9 Tanda-Tanda Awal Mengalami Strok Haba / Heat Stroke Dan Cara Mengelaknya

2:03 pm Emalin Mohd 0 Comments

Masuknya bulan Mac 2016, fenomena El Nino makin dirasai. Dalam surat khabar juga telah dilaporkan telah ada yang mengalami strok haba atau heat stroke sehingga melibatkan kematian.




Suhu panas ini juga dijangka berakhir pada bulan Mei atau Jun nanti lebih kurang 3 ke 3 bulan lagi. Sehingga waktu itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelak terjadinya strok haba. 

Strok haba terjadi apabila badan kehilangan uoaya untuk menyejukkan badan secara normal yang mana suhu badan boleh naik mencecah 41'C dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja. Suhu badan yang terlalu tinggi akan mengancam nya.

Antara golongan yang berisiko mengalami strok haba ialah warga emas, kanak-kanak dan yang sensitif pada cuaca panas. Tidak hairanlah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menangguhkan sesi persekolahan pada 22 hingga 23 Mac 2016 yang lepas kecuali hanya guru yang perlu hadir ke sekolah. Ini disebabkan kanak-kanak adalah golongan yang berisiko mengalami strok haba.

Seseorang berisiko untuk mengalami strok haba apabila:
  • Mengalami dehidrasi akibat kurang minum air atau selepas menjalani senaman, berada di bawah terik mentari atau sedang mengalami cirit-birit dan muntah
  • Bekerja atau berada di bawah matahari dalam jangka masa panjang
  • Terjadinya kebakaran hutan atau jerebu
  • Cuaca yang sangat panas dan sesak dengan ramai orang
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut atau mengesan rakan-rakan dan ahli keluarga di sekeliling mengalaminya, cepat-cepatlah bertindak:

SIMPTOM STROK HABA:
  1. Kerap sakit kepala
  2. Hilang fokus
  3. Lidah menjadi bengkak
  4. Suhu badan melebihi 39'C - pastikan sentiasa ada termometer terutama di rumah bagi mengesan suhu anak-anak
  5. Badan tidak berpeluh walau cuaca panas
  6. Nadi berdenyut laju
  7. Tekanan darah rendah
  8. Kulit kerang dan kemerah-merahan
  9. Badan lesu dan kerap pengsan




  1. Minum air kosong dengan konsisten. Bekalkan air yang secukupnya kepada anak yang bersekolah dan sentiasa ingat dan pesan anak untuk minum air.
  2. Minum air isotonik untuk menggantikan mineral yang hilang dan kini ada Performance Drink yang tiada gas dan kurang gula dengan rasa oren yang menyelerakan.
  3. Kurangkan aktiviti di luar dan di bawah terik matahari. Bagi yang tiada pilihan, pilih pakaian yang bersesuaian dan pakai topi atau payung serta sapu losyen seperti Herbal Blend yang menyejukkan.
  4. Rasa panas? Mandi dengan kerap. Kalau tak boleh mandi atau keadaan tidak sesuai untuk mandi, basahkan tuala dan lilitkan pada kepada.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tempahan / Pertanyaan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Masuknya bulan Mac 2016, fenomena El Nino makin dirasai. Dalam surat khabar juga telah dilaporkan telah ada yang mengalami strok haba ...

0 comments: