Adakah Anda Seorang Pemimpin Yang Baik?

7:50 am Emalin Mohd 0 Comments

Mata tertancap pepatah kepimpinan ini dan terus terpikat.


Sumber: Mr Google

Bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Jawatan yang disandang bukan untuk populariti namun datang dengan tanggungjawab yang besar.

Tanggungjawab untuk memastikan ahli kumpulan bersatu hati walaupun mempunyai idea yang berbeza.

Dan pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang dapat menggerakkan ahli kumpulannya atau ahli yang dipimpinnya ke arah tujuan yang sama dan bersatu hati.

Cabaran seorang PEMIMPIN,
Menjadi seorang yang kuat namun caranya tidak sehingga kurang ajar
Seorang yang baik namun tidak sehingga dilihat sebagai orang yang lemah
Sangat berani mengambil tindakan namun tidak sehingga menindas yang lain
Berwawasan tink dan tidak malas
Sentiasa merendah diri namun tidak dilihat sebagai pemalu
Sangat berbangga dengan ahli kumpulannya namun bukan sombong
Sekali sekala berjenaka tetapi bukan membuat lawak bodoh

Semoga tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan baik.

Kita memimpin diri kita sendiri.

Mata tertancap pepatah kepimpinan ini dan terus terpikat. Sumber: Mr Google Bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Jawatan yang ...

0 comments: