9 Tanda-Tanda Awal Mengalami Strok Haba / Heat Stroke Dan Cara Mengelaknya

2:03 pm Emalin Mohd 0 Comments

Masuknya bulan Mac 2016, fenomena El Nino makin dirasai. Dalam surat khabar juga telah dilaporkan telah ada yang mengalami strok haba atau heat stroke sehingga melibatkan kematian.




Suhu panas ini juga dijangka berakhir pada bulan Mei atau Jun nanti lebih kurang 3 ke 3 bulan lagi. Sehingga waktu itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelak terjadinya strok haba. 

Strok haba terjadi apabila badan kehilangan uoaya untuk menyejukkan badan secara normal yang mana suhu badan boleh naik mencecah 41'C dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja. Suhu badan yang terlalu tinggi akan mengancam nya.

Antara golongan yang berisiko mengalami strok haba ialah warga emas, kanak-kanak dan yang sensitif pada cuaca panas. Tidak hairanlah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menangguhkan sesi persekolahan pada 22 hingga 23 Mac 2016 yang lepas kecuali hanya guru yang perlu hadir ke sekolah. Ini disebabkan kanak-kanak adalah golongan yang berisiko mengalami strok haba.

Seseorang berisiko untuk mengalami strok haba apabila:
  • Mengalami dehidrasi akibat kurang minum air atau selepas menjalani senaman, berada di bawah terik mentari atau sedang mengalami cirit-birit dan muntah
  • Bekerja atau berada di bawah matahari dalam jangka masa panjang
  • Terjadinya kebakaran hutan atau jerebu
  • Cuaca yang sangat panas dan sesak dengan ramai orang
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut atau mengesan rakan-rakan dan ahli keluarga di sekeliling mengalaminya, cepat-cepatlah bertindak:

SIMPTOM STROK HABA:
  1. Kerap sakit kepala
  2. Hilang fokus
  3. Lidah menjadi bengkak
  4. Suhu badan melebihi 39'C - pastikan sentiasa ada termometer terutama di rumah bagi mengesan suhu anak-anak
  5. Badan tidak berpeluh walau cuaca panas
  6. Nadi berdenyut laju
  7. Tekanan darah rendah
  8. Kulit kerang dan kemerah-merahan
  9. Badan lesu dan kerap pengsan




  1. Minum air kosong dengan konsisten. Bekalkan air yang secukupnya kepada anak yang bersekolah dan sentiasa ingat dan pesan anak untuk minum air.
  2. Minum air isotonik untuk menggantikan mineral yang hilang dan kini ada Performance Drink yang tiada gas dan kurang gula dengan rasa oren yang menyelerakan.
  3. Kurangkan aktiviti di luar dan di bawah terik matahari. Bagi yang tiada pilihan, pilih pakaian yang bersesuaian dan pakai topi atau payung serta sapu losyen seperti Herbal Blend yang menyejukkan.
  4. Rasa panas? Mandi dengan kerap. Kalau tak boleh mandi atau keadaan tidak sesuai untuk mandi, basahkan tuala dan lilitkan pada kepada.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tempahan / Pertanyaan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Masuknya bulan Mac 2016, fenomena El Nino makin dirasai. Dalam surat khabar juga telah dilaporkan telah ada yang mengalami strok haba ...

0 comments:

9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas Elakkan Strok Haba

11:03 am Emalin Mohd 2 Comments

Hari ini akibat fenomena El-Nino, semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Mac 2016  untuk aktiviti pembelajaran dan hanya guru sahaja dikehendaki hadir. Ada rakan di utara juga maklumkan betapa cepat ais yang dikeluarkan dari peti ais mencair.



Berapa agaknya suhu hari ini di utara? 40'C?



Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengeluarkan 9 tips untuk kekal sihat semasa musim panas ini.

TIPS 1:
Banyakkan minum air kosong. Pastikan setiap 25kg berat badan, individu tersebut minum 2 liter air kosong sehari. Jika berat badan 45 kg, individu tersebut perlu minum 1.8 liter air kosong sehari.

Kurang minum air kosong semasa musim panas ini juga menyebabkan sakit kepala dan migrain mudah menyerang.

TIPS 2:
Gunakan kipas atau pendingin hawa untuk mengurangkan rasa panas dan bahang. 

TIPS 3:
Kurangkan aktiviti di luar rumah terutama anak-anak. Pesan pada anak-anak berkali-kali agar tidak main kejar-kejar dan berlari-lari di sekitar sekolah semasa menunggu ahli keluarga untuk menjemput balik dari sekolah. Ibubapa juga perlu menjemput anak tidak terlalu lewat bagi mengelakkan anak berjemur dan bermain di tenagh panas.

Bagi yang ada persediaan untuk sukan, mungkin boleh berbincang dengan pihak berkaitan agar tidak terdedah di bawah terik matahari.

TIPS 4:
Sapu losyen pada badan terutama losyen yang mengandungi pelindung sinar matahari (SPF 30). Selain itu, bagi mengurangkan rasa panas dan ruam akibat panas, sapukan Herbal Blend pada badan.  Rasa berangin selepas disapu Herbal Blend ini amat melegakan dan ia juga mengurangkan ruam yang selalu terjadi pada kulit semasa cuaca panas.

TIPS 5:
Kurangkan minuman berkafein, bergula dan beralkohol. Minuman seperti ini akan lazimnya bersifat diuretic dan menyebabkan badan akan kekurangan air.

TIPS 6:
Jangan pakai pakaian yang terlalu tebal dan ketat. Pakaian cotton amat sesuai dipakai semasa cuaca panas. 

TIPS 7:
Jangan menunggu di dalam kenderaan dalam tempoh yang lama. Suhu di dalam kenderaan terutama kenderaan yang berjemur di bawah terik mentari amat panas. 

TIPS 8:
Minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral di dalam badan. 

Tahukah anda bahawa ada air isotonik yang tidak bergas dan kurang gula namun dapat membekalkan mineral sepatutnya? Rasa air pun sedap seperti rasa air oren Gatorade. Performance Drink namanya. Nak bancuh pun mudah. Rasanya memang melegakan ditambah pula dengan ketulan ais.

TIPS 9:
Pakai payung dan topi untuk mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas. Lebih baik lagi kurangkan aktiviti di luar. 

Namun, bagi yang bekerja di bawah terik mentari nak berpayung tak sesuai pula kan? Topi lebih sesuai namun gunakan tips menyapu losyen yang mempunyai pelindung matahari dan minum air kosong dan air isotonik secukupnya. Panas memang panas namun demi sesuap nasi tetap perlu menjalankan tugas.

Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit dan dapat menempuh kepanasan ini dengan selamat.


Inginkan Herbal Blend dan Performance Drink? 
Hubungi (SMS / Whatsapp) Pn Emalin Mohd 0192500978




Hari ini akibat fenomena El-Nino, semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Mac 2016  untuk aktiviti pem...

2 comments:

Simptom, Punca dan Cara Rawatan Vertigo Yang Berkesan

7:28 pm Emalin Mohd 3 Comments

Merry-go-round! Itulah yang boleh dikatakan apabila mengalami vertigo. Merry-go-round berada di dalam kepala. Kalau masa kanak-kanak, memang akan rasa suka sebab seperti berpusing-pusing namun apabila dewasa ia mengganggu kehidupan.






Selain daripada rasa berpusing-pusing, simptom lain pesakit vertigo adalah:
  • Badan rasa seperti condong
  • Bergoyang-goyang
  • Tidak seimbang seperti berada di atas perahu
  • Terasa seperti badan ditarik ke satu arah
Pesakit vertigo selain daripada mengalami simptom di atas juga ada yang turut mengalami:
  • Loya
  • Pergerakan mata tidak normal
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Telinga berdengung
  • Hilang pendengaran
Ia akan berlaku dalam beberapa minit sehingga beberapa jam dan akan datang dan pergi.




Punca vertigo antaranya ialah:


1) BPPV - Benign Paroxysmal Positional Vertigo
Otocenia / Canalitis iaitu Kristal halus yang terbentuk daripada kalsium karbonat tidak berada di tempat yang sepatutnya dan berada di terowong bahagian dalam telinga akibat trauma, jangkitan atau akibat usia yang meningkat.


2) Meniere's Disease
Kerosakan di bahagian dalam telinga akibat cecair yan terkumpul atau perubahan tekanan di dalam telinga. Ia juga boleh menjadi punca samaada vertigo, tinnitus (berdengung di dalam telinga) dan hilang deria pendengaran.


3) Vestibular Neuritis atau Labyrinhitis
Jangkitan yang berlaku di dalam bahagian dalam telinga menyebabkan radang di sekitar saraf penting yang membantu dalam keseimbangan badan.


