Atasi Risiko Nyanyuk Akibat Pemakanan

5:28 pm Emalin Mohd 2 Comments

Nyanyuk atau dementia!! Pasti menyukarkan dan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang nyanyuk semasa meniti usia.

Walaupun penyakit ini dikaitkan dengan golongan orang tua namun tidak mustahil golongan muda juga menghidap penyakit nyanyuk.

Antara golongan yang berisiko untuk nyanyuk ialah:

▶️ Penyakit yang melibatkan kerosakan sel saraf otak seperti penyakit Alzheimer, Parkinson & Huntington.

▶️ Penyakit yang menyerang salur darah seperti serangan strok.

▶️ Reaksi kepada toksin seperti penyalahgunaan dadah & pengambilan alkohol berlebihan.

▶️ Kekurangan vitamin B seperti B12 dan asid folik.

▶️ Jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti akibat penyakit AIDS.

▶️ Jenis tertentu penyakit hydrocephalus iaitu perkumpulan cecair di dalam otak akibat tumor, kecacatan, kemalangan atau jangkitan kuman.

▶️ Kecederaan di kepala seperti akibat bertinju.

(Sumber: WebMd)

Risiko nyanyuk juga dapat dikurangkan kepada 60% dengan pengambilan Omega 3 dalam diet seharian.




Ini disebabkan otak terdiri daripada 70% lemak namun bukan semua jenis lemak. Sel-sel otak perlu berada dalam keadaan fleksibel untuk berfungsi dengan baik. Lemak yang diperolehi akan ditukar menjadi sel membran. Lemak yang dimaksudkan ialah Aid Lemak Omega 3. Lemak yang perlu dielakkan ialah lemak trans yang seperti plastik dan keras. Lemak trans akan menyebabkan sel tidak berada dalam keadaan elastik dan tidak fleksibel. Lemak trans banyak terdapat di dalam pastri (termasuk kuih donut), ayam goreng, biskut, pizza (atau roti canai).

Omega 3 juga adalah penting bagi meningkatkan fokus serta keupayaan mengingat. Bak kata iklan "Sel-sel otak telah berhubung".

Memandangkan ada cara untuk mengurangkan risiko nyanyuk berkaitan nutrisi, maka pastikan diet seharian mengandungi makanan yang tinggi vitamin B terutama B12 dan asid folik serta Omega 3.

Contoh makanan yang tinggi kandungan B12 ialah ikan mackerel, tofu, telur & dadih manakala makanan tinggi asid folik ialah sayuran hijau seperti bayam dan brokoli, jagung dan seleri. Makanan yang mempunyai nutrisi Omega 3 yang tinggi pula seperti ikan salmon, ikan sardin dan flaxeseed.

Untuk yang ingin menambah nutrisi selain makanan di atas boleh cuba supplement Vitamin B Complex & Omega Guard keluaran Shaklee.


omega 3

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Nyanyuk atau dementia!! Pasti menyukarkan dan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang nyanyuk semasa meniti usia. Wal...

2 comments:

  1. perlu banyak sabar berurusan dengan orang nyanyuk
    nak buat macam mana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kena sabar banyak-banyak

      Delete