6 Tips Atasi Perut Kembung
Kembung perut bukan hanya berlaku pada bayi sahaja malah pada orang dewasa juga. Lazimnya ia dikaitkan dengan pola pemakanan yang mana jika makan terlalu banyak atau makan makanan mengandungi gas yang tinggi boleh terkena kembung perut.
Namun, setiap orang yang berbeza. Tidak semua orang akan mengalami kembung perut walaupun makan dengan jumlah yang sama dengan makanan yang sama.
Kembung terjadi akibat daripada gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan angin. Kembung juga boleh terhasil dari bakteria usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tidak berbau) akibat dari pemecahan karbohidrat dan protein. Lebih banyak jumlah gas yang tercampur, lebih tajam bau gas yang dihasilkan. Sebahagian besar gas ini akan masuk semula melalui laluan yang sama iaitu mulut menghasilkan sendawa. Sebahagian gas ini pula ditolak ke dalam usus dan dikeluarkan dari badan melalui kentut (Sumber).
Jika kembung perut terjadi, terdapat beberapa tips dan petua yang boleh mengurangkan masalah perut kembung:
1) Makan pisang sebanyak 1 hingga 2 biji. Kandungan kalium di dalam pisang mampu menyerap air berlebihan di dalam tubuh.
2) Minum air yogurt. Air yogurt mengandungi bakteria baik untuk usus.
3) Minum teh herba panas dicampur dengan madu sebanyak 1-2 sudu.
4) Makan timur kerana timun bersifat diuretik yang menggalakkan untuk buang air kecil.
5) Makan betik kerana ia melancarkan pembuangan air besar.
6) Memperkuatkan otot sfingter anus anda bagi membantu melambatkan kekembungan
3) Minum teh herba panas dicampur dengan madu sebanyak 1-2 sudu.
4) Makan timur kerana timun bersifat diuretik yang menggalakkan untuk buang air kecil.
5) Makan betik kerana ia melancarkan pembuangan air besar.
6) Memperkuatkan otot sfingter anus anda bagi membantu melambatkan kekembungan
dengan melakukan latihan Kegel:
"Berbaringlah secara menelentang, dengan lutut dibengkukkan, dan kedua kaki anda dibuka sekitar 12 inci.Kepalkan otot-otot sekitar anus sekuat yang anda boleh, (seperti anda menahan dari melepaskan gas) dan cuba bertahan selama mana yang anda boleh sekurang-kurangnya sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, ambil nafas yang dalam dan ulangi langkah-langkah di atas. Latihan ini juga boleh dilakukan apabila anda berdiri (contohnya semasa berada di bilik mandi), duduk (malah semasa memandu kereta) semasa anda membuang air kecil”. (Sumber)
Yang penting ialah cara pemakanan. Jika diubah cara pemakanan, masalah kembung perut akan menjadi kurang.
"You are what you eat"
Jika pedih ulu hati pula?
Saya pun kembung juga kadang-kadang lambat makan.
ReplyDeleteSekali makan pedas-pedas ha ambik obattt hehe
Hihi..pasni boleh try tips ni..
DeleteHehe tq for sharing. Tiada lg perut buncit lepas ni hihi
ReplyDelete