4) Sebab-sebab Lain Berlakunya Vertigo
  • Kecederaan di kepala atau leher
  • Mengalami strok atau mempunyai tumor di otak
  • Kesan daripada ubat tertentu
  • Migrain
Apakah rawatan pilihan sekiranya vertigo berlaku?
  • Melakukan pemulihan vestibular iaitu terapi fizikal untuk menguatkan system vestibular yang berfungsi untuk menghantar signal ke otak untuk pergerakan kepala dan badan. Rawatan ini boleh diperolehi di hospital kerajaan di Jabatan Fisioterapi.
  • Penempatan semula Canalith dengan melakukan siri pergerakan badan dan kepala yang tertentu bagi yang mengalami BPPV. Pergerakan ini dilakukan untuk mengeluarkan kalsium yang terdapat di dalam terowong bahagian dalam telinga ke bahagian lain yang boleh diserap oleh badan. 
  • Mengambil ubatan tertentu seperti ubat menahan mabuk dan loya akibat symptom yang berlaku atau ubat antibiotic dan steroid untuk jangkitan dan meredakan radang. Bagi Meniere's Disease pula, ubat berbentuk deuretik diberikan untuk mengurangkan tekanan dalam telinga akibat pertambahan cecair dalam bahagian telinga sebelah dalam.
  • Bagi kes-kes tertentu mungkin pembedahan perlu dilakukan.
  • Bagi vertigo yang berlaku akibat tumor, strok atau kecederaan di leher dan otak rawatan terhadap punca penyakit perlu dilakukan.
Selain rawatan dengan doktor yang wajib dilakukan, antara ikhtiar yang boleh diamalkan pesakit vertigo ialah dengan pengambilan Vivix.


Vivix mengandungi resveratrol dan folifenol serta antioksidan yang tinggi yang boleh mengurangkan kesan penuaan. Ingat tadi, ada vertigo yang boleh berlaku akibat usia. Dan ia juga membantu untuk mengurangkan jangkitan dan radang seperti di dalam testimoni-testimoni ini.










Untuk tempahan & pertanyaan, sila hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp: 0192500978)


Merry-go-round! Itulah yang boleh dikatakan apabila mengalami vertigo. Merry-go-round berada di dalam kepala. Kalau masa kanak-kanak, memang...

3 comments:

4 Cara Menambah Berat Badan Dengan Sihat

10:40 pm Emalin Mohd 0 Comments

Orang yang tak pernah gemuk, takkan tau perasaan inginkan kurus
Dan
Orang yang tak pernah kurus takkan tau perasaan inginkan gemuk atau menambah berat badan. Lagi-lagi apabila terlalu kurus juga membawa kepada kesukaran untuk hamil bagi wanita yang dah berkahwin. Lagi rasa stress apabila suami pun memberikan komen badan terlalu kurus. Belum lagi orang di sekeliling. 


Bukan orang gemuk sahaja yang stress ya. Yang terlalu kurus juga mengalami keadaan serupa.

Ada cara ke untuk menambahkan berat badan? Sebab orang kata kalau nak berisi, kena makan banyak. Tapi orang kurus susah nak makan banyak.

CARA MENAMBAHKAN BERAT BADAN

1) Tambah kalori berbanding keperluan harian
Selalu dengar BMI kan? Ia untuk mengira samaada kita terlebih berat badan atau dalam julat normal.  Untuk mengira kalori yang diperlukan sehari-hari, BMR digunakan. BMR atau Basal Metabolic Rate adalah jumlah tenaga asas yang diperlukan oleh badan untuk kegunaan organ badan. Nilai BMR akan menurun berbanding umur dan bertambah sekiranya otot badan bertambah.

Setelah mengetahui nilai BMR sendiri samaada 1300 kalori, 1500 kalori atau 2000 kalori, tambahkan lagi kalori dalam seharian untuk meningkatkan berat badan.

Kemudian tambah dalam diet seharian lebih kurang 200 kalori sehari. Antara makanan yang mengandungi 200 kalori ialah 2 ekor ikan selar, 12 biji telur puyuh, 3 ketul daging tanpa lemak, 2 keping tauhu atau 1.5 gelas susu soya tanpa gula. 

Perasan tak kategori contoh yang diberikan? Senarai tersebut ialah makanan mengandungi protein. Menambah protein dalam diet seharian lebih baik daripada menambah karbohidrat seperti nasi atau lemak seperti makanan bergoreng. Protein membina otot untuk menjadikan badan lebih sihat manakala karbohidrat pula akan menjadi lemak di dalam badan.

2) Detoks badan terlebih dahulu
Jangan sangka umur dewasa tiada cacing atau parasit di dalam badan. Mungkinkah terlalu kurus kerana parasit telah menyerap semua nutrisi sedia ada.

Amalkan air detoks seperti air lemon aatu jus detoks yang ada pelbagai resepi yang boleh disesuaikan. Namun, AWAS! Pastikan tiada gula ditambah dalam air atau jus untuk detoks badan. 

3) Bersenam
Untuk menambahkan berat badan, senaman juga amat perlu. Ia akan membina otot dan sekaligus menaikkan berat badan. Bermula dengan bersenam antara 1 hingga 3 kali seminggu.

4) Tambah sesi makan
Orang yang kurus sukar untuk makan banyak. Jadi tambahkan sesi makan menjadi 6 kali sehari untuk memudahkan cara makan dengan banyak.
Jadi, dalam usaha untuk menaikkan berat badan, pastikan ia naik secara sihat.

Nak kira BMR ? 
▶ Guna mesin karada
Nak protein yang mencukupi ? 
▶ Ambil 3 sudu ESP setiap hari
▶ Minum jus detoks atau lebih mudah dengan rangkaian set detoks


Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Orang yang tak pernah gemuk, takkan tau perasaan inginkan kurus Dan Orang yang tak pernah kurus takkan tau perasaan inginkan gemuk atau...

0 comments:

Cara Mengeringkan Luka Selepas Bersalin Normal dan Pembedahan Yang Mudah

11:12 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ibu yang bersalin normal atau pembedahan antara yang perlu dijaga dengan sebaiknya ialah jahitan samaada jahitan di "bawah" untuk yang bersalin normal atau jahitan pembedahan c-sect.

Pastinya ibu inginkan luka cepat kering dan sembuh. Jangkitan pada jahitan adalah mimpi ngeri bagi seorang ibu dalam berpantang. Sakitnya bukan kepalang.

Bagi ibu yang bersalin normal, tuala wanita dinasihatkan ditukar dengan kerap dan bahagian sulit perlu dicuci dan dipastikan kering.

Bagi yang mengalami pembedahan pula, ada yang takut untuk mandi kerana takutkan jahitan pembedahan menjadi lembap dan untuk mengeringkannya pula ada yang khuatir dan takut untuk memegang kawasan jahitan.

Tetapi ada cara yang mudah sebenanrnya untuk mengeringkan kawasan jahitan tanpa perlu menyentuh kawasan jahitan tersebut.


Tahu tak peralatan apa ini dan kegunaannya?


Pengering rambut atau hair dryer.

Ia boleh digunakan untuk mengeringkan kawasan luka jahitan tanpa menyentuh langsung tempat jahitan tersebut.

Ia memudahkan ibu untuk membersihkan diri dengan air tanpa risau untuk mengeringkannya selepas itu.

Jangan risau selepas ini ya ibu. Cuma sediakan pengering rambut sahaja dan harganya pun tidak mahal.


Salam hormat,
Pn Emalin Mohd 

Untuk tempahan / konsultansi rangkaian produk Shaklee, SMS atau Whatsapp 0192500978

Ibu yang bersalin normal atau pembedahan antara yang perlu dijaga dengan sebaiknya ialah jahitan samaada jahitan di "bawah" untuk...

0 comments:

Produk Penjagaan Kulit Muka Yang Berkesan Dan Selamat

10:33 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ramai yang bertanya apakah produk penjagaan kulit muka yang bersesuaian untuk mereka setelah membaca Cara Penjagaan Kulit Muka Yang Betul.



Kulit adalah organ kita yang terbesar dan pastinya kita inginkan produk yang berkesan dan pada masa yang sama SELAMAT. Pasti kita tidak mahu kulit muka licin seminggu dua namun selepas itu menjadi sensitif dan terbakar dek penggunaan yang terlarang dalam produk penjagaan tersebut.

Anda nak tak kesan ini selepas menggunakan pencuci muka?

1. Setelah dibilas, kulit rasa lebih licin, bersih dan gebu serta pastinya tidak berasa ketat atau tegang. Kulit muka yang terasa ketat dan tegang setelah dibias menandakan produk tersebut tidak bersesuaian dengan kulit wajah kita. Ia menghilangkan terlalu banyak pelembap semulajadi pada kulit.

2. Pencuci muka yang mengandungi SEAWEED atau rumpai laut. Nak tau tak fungsi seaweed ini? Ia mampu mengeluarkan kotoran dari kulit dan pada masa yang sama menegangkan kulit.

3. Pencuci muka yang mengandungi ALGA HIJAU. Alga hijau berfungsi untuk mengeluarkan toksin dan melembapkan kulit.

4. Orang Malaysia suka pada kulit putih kan? Pencuci muka ini tidak mengandungi hidrokuinin tetapi mengandungi STRAWBERI BEGONIA yang khasiatnya mencerahkan kulit secara semulajadi. 

Pencuci muka apa yang dimaksudkan itu?

Pencuci muka tersebut ada terdapat di dalam rangkaian Nutriwhite yang dikeluarkan Shaklee. Shaklee bukan sahaja ada vitamind dan supplement malah produk penjagaan kulit juga. Yang membezakannya dengan yang lain? Ia berkesan, selamat dan juga halal.


Apa kata mereka yang telah menggunakan set ini?


Muka rasa bersih.


Muka rasa bersih, lembut dan bersinar.

Penggunaan secara berterusan menghilangkan white head sehingga tidak perlu pergi ke spa untuk membuat facial muka.






Nutriwhite tidak mengandungi paraben dan kesannya setaraf dengan satu jenama produk antarabangsa yang sangat popular. Produk apakah itu?

Untuk tempahan / pertanyaan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978









Ramai yang bertanya apakah produk penjagaan kulit muka yang bersesuaian untuk mereka setelah membaca Cara Penjagaan Kulit Muka Yang Betul ....

0 comments:

Perbandingan Organ Dalaman Wanita Gemuk Dan Kurus

9:21 pm Emalin Mohd 0 Comments

Malaysia kaya dengan makanan dan pukul berapa pun jam kedai makan masih buka. 

Namun di sebalik itu, Malaysia juga negara yang menduduki tangga pertama di ASEAN untuk carta obesiti dan keenam di Rantau Pasifik.



Semua orang tahu bahawa berat badan berlebihan menyebabkan banyak masalah kesihatan namun kali ini, kita menyorot lebih dalam lagi.

Bagaimana rupa organ dalaman wanita gemuk berbanding wanita kurus jika dilihat dengan menggunakan MRI scan?

Berat badan sebenarnya amat mudah naik. Masakan tidak, pertambahan sebanyak 5% daripada nilai 2,000 kalori sebenarnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan sebanyak 5kg dalam masa setahun bagi yang mengamalkan cara hidu biasa dan tidak bersenam. Dan 100 kalori itu bukan daripada ayam goreng atau roti canai namun boleh diperolehi dari segelas jus epal. (Sumber)



Apa beza antara wanita dengan berat badan sebanyak 250 lbs (114kg) dengan wanita seberat 120 lbs (54kg) seperti dalam gambar di atas?

1. Perasan atau tidak keadaan buku lali wanita 250 lbs? Kelihatan agak bengkok. Bandingkan pula dengan wanita 120 lbs. Nampak lebih stabil dan tegap bukan? Buku lali wanita 250 lbs menjadi bengkok akibat menampung berat badan yang berlebihan setiap hari dan akhirnya menyebabkan sakit di bahagian pergelangan kaki. Selalu kan kita mendengar sakit kaki bagi yang mengalami berat badan berlebihan? Jika menghidap gout pula? Mesti bertambah sakit!

2. Tulang keting wanita 250 lbs dilihat juga lebih nipis berbanding wanita 120 lbs. Ini menunjukkan kesan gizi tidak seimbang seperti kekurangan vitamin D dan kalsium. Dan tahukah anda, kekurangan gizi tertentu juga boleh menyebabkan menjadi gemuk? Antara kekurangan vitamin yang dikaitkan dengan kegemukan ialah vitamin A, vitamin D, vitamin E, vitamin C, magnesium dan kalsium.

3. Lemak  juga kelihatan lebih tebal membaluti organ-organ dalaman wanita 250 lbs berbanding wanita 120 lbs.

4. Usus dan perut wanita 250 lbs juga kelihatan lebih besar daripada wanita 120 lbs menyebabkan wanita yang mengalami obesiti lebih kuat makan dan cepat berasa lapar.

Walaupun ada yang mengatakan tidak mengapa gemuk atau mengalami berat badan terlebih namun hakikatnya berdasarkan gambar di atas, risiko kesihatan amat tinggi pada mereka yang mengalami obesiti.

Antara penyakit yang sering dialami oleh orang yang mengalami obesiti ialah serangan jantung, diabetis, tekanan darah tinggi dan strok. Dan kesemua penyakit ini boleh membawa maut.

Bagi yang mengalami obesiti masih belum terlambat. Tanamkan azam dan mulakan kehidupan yang lebih sihat.




Dapatkan set kurus Shaklee anda hari ini!
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Malaysia kaya dengan makanan dan pukul berapa pun jam kedai makan masih buka.  Namun di sebalik itu, Malaysia juga negara yang menduduki t...

0 comments: