7 Tips Makan dan Minum Untuk Kurus

11:20 pm Emalin Mohd 11 Comments

Orang kata siapa yang ada kadar metabolisme tinggi sangat untung. Sebab apa? Sebab nampak mereka ini makan mentekedarah kekdahnya tapi badan slim.

Siapa tak cemburu kan? Menikmati makanan tanpa risau badan naik seperti dipam-pam.

Nah, ini tips untuk meningkatkan kadar metabolisme badan yang tidak melibatkan senaman dan hanya melibatkan makan dan minum.

1) Minum air secukupnya.
Secara am, 25kg berat badan memerlukan 1 liter air. Jika berat 75kg? 3 liter air sehari.

penapis air shaklee


2) Makan kerap tetapi dengan hidangan yang kecil.
Makan kerap memastikan kita tidak berada di dalam keadaan kelaparan. Jadi pengambilan makanan dapat dikurangkan.

3) Makan makanan yang pedas
Pernahkan terjadi apabila kita makan makanan pedas, badan kita berpeluh? Cili mengandungi capsaicin yang memberikan rasa pedas dan mampu
membakar lemak sehingga 30 minit selepas makan makanan pedas.

4) Minum teh Hijau
Teh Hijau selain daripada baik untuk detoks ia juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

5) Makanan dari sumber protein
Protein memberikan rasa kenyang lebih lama daripada karbohidrat. Contoh sumber protein ialah ikan dan bagi karbohidrat pula seperti nasi. Rasa kenyang yang lama memberikan peluang kepada anda untuk mengurangkan nafsu makan sekaligus boleh mengurangkan berat badan.

6) Makanan mengandungi Omega 3
Makanan yang mengandungi Omega 3 seperti ikan bilis, tuna dan salmon membantu menstabilkan gula dalam darah sekaligus mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu penghasilan hormon Leptin yang berfungsi untuk mengurangkan nafsu makan.

omega 3 turunkan berat badan


7) Mulakan hari dengan sarapan Pagi
Sarapan Pagi amat penting diambil kerana ia memberikan tenaga setelah kali terakhir mengambil makanan mungkin 10 jam yang lalu. Sarapan Pagi juga dapat mengelakkan anda menjadi terlalu lapar menyebabkan makan melebihi had pada waktu tengah hari.

Nampak mudah bukan? Sebab ia melibatkan hanya makanan dan minuman. Pasti ramai mampu melakukannya.

Kalau untuk ibu yang baru bersalin dan ingin kurus cepat? Lain sedikit tipsnya seperti yang dikatakan di dalam video ini.


O rang kata siapa yang ada kadar metabolisme tinggi sangat untung. Sebab apa? Sebab nampak mereka ini makan mentekedarah kekdahnya tapi bad...

11 comments:

  1. ok..boleh ikut ni sebab saya suka makan ikan..:)

    ReplyDelete
  2. Ok.. best dengar.. nak wat.. pergh ~ haha.. disiplin2.. tp part minum air tu baru start.. hehe\


    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula sikit-sikit tapi berterusan...

      Delete
    2. Mula sikit-sikit tapi berterusan...

      Delete
  3. yg paling penting displin dan mengawal nafsu makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disiplin tu memang penting. Kalau berdisiplin, insyaallah nafsu makan boleh dikawal..

      Delete
  4. adoi...mmg mencabar nak kurus ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...impian ramai orang..tapi kurus yang sihatlah..tak nak lah kurus tak sihat...

      Delete
  5. Saya sedang amalkan tips di atas. Memang berkesan walaupun perlahan.. Kalau nak cepat kesannya, tambah dgn bersenam.. :)

    ReplyDelete
  6. Terbaik lah! Perkongsian yg sgt mmbantu

    ReplyDelete