Aktiviti Semasa Pelancaran #babybox (Barangan Bayi Percuma Untuk YangMemerlukan)

7:45 am Emalin Mohd 2 Comments

Program #babybox dan juga Garage Sale telah diadakan pada 31 Ogos 2015 bertempat di ASPEN Academy, Shah Alam.

Antara aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut:

Persiapan awal di khemah tersebut. 


 Squad bertungkus lumus mengasingkan barangan untuk dimasukkan ke dalam babybox.


Bagi barangan atau pakaian yang tidak dimasukkan ke dalam babybox, ia akan dijual untuk dijadikan dana bagi membeli barangan keperluan babybox lain. Ada barangan dalam babybox yang bukan prelove seperti thermometer, mandian bayi, botol bayi dan berus, tuala dan minyak telon.

Pakaian kanak-kanak ini dijual dengan harga RM5.00 sepasang.

Yang dalam kotak ini hanya RM1.00 sepasang.

Cloth diaper RM5.00 sehelai sekali dengan insert? Sangat berbaloi untuk dibeli. Siap ada jenama lunatots lagi.
 

Stroller RM10? 
Rata-rata yang telah hadir program ini rasa sangat beruntung kerana barangan yang dijual masih dalam keadaan elok dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Ini semua hasil sumbangan dermawan orang di luar sana.

Inilah pengasas babybox di Malaysia. Pasangan kembar Oya dan ET.

Antara babybox yang telah diserahkan. Ada juga yang diserahkan kepada wakil kerana kesukaran penerima untuk datang ke program ini.

Antara rakan-rakan yang telah menjayakan program tersebut.



Ingin join program ini? Jumpa squad kami di Melaka pada 13 September 2015 ini.

Layari Projek Tamakpahala untuk mendapatkan info terkini tentang projek babybox ini.

Sekiranya anda ingin menyumbangkan barangan bayi dalam bentuk pakaian ataupun stoller, playpen, baby cot, buaian, car seat atau apa jua barangan keperluan bayi, boleh berhubung terus dengan Squad TamakPahala kami seperti berikut:

Program #babybox dan juga Garage Sale telah diadakan pada 31 Ogos 2015 bertempat di ASPEN Academy, Shah Alam. Antara aktiviti yang t...

2 comments:

  1. Thank you for being so creative in helping the needing. Having a child is so expensive, pre-loved are very helpful to ease the expenses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Please support us and spread the word

      Delete