12 Tips Mengurangkan Ketidakhadaman

11:55 am Emalin Mohd 6 Comments

Jika anda mengalami kembung perut, pedih ulu hati, rasa ingin muntah atau rasa tidak selesa pada perut mungkin ia petanda mengalami ketidakhadaman.



Ketidakhadaman yang biasa dialami orang dewasa lazimnya berpunca daripada gaya hidup, pemakanan ataupun ubat-ubatan.

Dan lazimnya golongan Melayu yang selalu menghidap ketidakhadaman berbanding India dan Cina. 

Ini mungkin disebabkan orang Melayu sukakan makanan pedas. Capsaicin di dalam cili dikatakan punca kepada ketidakhadaman.

Walaupun ketidakhadaman bukan penyakit serius namun bagi yang selalu mengalami ketidakhadaman akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan seperti selalu sakit dan sukar menjalani aktiviti harian.

Antara tips untuk mengurangkan ketidakhadaman ialah:

1) Makan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap terutama bagi yang selalu lapar.

2) Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga makanan menjadi lumat.

3) Kurangkan pengambilan makanan yang berasid tinggi seperti buah-buahan citrus (oren dan nanas) serta tomato.



4) Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi. Kafein menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut.

5) Stress juga boleh menjadi punca ketidakhadaman. Urus stress sebaiknya.

6) Merokok mengganggu lapisan perut dan menjadi punca ketidakhadaman.

7) Pengambilan alkohol juga mengganggu lapisan perut.

8) Pakaian pakaian yang selesa dan longgar. Pakaian ketat akan menekan perut dan akhirnya menyebabkan makanan di dalam perut tertolak ke esofagus.

9) Bersenam sebelum makan atau sejam selepas makan.

10) Jangan baring semasa atau selepas makan.

11) Jangan tidur selepas makan dan tunggu sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan sebelum masuk tidur.

12) Untuk yang selalu mengalami ketidakhadaman, tidur dengan kepala lebih tinggi dari kaki. 

(Diolah dari sumber: New Strait Times 23.12.2014).

Supplement Shaklee boleh membantu? Insyaallah. 


Jika anda mengalami kembung perut, pedih ulu hati, rasa ingin muntah atau rasa tidak selesa pada perut mungkin ia petanda mengalami ketidakh...

6 comments:

  1. Banyak rupanya tips untuk mengurangkan ketidakhadaman. Palling basic adalah kunyah makanan sehingga lumat tu. Sepatutnya begitu, kan..

    Terima kasih kerana berkongsi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Memang kita digalakkan untuk kunyah makanan sehingga lumat kan..

      Delete
  2. Kalau diikutkan, banyak benda sudah kita kena ajar dari dulu, terutama makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.. pastu kena makan sikit2.. kunyah banyak kali.. tp kita jak nak pelahap sangat.. hehe..

    My Blog :


    http://segalaceritera.com/atik/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar sangat tu yang tak dan kunyah terus telan ..huhu

      Delete
  3. Best membacanya :)

    ReplyDelete