Suami Tidak Subur Punca Isteri Tidak Hamil

12:09 pm Emalin Mohd 0 Comments

Jika pasangan suami isteri masih belum mempunyai cahaya mata, jangan hanya menuding pada isteri sahaja sebagai punca.

Ini disebabkan 30% punca ketidaksuburan adalah daripada lelaki dan ini sama dengan peratus ketidaksuburan dari pihak wanita. Jadi sama peratusnya. Manaka 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain. 

Untuk meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil, usaha hendaklah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Dan kali ini, kita hanya berbicara mengenai ketidaksuburan oleh pihak lelaki. Boleh baca kat sini untuk vitamin bagi isteri dan kedua-duanya:


  1. Vitamin Untuk Meningkatakan Peluang Kehamilan
  2. Set Kesuburan Suami Isteri

Ketidaksuburan yang dialami oleh pihak lelaki lazimnya disebabkan oleh 3 perkara iaitu:

1) Masalah dalam menghasilkan sperma
2) Sperma yang dihasilkan tidak sihat / cacat
3) Mempunyai sperma namun tidak mampu untuk mengalami ejukalasi (sperma tidak mampu dikeluarkan)

Macammana nak tahu tergolong dalam golongan mana? Pastinya kena jumpa doktor perubatan agar tahu punca dan mudahlah kita menguruskan masalah setelah mengetahui punca masalah tersebut.

Selain itu, boleh juga amalkan tips ini untuk menghasilkan sperma yang sihat dan dalam kuantiti yang banyak: 

  • Amalkan seks yang sihat bagi mengelak daripada penyakit kelamin
  • Mengekalkan berat badan yang seimbang 
  • Mengurus tekanan dan tidur yang mencukupi
  • Melakukan senaman
  • Elak daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau duduk dalam satu posisi yang sama 
  • Elak daripada berada dalam suhu yang panas seperti di dalam sauna 

Selain daripada itu, supplement dan vitamin juga boleh membantu dalam menghasilkan sperma yang berkualiti dengan jumlah yang diperlukan. Dan semua vitamin yang disenaraikan ini dengan mudah boleh diperolehi daripada rangkaian produk Shaklee. Ada pula vitamin yang telah digabungkan dan seterusnya mengurangkan bilangan vitamin yang perlu diambil setiap hari. Pasti ada antara kita yang sukar untuk menelan pil, bukan?


  • Zinc berfungsi dalam meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.

  • Vitamin E dengan selenium meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan. Vitamin E juga bertindak seperti alat pengesan yang mampu mengarahkan sperma terus bergerak ke arah ovum dengan cergas dan meningkatkan peluang kehamilan.

  • CoqHealth mengandungi Coq10 yang meningkatkan pergerakan sperma agar berjaya menuju ke arah ovum untuk disenyawakan. Ia juga menignkatkan kuantiti sperma yang dihasilkan. Dan Coq10 di dalam badan semakin kurang dengan pertambahan usia. Jadi, supplement amat perlu dalam memastikan Coq10 berada dalam kadar yang diperlukan.

  • Asid folik di dalam Vitamin B Complex juga sebenarnya amat diperlukan oleh lelaki dalam meningkatkan kuantiti sperma dan sperma dalam keadaan sihat iaitu tidak banyak kromosom. 

  • Vitamin C pula dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada duduk berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 

Sukar untuk suami menerima hakikat bahawa beliau juga menyumbang kepada ketidaksuburan? Vitamin di atas juga mempunyai manfaat lain seperti:

Mencantikkan kulit

Mengurangkan parut
Mengurangkan penat
Menambah tenaga
Mengurangkan rambut gugur


Bagaimana? Agak-agak boleh pujuk suami untuk bersama-sama makan vitamin?




Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall


Jika pasangan suami isteri masih belum mempunyai cahaya mata, jangan hanya menuding pada isteri sahaja sebagai punca. Ini disebabkan 3...

0 comments: