Minuman Tenaga: Performance Drink Shaklee

11:55 pm emalin mohd 0 Comments

Syaaban sudah di pertengahan. Dan itu menandakan Ramadhan akan menjelang tak lama lagi. 

Dah habis ganti puasa? Apa? Belum? Tak larat nak ganti sebab cuaca panas?

Apa kata masukkan dalam menu bersahur Minuman Tenaga iaitu Performance Drink Shaklee ini? Rasa oren dan kalau dibancuh dengan air sejuk sangat nyaman dan menyejukkan. Lagi pun Performance Drink ni tak macam minuman tenaga di pasaran. Performance Drink takda karbonat aka tak bergas dan kurang gula. Performance Drink ini juga tak ada pewarna, pemanis atau pengawet tambahan. Jadi semua golongan sesuai mengambil Performance dari ini tau.




Apa yang menyebabkan Performance Drink ini istimewa?

Sekilas Fakta:

  • Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.
  • Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat yang penting untuk tenaga dan stamina berpanjangan.
  • Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan  untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Siapa yang perlukan PERFORMANCE DRINK?

  1. Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa dan digabungkan dengan ESP & Meal Shakes menjadi Triple Gems untuk kekal bertenaga tanpa mengganggu susu ibu.
  2. Ahli Sukan
  3. Mereka yang sibuk dan kurang minum air
  4. Mereka yang banyak berjemur atau bekerja di lapangan
  5. Orang yang demam untuk mengelakkan badan menjadi dehidrasi
  6. Anak-anak kecil yang bersekolah, terutama yang baru hendak belajar berpuasa.
  7. Semua individu di galakkan ambil performance drink bagi mengelakkan kelesuan dan agar kekal bertenaga

Bagaimana Performance Drink ini membuatkan  kita bertenaga sepanjang hari?
Sebab ia mengandungi Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.






Dapatkan hari ini.
❤️ I'm Your Shaklee Independent Distributor #968112 ❤️
Hubungi Pn Emalin di 0192500978 
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 

 ::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Syaaban sudah di pertengahan. Dan itu menandakan Ramadhan akan menjelang tak lama lagi.  Dah habis ganti puasa? Apa? Belum? Tak larat n...

0 comments:

Ubat Kolestrol Semulajadi: Phytocol-ST

5:37 pm emalin mohd 0 Comments

Lebih 6 juta penduduk Malaysia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi ( Malaysia National Health & Morbidity Survey 2011). Dan, tidak mengejutkan ramai di kalangan kita eksekutif muda seawal 30an malahan 20an mempunyai kolestrol tinggi.

Apa yang dikatakan kolestrol tinggi? Ujian kolestrol seharusnya menunjukkan 3 bacaan iaitu bacaan Kolestrol LDL, Kolestrol HDL dan triglycerides.

Bacaan Kolestrol

Kolestrol Keseluruhan [mmol/L (mg/dl)] 
Normal: <5.2 (<200) 
Borderline High: 5.2 - 6.2 (200 - 239) 
Tinggi: >=6.2 (>=240) 

Kolestrol LDL  [mmol/L (mg/dl)] 
Normal : <3.3 (<130) 
Borderline High: 3.3 - 4.1 (130 - 159) 
Tinggi : >=4.1 (>=160) 

Kolestrol HDL  [mmol/L (mg/dl)] 
Normal: >=0.9 (>=35) 
Berisiko: <0.9 (<35) 

Triglyceride [mmol/L (mg/dl)] 
Normal: <2.3 (<200) 


Anda berisiko untuk mendapat penyakit berikut: 
🏥 Serangan sakit jantung
🏥 Angin ahmar / strok
🏥 Hepatic steatosis (fatty liver)
🏥 Tekanan darah tinggi
🏥 Ketidaksuburan



Jika bacaan kolestrol anda seperti berikut:

Kolestrol Keseluruhan [mmol/L (mg/dl)] : > 5.2 (>200)
Kolestrol LDL  [mmol/L (mg/dl)] : > 3.3 (>130)
Kolestrol HDL  [mmol/L (mg/dl)] :  <0.9 (<35) 
Triglyceride [mmol/L (mg/dl)] : >2.3 (>200)

Antara punca kadar kolestrol tinggi:
# Pemakanan
# Merokok 
# Minuman keras
# Stress
# Hati tidak sihat


Tahukah anda, kolestrol baik diperlukan juga oleh badan kita? Dan sebenarnya keperluan harian kolestrol untuk orang yang normal ialah <300mg dan bagi pesakit jantung pula pengambilan kolestrol harian hendaklah tidak melebihi 200mg.

Tapi, sebagai rakyat Malaysia yang sangat mencintai makanan dan setiap makanan boleh didapati bila-bila masa sahaja tidak kira masa seperti nasi lemak. Lazimnya, hanya untuk sarapan tapi kini nasi lemak pun boleh didapati hatta tengah malam sekali pun. Dan, makan adalah satu budaya bersosial di Malaysia. 

Berapa agaknya kandungan kolestrol makanan yang popular di Malaysia? Anggaran untuk satu hidangan...
➡️ Nasi lemak mengandungi 213mg kolestrol.
➡️ Nasi goreng mengandungi 445mg kolestrol.
➡️ Mee goreng mengandungi 376mg kolestrol.
➡️ Tomyam mengandungi 353mg kolestrol.

Itu kalau sekali waktu makan. Kita pula ada sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Berapa agaknya kolestrol harian kita ya?

Dah tu nak buat macam mana? Takkan tak makan pulak kan?

Jadi, untuk perbaiki tahap kolestrol kita:
📌 Makan makanan seimbang yang tinggi kandungan serat
📌 Makan makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan salmon. Kalau rasa susah nak dapatkan, tambah supplement Omega 3. 😊😊
📌 Kawal dan urus berat badan
📌 Melakukan senaman atau aktiviti fizikal
📌 Jumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada doktor

Tapi, tahu tak fitosterol dapat mengurangkan kadar serapan kolestrol? Fitosterol diperolehi daripada tumbuhan dan struktur serta fungsinya menyerupai kolestrol. 


Walau bagaimanapun, kita memerlukan 2000mg fitosterol setiap hari untuk mendapat kesan yang effektif. Berapa banyak pula makanan yang diperlukan untuk mendapat 2000mg fitosterol?


Dapatkan Phytocol-ST sebagai pilihan anda untuk fitosterol yang mencukupi agar kolestrol tinggi bukan lagi masalah anda.

Dan ini testimoni Director of Sales Shaklee Malaysia untuk penggunaan Phytocol-ST.


Jom kita berShaklee...


❤️ I'm Your Shaklee Independent Distributor #968112 ❤️
Hubungi Pn Emalin di 0192500978 
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 

 ::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::









Lebih 6 juta penduduk Malaysia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi ( Malaysia National Health & Morbidity Survey 2011). Dan, tidak men...

0 comments:

Tips Menghadapi Musim Panas

5:11 pm emalin mohd 0 Comments

Dalam The Star 11.6.2014 cuaca panas di Malaysia mencecah 30'C. Memang rasa panas. Kalau kurang minum air, pasti dapat ulser dan sakit tekak.

Tambahan pula sekarang cuti sekolah. Ramai ibubapa membawa anak pergi bercuti. Antara tempat yang menjadi pilihan adalah Water Theme Park. Anak-anak kalau dah jumpa air memang tak ingat nak minum.


Jadi, kita sebagai ibu bapa yang kena memastikan anak mendapat air secukupnya.

Kita lihat dan hayati pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.




Jangan lupa minum air banyak ye dan untuk minuman isotonik pula ada pilihan Performance Drink yang mengandungi kurang gula dan pastinya tiada karbonat.


Minuman Performance Drink ni memang dapat memberikan tenaga dan mengurangkan risiko dehidrasi. 

Untuk ahli sukan yang pastinya cuaca panas ni bukan menjadi alasan untuk tidak menjalani latihan, bukan?

Tapi bukan untuk ahli sukan sahaja tau. Untuk kita-kita ni terutama supermom kan?

Jom dapatkan Performance Drink ni..

❤️ Hubungi Pn Emalin di 0192500978 ❤️
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Dalam The Star 11.6.2014 cuaca panas di Malaysia mencecah 30'C. Memang rasa panas. Kalau kurang minum air, pasti dapat ulser dan sakit t...

0 comments:

6 Tips Melancong Dengan Anak-Anak

4:48 pm emalin mohd 0 Comments

Melancong, Traveling, berjalan-jalan bersama anak-anak amat berbeza dengan dewasa. Banyak persiapan yang perlu dibuat dari pemilihan hotel, barang-barang yang perlu dibawa dan barang-barang wajib dibawa.



Ini tips kami untuk melancong bersama anak-anak yang masih kecik berumur antara 3-8 tahun.

TIPS MELANCONG  # 1:
Thermometer wajib dibawa

Perjalanan jauh memenatkan dan kadang-kala suhu badan anak-anak rasa panas. Jadi, untuk kepastian thermometer amat penting dalam memantau suhu anak. Risau jugakan apabila anak tidak aktif kita ingatkan penat tapi rupanya demam. Demam pun banyak jenis. Tak dipantau risau mencecah 40'C pulak.

TIPS MELANCONG  # 2:
Air masak 

Perjalanan yang dijangka dekat kadang-kala boleh jadi lama disebabkan kesesakan lalu lintas yang tak dijangka atau kereta mengalami kerosakan di di dalam perjalanan. Tengah-tengah highway mana ada sumber air kan? 

Masa tu lah anak-anak kehausan teramat dan kadang-kadang muntah. Jadi, air masak ni sangat perlu. Kadang-kala kereta kita pun perlukan air juga. Betulkan?

TIPS MELANCONG  # 3:
Makanan

Sama macam air masak, memang saya akan sediakan makanan dalam kereta hatta nak balik kampung suami yang tak sampai 1 jam pun. Sebab, anak-anak kalau lapar boleh meragam. Nanti kita pula yang hilang mood. 

Lagi pun, kadang-kala yang dirancang tak menjadi. Nak berhenti makan kat R&R tengok-tengok penuh sangat. Nak masuk pun que panjang. Jadi, makanan yang dibawa memang membantu. 

Yang dewasa pun kalau lapar sangat boleh kena sakit kepala lah, gastrik lah....

Makanan tu pulak tak semestinya nasi dengan lauk pauk. Cukup makanan yang simple macam kuih yang tahan lama, roti atau apam polkadot kesukaan anak-anak saya. 

TIPS MELANCONG  # 4:
Vitamin / Supplement

Yang ini memang wajib. Kalau orang lain bawa ubat untuk kecemasan, saya bawa vitamin / supplement.

Kalau nak tahu banyak vitamin / supplement yang boleh jadi remedy waktu kecemasan.

Ni contoh vitamin / supplement untuk anak-anak.


Set ini sangat sesuai kot-kot anak-anak tiba-tiba demam, batuk atau selsema. Tapi, kalau tak kena pun anak-anak boleh amalkan untuk tingkatkan imun badan anak-anak. Omega Guard tu sangat istimewa terutama kalau anak-anak ada asthma atau sering selsema waktu pagi. InsyaAllah boleh kurangkan serangan asthma. Tambah pula dengan  Chewable Vitamin C tu memang okay sangat. Nutriferon tu pula boleh bagi kalau badan anak dah mula rasa panas.

Tu vitamin anak-anak. Vitamin / Supplement orang dewasa? Boleh bawa Vitamin B Complex dan Ostematrix yang boleh hilangkan sakit kepala dan kurangkan penat atau CoqHealth. Nak bawa Performance Drink pun boleh. Ni memang boleh bagi tenaga instant pengganti 100 Tambah tu. Kurang gula & tak Ada karbonat pun. Tak perlu bawa 1 canister macam tu. Buat macam bawa susu formula anak-anak tu. Jimat sikit ruang. 



TIPS MELANCONG  # 5:
Toto

Yang ni applicable untuk melancong dengan perjalanan darat. Tak kan nak angkut toto dalam flight. Ye tak? 

Kenapa toto? Kadang-kadang bilik hotel tu indah khabar dari rupa. Ingatkan muat semua tidur atas katil. Rupa-rupanya tak muat. Jadi, toto ni penyelamat waktu nak tidur. Bolehlah tidur atas katil. Yang ada anak kecik tu bolehlah anak golek-golek atas toto.

TIPS MELANCONG  # 6:
Wang tunai secukupnya

Wang tunai ni penting sebab tak semua tempat terima kad kredit. Tak pun waktu nak guna tu kad kredit tengah off line. Buat tensen je terutama nak isi minyak tapi kad kredit tak boleh pakai. Tapi, jangan semua simpanan untuk perbelanjaan pun dibawa sekali. Risau balik bercuti kena ikat perut pula.


Tips lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kalau berminat dengan produk Shaklee kat atas tu, boleh hubungi:
Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Melancong, Traveling, berjalan-jalan bersama anak-anak amat berbeza dengan dewasa. Banyak persiapan yang perlu dibuat dari pemilihan hotel, ...

0 comments:

Pencuci Rumah Semulajadi: Basic H

9:48 am emalin mohd 0 Comments

Siapa sedang mencari bahan pencuci semulajadi?
Siapa ada kulit sensitif?
Siapa yang sedang mencari bahan pencuci untuk kulit sensitif?
Siapa yang sedang mencari bahan pencuci sekuat Clorox tapi tak ada bau macam Clorox?
Siapa yang alami allergi kulit makin teruk terutama selepas menyental bilik air atau mengemop rumah sehingga kulit kaki pedih berdarah?

Itu antara 1001 persoalan dengan jawapan YA. Ya, sedang mencari bahan pencuci semulajadi yang tidak merengsakan kulit. Dan Basic H2⃣ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee boleh menjadi jawapan bahan pencuci serba guna tadi.

Tambahan, jika kita tergolong yang mempunyai kulit sensitif, menyental atau mengemop rumah menjadi satu igauan ngeri. Mana taknya, belum habis mencuci rumah tangan dan kaki dah mula rasa gatal-gatal. Tak lama lepas tu dah rasa pedih. Tengok-tengok dah mula luka pada kulit yang kena direct contact dengan bahan pencuci tadi. Kalau dengan Basic H2⃣ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee insyaAllah tak terjadi kerengsaan pada kulit.

Sakit kan? Tapi sebagai Ibu, isteri dan anak takkan itu dijadikan alasan untuk tidak mencuci rumah? Basic H2⃣ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee boleh sangat membantu dalam hal ini.

Jom kita lihat apa lagi kegunaan Basic H2⃣ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee:



Jadinya, Basic H2⃣ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee boleh digunakan untuk:
🏡 Dapur
🏡 Perabot
🏡 Dinding
🏡 Bilik air
🏡 Lantai
🏡 Perkakasan Dapur 
🏡 Cermin dan tingkap
🏡 Pakaian

Jadi, dengan satu botol ini boleh menggantikan banyak jenis pencuci kat rumah tu. Jimat pun jimat sebab ia memang pekat sangat.

Jom dapatkan Basic H2⃣ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee  hari ini.




❤️ Hubungi Pn Emalin di 0192500978 ❤️
PM : www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Siapa sedang mencari bahan pencuci semulajadi? Siapa ada kulit sensitif? Siapa yang sedang mencari bahan pencuci untuk kulit sensitif? ...

0 comments:

6 Tips Atasi Bengkak Susu

9:33 am emalin mohd 0 Comments

Kena bengkak susu sampai demam? Normal ke tak normal? Kalau tak pernah kena Alhamdulillah tapi kalau pernah kena memang tahu rasa macammana kan? Ada rasa nak menyepak orang tak? hihi...

Ada banyak tips tapi macam biasa cuba baru tahu yang mana satu serasi. Tapi, tak salah mencuba. Dan tak salah pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Tapi maklum siang-siang, siap-siap pada doktor yang kita ni ibu yang menyusukan anak sepenuhnya atau secara eksklusif. Ini untuk memastikan agar ubat yang diberikan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu.

Jadi, apa tipsnya selain tips yang pernah  dicoretkan sebelum ni di sini?

Antara tips yang boleh diaplikasikan:

1) Mulakan sesi penyusuan pada sebelah breast yang bengkak. 

Kenapa? Sebab lazim macam orang dewasa yang tengok makanan masa lapar. Pasti rasa berselera kan? Bayi pun sama. Kadar hisapan bayi lebih kuat pada masa ini. Lazim nya bayi akan tolak sebab perlu bekerja keras untuk mengeluarkan susu tapi ada yang berjaya melakukannya.


2) Tuam breast yang bengkak dengan tuala suam. Ini hanya untuk melegakan sebentar rasa tidak selesa.


3) Keluarkan susu pada breast yang bengkak melalui Teknik Marmet atau Pam susu. Tapi nak bagi amaran dahulu. Jangan ingat breast bengkak, pam susu dapat 10 auns terus. Kadang-kadang dapat 1 auns je. Dah liang susu tersumbat, nak keluarkan macammana pulak ya? Tapi pastikan dibuat juga ya. Sebab kalau tak buat, memang akan jadi bertambah bengkak susu.


4) Reverse pressure softening- yang ini maksudnya untuk melembutkan kawasan aerola agar mudah bayi menyusu. Sebab kalau kawasan aerola terlalu 'keras', ia membuatkan bayi menolak untuk disusukan. Boleh rujuk pada dua gambar di bawah cara untuk melakukannya dan link video tu kalau rasa keliru lagi cara untuk lakukannya. 




Link video untuk urutan bengkak susu kalau tak pasti betul atau tak cara buat.

http://on.aol.com/video/how-to-use-reverse-pressure-softening-during-engorgement-106182017


5) Merendam breast dalam air suam yang telah diletak garam Epsom. Ingat tak konsep osmosis yang dipelajari waktu Sains dulu? Air berkepekatan tinggi ( garam Epsom) akan menarik keluar air berkepekatan rendah (susu Ibu). Bukan setakat rendam breast sahaja, breast tersebut perlu diurut sehingga susu akan keluar. Tambahan rasa lega pun ada sebab direndam di dalam air suam.


6) Mengamalkan lecithin untuk yang selalu kena bengkak susu. Ada pendapat mengatakan bengkak susu terjadi disebabkan susu Ibu terlalu likat jadi sukar untuk dikeluarkan. Jadi, lecithin ini meningkatkan jumlah asid lemak poli tak tepu. Sekaligus akan mengurangkan kelikatan susu. Tambahan pula, lecithin ini sangat popular untuk yang ingin mengurangkan berat badan sebab ia berfungsi memecahkan lemak. Jadi, dapat 2 khasiat dalam 1 kan? Pendapat siapa? Boleh rujuk:

2) DrSears 


Nak dapatkan lecithin?



khasiat lecithin untuk ibu menyusu



Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Kena bengkak susu sampai demam? Normal ke tak normal? Kalau tak pernah kena Alhamdulillah tapi kalau pernah kena memang tahu rasa macammana...

0 comments:

Suami Tidak Subur Punca Isteri Tidak Hamil

12:09 pm emalin mohd 0 Comments

Jika pasangan suami isteri masih belum mempunyai cahaya mata, jangan hanya menuding pada isteri sahaja sebagai punca.

Ini disebabkan 30% punca ketidaksuburan adalah daripada lelaki dan ini sama dengan peratus ketidaksuburan dari pihak wanita. Jadi sama peratusnya. Manaka 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain. 

Untuk meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil, usaha hendaklah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Dan kali ini, kita hanya berbicara mengenai ketidaksuburan oleh pihak lelaki. Boleh baca kat sini untuk vitamin bagi isteri dan kedua-duanya:


  1. Vitamin Untuk Meningkatakan Peluang Kehamilan
  2. Set Kesuburan Suami Isteri

Ketidaksuburan yang dialami oleh pihak lelaki lazimnya disebabkan oleh 3 perkara iaitu:

1) Masalah dalam menghasilkan sperma
2) Sperma yang dihasilkan tidak sihat / cacat
3) Mempunyai sperma namun tidak mampu untuk mengalami ejukalasi (sperma tidak mampu dikeluarkan)

Macammana nak tahu tergolong dalam golongan mana? Pastinya kena jumpa doktor perubatan agar tahu punca dan mudahlah kita menguruskan masalah setelah mengetahui punca masalah tersebut.

Selain itu, boleh juga amalkan tips ini untuk menghasilkan sperma yang sihat dan dalam kuantiti yang banyak: 

  • Amalkan seks yang sihat bagi mengelak daripada penyakit kelamin
  • Mengekalkan berat badan yang seimbang 
  • Mengurus tekanan dan tidur yang mencukupi
  • Melakukan senaman
  • Elak daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau duduk dalam satu posisi yang sama 
  • Elak daripada berada dalam suhu yang panas seperti di dalam sauna 

Selain daripada itu, supplement dan vitamin juga boleh membantu dalam menghasilkan sperma yang berkualiti dengan jumlah yang diperlukan. Dan semua vitamin yang disenaraikan ini dengan mudah boleh diperolehi daripada rangkaian produk Shaklee. Ada pula vitamin yang telah digabungkan dan seterusnya mengurangkan bilangan vitamin yang perlu diambil setiap hari. Pasti ada antara kita yang sukar untuk menelan pil, bukan?


  • Zinc berfungsi dalam meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.

  • Vitamin E dengan selenium meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan. Vitamin E juga bertindak seperti alat pengesan yang mampu mengarahkan sperma terus bergerak ke arah ovum dengan cergas dan meningkatkan peluang kehamilan.

  • CoqHealth mengandungi Coq10 yang meningkatkan pergerakan sperma agar berjaya menuju ke arah ovum untuk disenyawakan. Ia juga menignkatkan kuantiti sperma yang dihasilkan. Dan Coq10 di dalam badan semakin kurang dengan pertambahan usia. Jadi, supplement amat perlu dalam memastikan Coq10 berada dalam kadar yang diperlukan.

  • Asid folik di dalam Vitamin B Complex juga sebenarnya amat diperlukan oleh lelaki dalam meningkatkan kuantiti sperma dan sperma dalam keadaan sihat iaitu tidak banyak kromosom. 

  • Vitamin C pula dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada duduk berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 

Sukar untuk suami menerima hakikat bahawa beliau juga menyumbang kepada ketidaksuburan? Vitamin di atas juga mempunyai manfaat lain seperti:

Mencantikkan kulit

Mengurangkan parut
Mengurangkan penat
Menambah tenaga
Mengurangkan rambut gugur


Bagaimana? Agak-agak boleh pujuk suami untuk bersama-sama makan vitamin?




Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Jika pasangan suami isteri masih belum mempunyai cahaya mata, jangan hanya menuding pada isteri sahaja sebagai punca. Ini disebabkan 3...

0 comments: