8 Kesan Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

9:32 pm Emalin Mohd 0 Comments

Anemia (dalam bahasa Yunani: Tanpa darah) adalah keadaan jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah paras normal.



Sel darah merah mengandung haemoglobin yang memungkinkan mereka mengangkut oksigen dari paru-paru, dan menghantarkannya ke seluruh bahagian tubuh.
Anemia menyebabkan berkurangnya jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglobin dalam sel darah merah, sehingga darah tidak dapat mengangkut oksigen dalam jumlah sesuai yang diperlukan tubuh. 
Bagi ibu hamil, antara yang dipantau semasa pemeriksaan kehamilan bulanan ialah kadar Hb. 


Kiraan Hb atau hemoglobin ini amat penting bagi memastikan bahawa kandungan darah ibu normal dan bukan petanda ibu menghidap anemia.

Kiraan Hb normal bagi ibu hamil ialah 11.6-13.9 g/dl untuk trimester pertama dan Hb berkurangan dengan semakin besarnya kehamilan.

Bacaan Hb normal semasa hamil:
Trimester pertama: 11.6-13.9 g/dl 
Trimester kedua: 9.7/14.8 g/dl
Trimester ketiga: 9.5-15 g/dl

Bacaan HB rendah sehingga membawa kepada anemia amat berbahaya bukan sahaja kepada ibu tersebut malah kepada bayi di dalam kandungan.

KESAN ANEMIA KEPADA IBU HAMIL:
1. Ibu boleh mengalami keguguran.
2. Ibu boleh bersalin lebih awal iaitu kelahiran bayi pramatang yang boleh menyebabkan risiko kesihatan lain pada bayi.
3. Kematian janin di dalam kandungan.
4. Mengalami tumpah darah semasa bersalin yang boleh menyebabkan ibu berada dalam keadaan bahaya.

KESAN ANEMIA KEPADA BAYI DI DALAM KANDUNGAN
1. Bayi mengalami kurang berat semasa lahir iaitu kurang daripada 2.5kg.
2. Bayi lahir tidak cukup bulan.
3. Bayi berisiko lemas semasa lahir.
4. Pertumbuhan bayi terbantut.

Bahaya bukan apabila ibu hamil mengalami anemia?

Antara yang diperlukan bagi memastikan hemoglobin dihasilkan dengan secukupnya ialah zat besi.

Sekiranya diet ibu kurang zat besi, badan akan menggunakan zat besi yang disimpan di dalam badan dan akhirnya kekurangan zat besi di dalam badan boleh membawa kepada anemia.


Antara diet yang tinggi kandungan zat besi ialah ayam, sayur hijau, kekacang, bijirin penuh, prun, kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu. Wanita hamil memerlukan lebih 50% zat besi daripada wanita yang tidak hamil iaitu daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.

Sekiranya Hb ibu hamil masih rendah, pil mengandungi zat besi disyorkan iaitu dengan kandungan sebanyak 30mg. Sekiranya pengambilan zat besi melebihi yang disyorkan kemungkinan ibu akan mengalami sembelit, loya atau cirit-birit.

Bagi memastikan penyerapan secara efektif zat besi tersebut, ibu hamil disyorkan agar:



  • Jangan makan pil zat besi bersama kalsium termasuk susu, produk tenusu dan sumber kalsium yang lain
  • Mengambil pil zat besi semasa perut kosong akan meningkatkan kadar serapan zat besi
  • Pil zat besi juga baik dimakan bersama pil vitamin C atau minuman dan makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti jus oren dan jus jambu batu.
  • Pil zat besi juga boleh diambil bersama vitamin lain seperti Vitamin B Complex dan Vitamin C.
  • Ambil tablet zat besi samaada 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan

Konsultansi / Pertanyaan / Tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Anemia (dalam bahasa Yunani: Tanpa darah) adalah keadaan jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam sel ...

0 comments: