Tips: Anak Bangun Awal Sebab Tak Nak Kena Jammed

8:08 am Emalin Mohd 0 Comments

Musim sekolah duduk di Kuala Lumpur tak asing dengan istilah jalan jammed. Lagi mencabar untuk ibubapa nak memastikan anak bangun awal untuk ke sekolah.

Kalau tahun sebelum ini, pukul 6.30 pagi dikira sudah memadai untuk anak bangun awal tetapi tahun ini tidak. Sudah ada 2 anak yang bersekolah. Jika bangun pukul 6.30 pagi masa tidak mencukupi.



Kalau minggu pertama persekolahan agak sukar mengejutkan anak-anak bangun pagi seawal jam 6.00pagi.

Satu hari memang agak terlewat keluar dari rumah. Dan memandangkan rumah berhadapan dengan sekolah rendah dan menengah boleh bayangkanlah betapa banyaknya kenderaan. Belum ke mana-mana lagi, nak keluar simpang rumah pun kereta sudah beratur panjang.

Dan sepanjang jalan sesak. Pada masa itu, mulut ibu ni tak berhenti bercakap.

"Inilah kesannya bangun lewat. Jalan sesak. Nanti dah sampai sekolah, loceng dah berbunyi. Lepas ni kena bangun awal lagi. Kena bangun pukul 6.00 pagi dan keluar rumah masa gelap sikit. Jadi kereta tak banyak."

Itu antara yang dinasihatkan pada anak-anak. Dan gembiranya hati ibu apabila esok anak mudah dikejutkan pada pukul 6.00 pagi.

Apabila keluar lebih awal dari rumah, anak menyaksikan sendiri perbezaan jalan yang kurang kesesakan berbanding hari sebelum itu.

Ternyata anak gembira! Mereka sendiri berkata memang kena bangun awal sebab tak nak kena jammed.

Seronok rasa ibu sebab tak perlu kelam kabut sangat dalam menyiapkan anak nak ke sekolah.

Saja share resepi ringkas buat biskut yang bagi tenaga sebagai kudapan ibu di waktu pagi. :)
Protein tersebut boleh diganti dengan Meal Shakes atau ESP

Semoga ia terus berpanjangan sehingga tamat musim persekolahan. 

Yeayy!!! Ibu suka ...



Musim sekolah duduk di Kuala Lumpur tak asing dengan istilah jalan  jammed.  Lagi mencabar untuk ibubapa nak memastikan anak bangun awal un...

0 comments: