Tips Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil

11:18 pm Emalin Mohd 0 Comments

Sebagai seorang ibu yang sedang hamil, ibu mesti mengetahui jenis pemakanan yang perlu diamalkan serta dielakkan supaya kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat.



Ibu yang ingin hamil juga dinasihatkan agar mengamalkan asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi yang lebih dikenali sebagai spina bifida.

Merokok dan minuman alkohol adalah antara perkara yang perlu dielakkan oleh ibu hamil kerana ia boleh mengganggu kesihatan kandungan. Ibu juga sewajarnya dan seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada asap rokok orang di sekeliling. Asap rokok yang dihidu oleh ibu juga boleh mengganggu kandungan ibu.



Bagi ibu yang mengamalkan ubat-ubatan tradisional sebaik-baiknya mendapatkan nasihat doktor agar kandungan ubat tersebut tidak membahayakan nyawa ibu dan juga kandungan ibu.

Seorang ibu hamil perlu memastikan  bahawa kombinasi makanan harian mengandungi:


Nasi, mee, roti dan bijirin - 8 hingga 12 hidangan
Buah-buahan dan sayur-sayuran - 3 hingga 5 hidangan
Ikan, daging, ayam dan kekacang - 2 hingga 3 hidangan
Susu dan hasil tenusu - 1 hingga 2 hidangan
Minum air - 8 gelas sehari



Kombinasi makanan di atas sebenarnya mengikut piramid makanan yang mana mengandungi karbohidrat sebagai sumber tenaga dan protein untuk pertumbuhan sel-sel baru.

Selain itu, serat yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu ibu dalam mengatasi masalah sembelit yang selalu berlaku pada ibu hamil.

Minum air kosong secukupnya pula selain mengatasi masalah sembelit juga dapat mengurangkan risiko daripada mengalami kencing kotor.



Susu dan hasil tenusu pula memastikan bahawa bekalan kalsium yang mencukupi untuk badan. Antara risiko yang boleh dialami oleh ibu hamil yang kekurangan kalsium ialah kejang kaki, sakit gigi walaupun tidak berlubang dan sakit belakang.



Ibu hamil juga perlu memantau pertambahan berat badan. Berat badan terlebih meningkakan risiko lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Selalunya doktor mengesyorkan pertambahan antara 10 hingga 12 kg berat badan sepanjang kehamilan. Namun, jumlah berat badan yang perlu naik semasa kehamilan akan berkurang sekiranya ibu sudah mengalami masalah berat badan sebelum hamil lagi.

Bagaimana pula ibu yang sedang mengalami alahan yang teruk yang sukar untuk memastikan nutrisi makanan mencukupi?

Selain daripada mendapatkan nasihat doktor, ibu juga boleh mengambil vitamin dan supplement agar keperluan nutrisi ibu dipenuhi. Ia bukan sahaja baik untuk ibu malah untuk bayi dalam kandungan.


Salam sayang & salam hormat,
Pn Emalin Mohd (SMS / CALL): +60192500978




Sebagai seorang ibu yang sedang hamil, ibu mesti mengetahui jenis pemakanan yang perlu diamalkan serta dielakkan supaya kandungan berada da...

0 comments: