terkumpul lama-lama paip boleh pecah. Sama juga dengan arteri tadi...



Gambar rajah menunjukkan arteri yang normal pada B dan arteri yang telah ada plak pada C yang menyukarkan aliran darah.

HDL ni pula membawa kolestrol dari seluruh badan kembali ke hati untuk dikumuhkan daripada badan. Sebab itu HDL digelar si Baik.


LDL tinggi menyebabkan risiko penyakit jantung tinggi.
HDL tinggi menyebabkan risiko penyakit jantung kurang.



Kalau kolestrol tinggi lazimnya doktor akan bagi ubat untuk mengurangkan kadar kolestrol tadi. Jadi, makan ye ubat jangan tak makan. Kalau tak dijaga nanti boleh jadi teruk. Kesian kat orang yang tersayang.


Antara makanan yang boleh membantu mengurangkan kolestrol seperti fiber, produk berasaskan soya. Jadi, nak top up supplement macam ESP dari kacang soya non GMO &, omega-3 macam Omega Guard pun boleh juga. Selain itu, supplement Garlic / Bawang Putih dikatakan membantu juga untuk menurunkan kolestrol. Namun, ambil supplement jangan sembereno je ye...Penjelasan biar jelas setiap fungsi agar tidak bercanggah...
(Sumber: Sini)


Dapatkan nasihat daripada Pengedar Shaklee anda.

I'm Shaklee Independent Distributor.
Pn Emalin 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Brilliant Set Shaklee



Betul ke ada ubat untuk jadi brilliant & jadi bijak? Rugilah sebab tak tau kan. Kalau tak boleh dapat straight A masa SPM dulu then dapat biasiswa tak payah bayar pinjaman..huhu...

Pandailah semua orang kalau ada ubat bijak kan...Logik ke ada ubat bijak? Ni Shaklee ada keluarkan Brilliant Set ni. Kalau tak jadi brilliant takkan set ni namanya brilliant. Ye tak?

Jom baca macammana agaknya set ni boleh menjadikan kita brilliant.

Cinch tea amat sesuai untuk menggantikan kopi atau teh peneman di kala belajar dalam tempoh lama atau kena stay up. Biasakan bila kita belajar kat 'U' stay up malam-malam nak study. Cinch tea ini memberikan tenaga secara semulajadi dan memberikan ketahanan badan untuk stay up.

Ostematrix ni pulak adalah kalsium yang diperkaya Magnesiun, Vitamin D, zinc, boron, manganese & kuprum berfungsi untuk mengurangkan stress dengan ada kesan penenang . Zinc pula yang terkandung dalam Ostematriz ini boleh meningkatkan konsenstrasi dalam kelas atau semasa belajar. Sakit-sakit badan dan sengal pun boleh hilang akibat belajar terlalu lama.

 
B complex ni membantu menukarkan makanan kepada tenaga jadi boleh mengurangkan masalah letih dan lesu. B complex juga dikenali sebagai vitamin anti stress dan membantu menigkatkan focus. Jadi elok sangatlah kan untuk pelajar atau sesiapa sahaja yang perlukan focus yang tinggi.

 
Lecithin ni mat popular di kalangan yang nak menguruskan badan tapi ada khasiatnya yang mat baik sekali untuk pelajar. Lecithin mengandungi kolin yang membantu meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang dari terkena nyanyuk atau 'Alzheimer' dan mengurangkan stress. Jadi, yang nak kurangkan berat badan tu dapat juga faedah 2 dalam 1 kalau ambil lecithin ni.
 

Omega guard mengandungi DHA yang membantu untuk perkembangan otak dan meningkatkan memori. Jadi mudah nak ingat apa yang dipelajari. Selain itu, ia membantu dalam mengurangkan tekanan. Biasalahkan bila nak exam selalu stress jadi bolehlah dengan mengamalkan Omega Guard ni mengurangkan stress.

ESP ini boleh dijadikan sebagai pengalas perut kerana biasanya apabila belajar kita cepat merasa lapar atau terkena gastrik apabila stress. Jadi, ESP boleh memberikan rasa kenyang yang lama. Tak adalah nak mencari makanan di Subuh hari semasa say up. Gastrik pun dapat dielakkan dengan mengamal ESP ni. Dengan ESP ni juga boleh meningkatkan memori pelajar.
 


Faham dah penjelasannya? Takda makna nak jadi bijak ke brilliant ke nak dapat 4.0 pointer CGPA kalau tak belajar, ponteng kelas & tak buat assignment.

Tapi, apa yang Brilliant Set ni buatlah menyediakan tubuh badan yang sihat yang berada dalam keadaan optimum agar mudah ingat, mudah faham dan sel-sel otak mudah berhubung bak kata iklan tu serta bertenaga dan takda stress semasa belajar.....Sebab tu dinamakan Brilliant Set.

Jadi set ni amat sesuai untuk pelajar dari sekolah rendah, menengah, mahasiswa atau kita ni yang membuat pekerjaan analitikal atau tengah part time study.

Cop!! Jangan beli dulu tanpa mendapatkan konsultasi ya. Nanti tak sesuai, tak serasi menyesal pulak.

So, hubungi Pn Emalin di +60192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

 


Kesan Alat Pencegah Kehamilan: Pengalaman Dengan Implanon

Bila dah nak habis tempoh berpantang, apa yang ibu fikirkan? Terutama ibu yang bersalin secara ceasarean atau mengalami suasana bersalin yang sukar sehingga ketika itu rasa serik nak bersalin. Pernah rasa kan...
 
Masa awal-awal lepas bersalin pun seriau nak ke tandas. Dah habis tempoh pantang seriau dengan yang lain pulak..
 
Pergi check up bawa anak ke klinik nurse akan Tanya dah fikir belum nak pakai kaedah atau alat pencegah kehamilan yang mana. Dan nurse akan nasihat jarakkan anak bla bla dan bla...
 
Bila dengar alat pencegah kehamilan memang terus keluar ayat tak nak makan pil, tak nak kena inject , tak nak pakai implan. Sebab? TAKUT GEMUK...lemak waktu mengandung pun tak hilang lagi dah kena fikir nanti bertambah berat macammana pulak.
 
Tapi nak tak nak kena pakai juga alat pencegah kehamilan ni kalau nak merancang. Takut 'accident' orang kata..
 
Kali ni nak cerita pengalaman menggunakan alat pencegah kehamilan, Implanon.


 
 
Implanon ni rod plastik yang fleksibel. Tak besar pun. Saiz batang mancis  tu je yang dimasukkan ke bawah kulit pada lengan. Fungsinya mengeluarkan dos hormone sintetik progestrone yang rendah dan stabil. Kesannya mukus pada serviks menjadi tebal dan lapisan uterus endometrium menjadi nipis. Keadaan yang macam ni doctor kata tak sesuai untuk kehamilan dan tiada ovulasi. Kalau tak ada ovulasi takdalah hamilkan.
 
Implanon ni ada kat klinik swasta dan LPPKN. Kat Klinik Ibu dan Anak belum ada. Kalau pergi LPPKN murah sikit berbanding klinik swasta tapi kena buat temujanji dulu. Cawangan LPPKN tak setiap hari ada doctor so kena check dulu melainkan pergi HQ LPPKN.
 
Doktor akan tunjuk rod tu pada patient dan terangkan prosedur tapi macam saya jenis yang takut sangat jarum memang tak nak dengar sangat. Takut eh tapi rod tu tengok juga sebab doctor suruh gak tengok. Memang tak besar.

So sebelum nak masukkan rod tu dalam lengan, doctor akan suntik dulu lengan bagi kebas. Bila dah kebas baru doctor akan masukkan rod. Serius cakap masa masukkan rod tu tak rasa pun masa suntik je yang rasa. Ibu sure dah pernah kena inject kan. So yang rasa sakit tu sakit injection bukan sakit masukkan rod. Memang kejap jelah. Dah masukkan rod, doctor letak plaster je bukan jahit bagai tempat masukkan rod tu. Jadi, nak kata rod tu memang kecil...

 
 
Sakit tak lepas kebas hilang? Lengan rasa lenguhlah. Tu je dan bila dah lenguh tu tak bolehlah nak dukung baby sangat ke nak buat kerja lasak sangat ke. Tapi bukan lama pun lenguh tu. Sehari dua hilanglah.

Yang bestnya pakai implanon ni tak payah fikir dah pasal nak makan ubat macam makan pil atau nak kena pergi cucuk tiap 3 bulan. Pil perancang dan suntikan kalau terlepas kena buat ujian kehamilan dulu dan lazim kalau Klinik Ibu dan Anak kalau dah terlepas tarikh tu diorang suruh tunggu period dulu baru mula balik. Takut dah hamil plak.
 
Tapikan.....kalau baca kesan sampingan Implanon ni ada banyak, macam:

 1. Sakit perut atau belakang
 
2. Jerawat
 
3. Risiko menghidapi ovarian cyst
 
4. Menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur
 
5. Nafsu seksual menurun
 
6. Pening kepala
 
7. Keguguran rambut
 
8. Sakit kepala
 
9. Boleh menyebabkan risiko mendapat diabetes
 
10. Mood swing dan murung
 
11. Sakit dada
 
12. Faraj kering
 
13. Risiko jangkitan virus pada faraj
 
14. Berat badan menambah aka jadi gemuk

Ada yang langsung tak jadi apa-apa macam serasi sangat. Wow, jeles kan dengan orang yang macam tu. Saya pun ada gak kena kesan sampingan pakai Implanon ni.
 
Tak tahan...antaranya macam no 10 tu..mood swing teramat. No 4 pun ada sampai susah nak tahu yang mana hari suci mana tak..Kejap ada kejap tak ada. Memang ke lautlah tarikh period. Kadang-kadang berbulan tak ada period tapi kalau dah ada tu pulak lamanya...
 
Sampai satu tahap memang pergi jumpa doctor nak buka balik. Sekali doctor sound daaa..betul ke nak buka? Bukan dah tahu risiko yang bakal dialami? Then doctor nasihatkan sabar dulu. Biarkan badan serasi.
 
Tapi mana nak tahan kan...tup tup..kawan sekolah promote Shaklee waktu tu...dan dia suggest GLA. Belilah satu tak mahal pun kalau nak banding ruginya nak kuarkan implanon tu yang beratus-ratus. GLA tak sampai seratus pun. Masa ni tak jadi ahli lagi tau...

Dan..Alhamdulillah bila konsisten makan badan dah serasi. Period teratur tapi cycle lama. Tak kisahlahkan. Mood ok.

ehem ehem..yang no. 12 tu pun dah tak ada. Ok sesangat pada saya. Nasib baik tak gelojoh buka Implan tu. Ada lagi kesan sampingan yang sangat saya suka bila makan GLA ni. Yang ni kena PM saya untuk kesannya...Tak boleh cerita kat sini. Tapi kesan yang suami isteri SUKA...ahakss..

Jadinya, kalau anda memakai implanon dan ingin menghilangkan atau mengurangkan kesan negative Implanon ni boleh try GLA Complex. InsyaAllah tak mengecewakan.

KHASIAT GLA kat sini ye...

Nak tak?

Hubungi Pn Emalin di +60192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall