Cara Elak Baju Dicuci Berbau Kepam Untuk Isteri Bekerjaya Yang Sibuk

4:13 pm Emalin Mohd 2 Comments

Anda seorang isteri dan ibu bekerjaya yang tiada pembantu rumah dan duduk pula di rumah berbentuk apartment. Pernah terjadi tak apabila dengan rasa terujanya mencuci baju selepas balik kerja dan kemudian ting tong buat kerja terlupa nak sidai baju?




Masa teringat pula apabila balik rumah keesokan hari nak cucui baju lagi? Tengok-tengok baju semalam tak bersidai. Lepas tu apabila nak sidai keluarlah aroma bau yang sungguh tak best. Bau kepam dan busuk. Nak tak nak kena cuci semula. Ataupun anda yang tiada ruang menyidai kena bersesak kat menyidai baju di ruang kecil di belakang dapur ditambah dengan musim huja sekarang. Baju tak kena pancaran matahari pun berbau kepam. Pernah terjadi kan? Stress juga kita yang sibuk-sibuk ni kena cuci baju lagi. Baju lain dan tunggu giliran nak cuci baju.


Haaa...dengan pencuci dan pelembut fabrik yang ini, memang tak payah risau punya. Duduklah baju tu sehari semalam dalam mesin basuh, memang tak ada bau kepam. Sedap dan lembut je baunya.




Sesuai sangat untuk yang sibuk dan yang sering ter"lupa" sidai baju. 

Bestkan penyelesaian macam ni?

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi kelebihan pencuci dan pelembut ini. Antaranya ialah:

  • Guna sikit saja untuk cucian
  • Mesra alam
  • Tidak mendatangkan allergy
  • Semulajadi
  • Mengekalkan warna putih kain 
  • Tidak melunturkan warna kain
Dalam erti kata lain, ianya SELAMAT, BERKUASA dan MESRA ALAM. 
Korang nak?

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) di 0192500978

Anda seorang isteri dan ibu bekerjaya yang tiada pembantu rumah dan duduk pula di rumah berbentuk apartment. Pernah terjadi tak apabila den...

2 comments:

Cara Menghilangkan Parut Jerawat Yang Berlubang dan Jeragat

8:05 am Emalin Mohd 2 Comments

Suami lazimnya apabila ditanya tentang muka isteri, jawapan tipikal yang diterima okay je. Tetapi apabila suami sudah mula concern dengan kulit wajah isteri sehingga menasihatkan untuk memakai produk kecantikan, ia petanda tindakan perlu diambil cepat untuk mengelakkan keadaan kulit bertambah teruk. 


Ini yang berlaku pada Pn Nor Zaritaa bt Mat Saleh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum... nama saya Nor Zaritaa bt Mat Saleh , berusia 31 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata. Semasa mengandungkan anak ke dua, suami menegur kulit saya banyak bintik-bintik hitam (jeragat) dan mengesyorkan saya menggunakan produk kecantikan untuk memutihkan dan menghilangkan jeragat.. Oh tidakkk!!! Saya betul-betul sentap kerana suami saya bukan lah jenis yang suka komen...Tapi seandainya dia memberi komen maksudnya perkara tersebut benar-benar serius. Mulanya saya buat endah tak endah kerana saya fikir mugkin alahan masa mengandung. 
..
Tapi dalam masa yang sama, ada juga saya risik kawan-kawan ditempat kerja dan mereka sarankan agar saya buat rawatan muka.... uhhh...lg saya tertekan sebab saya tak ada masa nak buat rawatan muka. Lama kelamaan saya buat endah tak endah je dengan masalah kulit saya. Mungkin kerja saya yang banyak terdedah kepada matahari buatkan kulit saya berjeragat. Lagi pula, saya tak pakai apa-apa protection untuk kulit. Hanya pakai pencuci muka yang dijual di pasaraya dan bedak compact. Keadaan ini membuatkan kulit saya makin teruk dan berminyak terutamanya menjelang tengahari.
..
Selepas bersalin, saya ingtkan kulit muka saya akan pulih. Tapi makin teruk. Dahla berjeragat, kulit menjadi kering sehinggakan kalau saya pakai bedak compact nampak tak sekata dan menggerutu....Mujurlah cuti bersalin 3 bulan. Jadinya saya tak keluar sangat kecuali ada urusan penting. Masalah kulit masih berlarutan sehingga bulan ke dua selepas bersalin. Masa tu baru saya teringat yang saya ada beli VITAMIN C shaklee (dalam set berpantang).Saya mula makan setiap hari dan bersama-sama ESP. Alhamdulillah, ada perubahan yang positif. Kulit saya tak lagi kering tapi jeragat masih ada. Saya malu dengan suami.Setiap kali kalau nak keluar dengan suami, saya akan ambil masa yang agak lama untuk bermakeup.... tapi hasilnya mcm opera cina kata suami.....putih bedak sesaje.... Kecik hati saya... 
..
Sebelum mula kerja selepas cuti bersalin saya beli foundation. Mula-mula pakai macam ok, tapi lama kelamaan muka saya jadi berminyak. Ini menyebabkan jeragat bertambah banyak. Walaupun saya cuba tutup dengan bedak masih boleh nampak jika muka mula berminyak. Jalan terakhir, saya beli VITAMIN E atas nasihat kakak kesayangan Kak Suhaila kat tempat kerja.Siap saya tunjuk lagi jeragat-jeragat yang bertempek kat muka. Kebetulan masa tu VITAMIN E tengah promosi. Jimat duit . Dalam masa yang sama, saya juga gunakan NUTRIWHITE CLEANSER yang saya dapat percuma dari pertandingan yang saya sertai. Jadinya saya menggunakan ikhtiar dengan ESP, VITAMIN C, VITAMINE dan NUTRIWHITE CLEANSER tu serta tawakal kepada Allah. 


..
Alhamdulillah, setelah makan VITAMIN E beberapa minggu kulit saya tak lagi berminyak pada waktu tengahari. Saya bukan sahaja makan VITAMIN E tu..tapi sapu pada muka juga. Syukur alhamdulillah, walaupun baru beberapa minggu makan VITAMIN E berselang-seli dengan ESP dan VITAMIN C saya nampak perubahan yang positif pada kulit saya. Kulit rasa lebih licin tak menggerutu seperti sebelum ni dan lembut. Jeragat pun mula nampak pudar walaupun belum hilang sepenuhnya.Kulit muka yang dulu berlubang-lubang akibat parut jerawat dah nampak sekata.
..
Walaupuan saya terdedah kepada matahari tiada lagi garisan kulit terbakar dan yang paling best kalo nak keluar dengan suami... saya tak perlu nak bermakeup tebal-tebal macam opera cina yang dia cakap tu.. adaķalanya saya makeup pun kalau keluar ke tempat berdekatan dengan rumah. Lagi satu.. yang buat saya senyum sorang-sorang bila ada anak murid tegur muka saya nampak 'flawless' ...hehheeh. Semoga saya terus istiqamah bersama vitamin-vitamin saya dan dapat menyelesaikan masalah jeragat yang dialami dengan Izin Allah. 

SEKIAN TERIMA KASIH
Perasan tak muka beliau macam muka seorang Artis? 



Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI


Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Suami lazimnya apabila ditanya tentang muka isteri, jawapan tipikal yang diterima okay je. Tetapi apabila suami sudah mula concern dengan...

2 comments:

Klinik Gigi Best Untuk Kanak-Kanak Di Ampang

8:00 am Emalin Mohd 7 Comments

Doktor biasa dan doktor gigi? Mana yang lebih menakutkan untuk pergi? 



Doktor gigi kan? Sebabnya jumpa doktor gigi apabila gigi sudah perlukan rawatan seperti cabut dan tampal sahaja. Bukan rawatan berkala.

Bayangkan pada kanak-kanak pula. Tak trauma dibuatnya kalau kali pertama pergi jumpa doktor gigi terus kena cabut gigi?

Nak elak yang itu dari berlaku, memang kena buat regular visit dengan doktor gigi. Tapi kena cari juga doktor gigi yang lemah lembut pada pesakit terutama kanak-kanak.

