7 Cara Meningkatkan Peluang Kehamilan Untuk Suami Isteri Berjauhan

10:24 pm Emalin Mohd 2 Comments

Apabila suami isteri duduk berjauhan atau lebih dikenali sebagai perkahwinan jarak jauh (PJJ), antara cabaran yang dihadapi ialah untuk mudah hamil.


Jom kita kongsi tips untuk meningkatkan peluang kehamilan untuk suami isteri PJJ.

1) MENGENALI WAKTU SUBUR ISTERI

Untuk meningkatkan peluang kehamilan, isteri perlulah mencatat waktu subur setiap bulan. Waktu subur selalunya berlaku 12 ke 14 hari sebelum tarikh period. Zaman serba canggih ini lebih mudah. Hanya download apps ke dalam telefon anda dan catatkan waktu subur setiap bulan. Perlu diingatkan ovum hanya boleh hidup selama 24 jam namun sperma yang memasuki faraj, tiub falopio atau uterus boleh hidup lebih lama iaitu lebih kurang 7 hari. Jadi, tidak semestinya bersama semasa hari ovulasi untuk hamil.

2. KENALI MUKUS SERVIKS

Antara tanda wanita dalam keadaan subur ialah apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

3. JANGAN STRES

Suami isteri perlu mengawal kadar stress. Terlalu stress untuk mendapat anak boleh mengganggu perhubungan suami isteri.

4. CUTI BERSAMA-SAMA SUAMI ISTERI

Setelah waktu subur isteri diketahui ada baiknya suami dan isteri pergi bercuti semasa waktu subur isteri. Ini supaya meningkatkan peluang untuk ovum dan sperma bertemu dan disenyawakan. Bercuti bersama-sama juga boleh mengurangkan stress yang dialami.


5. BERSAMA-SAMA MENJAGA KESIHATAN WALAU BERJAUHAN
Untuk hamil dengan mudah, pastikan kesihatan suami isteri berada dalam keadaan optimum. Amalkan gaya hidup yang sihat.

6. DAPATKAN RAWATAN DOKTOR
Tidak salah untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan suami isteri. Jika ada masalah lebih awal untuk mengetahuinya. Jika tiada masalah mungkin masih belum ada rezeki. Yang penting usaha yang dilakukan.

7. TINGKATKAN KESUBURAN
Kesuburan juga boleh ditingkatkan dengan menghasilkan cecair serviks berkualiti. Ia bagi memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian dan membantu sperma untuk hidup lebih lama. Penghasilan cecair serviks berkualiti dapat dibantu dengan mengamalkan asid gamma linolenic yang terdapat di dalam bunga borage.

Untuk lebih mudah lagi, ialah dengan mengamalkan GLA Complex.



Untuk konsultansi / tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Apabila suami isteri duduk berjauhan atau lebih dikenali sebagai perkahwinan jarak jauh (PJJ), antara cabaran yang dihadapi ialah untuk mud...

2 comments:

  1. saya suka kepada no. 4...tu bercuti bersama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti memang best.. release tension

      Delete