Nak tau kat mana yang ada dengan harga yang kira okay? Kalau di Ampang ni, Klinik Pergigian Huda Azhari berhampiran Taman Nirwana Ampang.

Ada ramai doktor di situ tetapi yang terbaik sekali pastilah pemilik klinik tersebut. Dr Huda!  Memang lembut sangat orangnya terutama dengan anak-anak. Pandai mengambil hati anak agar anak tak terkejut dan boleh menerima rawatan tanpa ada aksi yang tidak diingini.

Jika tiada Dr Huda, boleh juga request Dr Eliza. Pun boleh menambat hati patient kecik juga.

Ini pengalaman membawa anak-anak sebenarnya. Bayangkan dah setahun pujuk si Abang jumpa dentist. Baru kali ini berjaya. Sebabnya visit terakhir dengan doktor gigi ada insiden yang menyebabkan si Abang terus trauma. huhu... Terus tak nak langsung jumpa dentist. 

Sebab itu penting cari dentist yang okay untuk anak-anak. Kali ini pergi dapatkan rawatan dengan Dr Eliza siap buat thumbs up lepas keluar bilik rawatan. Puas hati lah tu si Abang. Ibu pun gembira sebab Abang nak buka mulut depan dentist.

Adik-adiknya pun okay juga dengan Dr Eliza. Yang si bongsu siap tolong pegangkan lagi peralatan untuk rawatan. Siap buat tampalan sementara lagi hari tu tanpa insiden.

Puas hatilah dengan Klinik Gigi ini. Casnya pulak bagi saya okay. Taklah mahal sangat.



Ini nombor Telefon Klinik Gigi Huda Azhari kalau nak buat temujanji 013-353 1780. Alamatnya pula No9-L2, Jalan Ampang Putra, Taman Ampang Hilir, Selangor. Satu bangunan dengan Restoren Sweetree dan Royale Kedah tu.

Semoga bermanfaat!


Doktor biasa dan doktor gigi? Mana yang lebih menakutkan untuk pergi?  Doktor gigi kan? Sebabnya jumpa doktor gigi apabila gigi s...

7 comments:

6 Tips Meningkatkan Peluang Kehamilan Bagi Pasangan Berjauhan

6:34 pm Emalin Mohd 2 Comments

Pasangan yang berjauhan mempunyai cabaran lebih tinggi berbanding dengan pasangan yang duduk serumah untuk meningkatkan peluang kehamilan.


Jadi, bagi memastikan bahawa suami isteri dalam keadaan kesihatan yang optimum untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan ialah dengan mengamalkan tips berikut:

1) Elakkan Stres
- Anda perlu lebih tenang dan elakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda stres. - Stres boleh membuatkan lelaki kurang produktif dan mempunyai libido yang rendah.

2) Meminum Susu
- Satu kajian yang dibuat di Universiti Harvard, wanita yang suka minum susu akan menghasilkan telur yang lebih sihat.

3) Jauhi Rokok Dan Arak
- Apabila anda menghentikan tabiat merokok, anda sebenarnya membantu diri anda untuk menghasilkan sperma yang lebih sihat berbanding sperma yang abnormal.

4) Amalkan Memakan Minyak Ikan
- Omega 3 yang terdapat di dalam minyak ikan sebenarnya sangat membantu untuk mengelakkan risiko keguguran.

5) Amalkan Multivitamin
- Apabila tubuh anda sihat, insyaAllah anda akan mampu meningkatkan kesuburan tubuh anda dan sekaligus peluang anda hamil itu lebih tinggi.
- Amalkan pengambilan Asid Folik, Selenium, Vitamin B12.

6) Pastikan hari subur anda
- Sperma boleh bertahan selama 72 jam dan ada yang mengatakan sehingga 7 hari manakala ovum pula hanya dalam tempoh 24 jam. Jadi, pastikan suami isteri bersama 3 hari sebelum atau selepas tarikh subur. 
- Contohnya, jika kitaran haid adalah 28 hari maka hari subur ialah 14 hari sebelum tarikh haid seterusnya.
- Jika haid tidak normal? Ketika ini perlu melihat tanda-tanda kesuburan yang ada pada wanita untuk mengetahuinya seperti lendir vagina dan sebagainya. 

Pertanyaan / Konsultansi / Tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd 0192500978 (SMS / Whatsapp)

Pasangan yang berjauhan mempunyai cabaran lebih tinggi berbanding dengan pasangan yang duduk serumah untuk meningkatkan peluang kehamilan. ...

2 comments:

5 Sebab Kenapa Anak Saya Perlu Vitamin C

9:54 pm Emalin Mohd 2 Comments

Nak cerita pasal anak sendiri kali ini. Kalau waktu kecil dulu-dulu, mak akan belikan supplement juga untuk kami adik-beradik. Jenama yang popular tu. Yang dalam bentuk cecair ada perisa oren. Cuba teka?
Dan sekarang apabila jadi emak budak memang terasa sangat supplement untuk anak-anak itu perlu.
Walaupun anak-anak suka sangat makan buah. Tak perlu disuruh. Bekalan buah wajib ada di rumah ini. Tetapi menyedari buah yang diperolehi pun tak sesegar mana, makanya supplement kena bagi juga untuk memastikan bahawa nutrisi untuk anak cukup.

Sebab itulah, chewable vitamin C ini menjadi pilihan anak-anak saya. Rasanya masam manis tapi tak terlalu manis. Rasa manis buah.

Kenapa saya memilih vitamin C untuk diberikan kepada anak-anak?
  • Vitamin C membantu membina otot yang sihat. Anak-anak sedang membesar pastinya sedang lasak dan ia membantu untuk membina otot yang sihat.

  • Vitamin C meningkatkan imuniti tubuh anak. Kita tak dapat memastikan anak-anak dalam persekitaran cukup bersih namun kita boleh pastikan "askar-askar"  dalam badan anak dapat melawan penyakit terutama demam selsema. 

  • Vitamin C membantu untuk menyerap zat besi untuk penghasilan darah merah yang sihat. 

  • Vitamin C membina kolagen yang diperlukan untuk sel-sel tubuh badan. Bukan sekadar nak kulit cantik tetapi kolagen juga diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat.

  • Vitamin C penting sekali untuk penyembuhan luka-luka anak. Berapa kali dalam seminggu anak kita terjatuh dan ada lebam atau sedikit luka-luka? Sebab itu vitamin C ini amat penting untuk memastikan badan dapat sembuh dengan cepat. 
Bukankah anak yang sihat menggembirakan hati ibubapa? 

p/s: Tahukah anda bahawa semua haiwan kecuali guinea pigs dan monyet boleh menghasilkan vitamin C sendiri?

Untuk pertanyaan / tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Nak cerita pasal anak sendiri kali ini. Kalau waktu kecil dulu-dulu, mak akan belikan supplement juga untuk kami adik-beradik. Jenama yang ...

2 comments:

Tips Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala Untuk Wanita Bertudung

11:24 am Emalin Mohd 2 Comments

Bertudung atau tak, rambut tetap menjadi mahkota wanita dan boleh meningkatkan atau mengurangkan keyakinan diri.



Jika bertudung memang rambut tidak kelihatan. Namun, apabila timbul masalah rambut dan kulit kepala pastinya rasa tak selesa. Kalau kulit kepala gatal dan banyak kelemumur pasti tergaru-garu. Pun rasa tak selesa. Silap-silap, yang berada di sekeliling ingatkan berkutu pula.

Masalah rambut dan kulit kepala yang biasa dialami bagi wanita bertudung pula:

📌 Kelemumur
📌 Gatal kulit kepala
📌 Keguguran rambut 
📌 Rambut tidak bermaya

Rawatannya pula kenalah dari luar dan dalam.

💊 Zinc Complex perlu diambil untuk mengukuhkan akar rambut dan mengelak daripada keguguran rambut.


💊 ESP pula adalah sumber protein daripada kacang soya untuk pertumbuhan sel yang sihat.


🚿 Set Prosante pula adalah set Penjagaan rambut yang lengkap untuk memastikan penjagaan luar yang sihat.



TIPS PENJAGAAN RAMBUT
💇🏼 Jika rambut panjang dan berguguran yang amat banyak, boleh potong sedikit rambut tersebut.

🛁 Pastikan rambut dikeringkan sebelum memakai tudung. Kering yang betul-betul. Jika masa singkat, pengering rambut amat perlu.

👰🏼 Serum perlu disapu untuk kesihatan rambut.

👶🏽 Jangan sapukan minyak bayi pada rambut kerana ia tidak meresap ke dalam rambut.

Perlukan Set Prosante & supplement rambut?
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Bertudung atau tak, rambut tetap menjadi mahkota wanita dan boleh meningkatkan atau mengurangkan keyakinan diri. Jika be...

2 comments:

Menapis Air Paip Karat Dengan Mudah & Mampu Milik

7:06 am Emalin Mohd 0 Comments

Ada sesetengah kawasan, air paip keruh dan berkarat. Jangankan nak buat minum, nak cuci baju pun fikir banyak kali.


Sudahnya memang kena beli air dari mesin penapis air atau air mineral berbotol-botol. Kalau masih berdua mungkin tak terasa. Tetapi kalau anak dah 3-4 orang? Terasa juga kos airnya kan?

Nak pasang penapis air, bukan murah harganya.  Beribu-ribu!!

Itu juga yang berlaku pada PUAN MAZURA BT MAT KASSIM.
=====================================
Assalamualaikum.
Saya Mazura Bt Mat Kassim, umur 34, berasal dari Perak dan sekarang menetap di Putrajaya.

Saya merupakan pengguna suplemen Shaklee sebelum ini hinggalah saya membuat keputusan menjadi ahli pada March 2015 ketika membeli Get Clean Water Pitcher dan beberapa suplemen lain yang turut dipesan oleh rakan sekerja.

Saya yakin, ramai penduduk di kawasan saya turut mengalami masalah air paip yang kotor seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar. Saya sekeluarga terpaksa membeli air mineral berbotol-botol kerana tak lalu nak minum air walaupun lepas dimasak. Sedangkan nak mandi dan membasuh pakaian pun kami jadi geli untuk gunakan air paip ini. Masalah seperti ini kerap berlaku apabila pihak kuarters mencuci tangki air.



Kawan saya Azlinda Ismail selaku upline saya mencadangkan Get Clean Water Pitcher ini. Alhamdulillah! Kami kini dapat menikmati air yang bersih untuk diminum. Kami tak perlu lagi memborong air mineral berbotol-botol.

Paling menggembirakan, kami juga mudah mendapat air bersih walaupun sedang bercuti kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Sewaktu berkursus di Bukit Gambang beberapa bulan lepas, air di hotel yang kami duduki agak keruh. Mujur kami bawa bersama Get Clean Water Pitcher ini!

Ibu mertua saya turut mendapatkan satu set untuk dirinya di rumah. Kami sekeluarga sangat gembira diperkenalkan dengan penapis air yang mudah dibawa ini.

Aimi Medina berkata, "Mama! Kita dah boleh minum air bersih!"

=====================================
Anda mengalami masalah di atas?
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS/Whatsapp)

Ada sesetengah kawasan, air paip keruh dan berkarat. Jangankan nak buat minum, nak cuci baju pun fikir banyak kali. Sudahnya memang kena bel...

0 comments:

Hilangkan Ngilu Luka Pembedahan Bersalin, Tambah Susu Ibu dan Menjadi Kurus

7:45 am Emalin Mohd 2 Comments

Set berpantang untuk bersalin secara pembedahan adakalanya berbeza dengan bersalin normal. Tetapi dengan set ini bukan sahaja menghilangkan ngilu di tempat pembedahan malahan susu ibu bertambah dan tampil bergaya dengan berat badan yang diinginkan.



Apa ceritanya?

TESTIMONI 015: FITRIYATUL ASYIQIN
Assalamualaikum...
Permulaan perkenalan saya dengan shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa... Saya mula ambil sejak anak berumur 6 bulan... Iaitu Januari 2014...

Mula2 memang join juga untuk bisnes tapi tak berapa aktif sangat sekadar rajin2 buat malas2 tinggal...
Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee. Saya tak konsisten makan.

Sampailah satu ketika saya konsisten makan set menyusu ni saya dapat rasa sendiri susu cepat penuh dan banyak kali alami bengkak susu... Akhir tahun 2014 nih dalam bulan disember tu saya nekad konsisten makan ESP Alfalfa ,Lecithin,Ostematrix dan juga Bcomplexs sebab nak atasi masalah bengkak susu saya...
Alhamdulillah sejak konsisten makan set menyusu ni memang rezeki anak saya melimpah2..
Bila start susu membengkak saya konsisten ambil Lecithin Ostematrix dengan Bcomplexs nih...
Dan saya tak sangka bila start saya konsisten dan tambah dengan vitamin2 lain yg saya ambil juga saya dapat semula berat saya sebelum saya mengandung dulu dan saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga dan kesan kepada anak saya juga kulit yang mulus dan cepat kenyang.

Dan Alhamdulillah bila saya dapat rasakan shaklee effect yang saya alami tu saya semakin excited nak berkongsi dengan ramai orang dengan setulus hati saya betapa bagus dan berkesannya vitamin shaklee nih sampailah keluarga saya juga turut mengamalkan vitamin shaklee ini dan buatkan saya teruja mencuba semua vitamin shaklee.

Yang paling saya suka bekas jahitan kesan bersalin ceaserian tiada lagi dan rasa sakit nyilu pada bahagian operate bersalin tu tiada lagi sejak saya konsisten dengan tambahan Vitamin C..

Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish dah masuk 2 Tahun 5Bulan dan masih menyusu sepenuhnya dan juga mengambil makanan pelengkap yang lain termasuk vitamin shaklee kanak-kanak.

Berat sebelum saya tu ketika anak saya berusia 10Bulan dan berat sekarang masih maintain..

Dari hanya set menyusu bajet saya kini ambil set menyusu lengkap shaklee.
Dan saya sangat-sangat berpuas hati.



Dari hanya nak ambil set menyusu tak sangka saya dapat semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut...
Siapa kata ibu menyusu tak boleh tampil kurus bergaya kan...
Saya dah buktikan berat saya maintain dengan shaklee..
Alhamdulillah ...

Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Set berpantang untuk bersalin secara pembedahan adakalanya berbeza dengan bersalin normal. Tetapi dengan set ini bukan sahaja menghilangka...

2 comments:

Set Bersalin Dan Berpantang Yang Menjadi Pilihan Doktor Beranak 6

7:45 am Emalin Mohd 0 Comments

Anda seorang ibu yang telah hamil dan bersalin banyak kali tetapi mengalami masalah yang sama setiap kali hamil dan semasa berpantang iaitu kejang kaki, buasir dan masalah luka jahitan?

Seharusnya apabila telah mempunyai pengalaman, kita akan mencari jalan penyelesaian agar tidk berulang lagi. 

Namun, seorang doktor ini hanya menemui jalan penyelesaian bagi masalah kehamilan dan berpantang ketika melahirkan anak ke 5 dan ke 6.

Ikuti kisah beliau.

TESTIMONI 014 : DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB


Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini).

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!



 

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Anda seorang ibu yang telah hamil dan bersalin banyak kali tetapi mengalami masalah yang sama setiap kali hamil dan semasa berpantang iait...

0 comments:

Air Kencing Berbuih Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

9:49 pm Emalin Mohd 0 Comments

Pernahkah anda kencing dan air kencing anda berbuih? Ditambah pula anggota badan seperti kaki sudah mulai bengkak?

Ia mungkin petanda awal penyakit berkaitan buah pinggang. Ikut kisah ini.

TESTIMONI: MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI


Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??




Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.



Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.


Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.



Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. 

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.
Muhamad Rosdi Ismail

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Pernahkah anda kencing dan air kencing anda berbuih? Ditambah pula anggota badan seperti kaki sudah mulai bengkak? Ia mungkin petanda aw...

0 comments: