Cara Meningkatkan Sistem Imun Badan Untuk Mengurangkan Penyakit

9:34 pm Emalin Mohd 0 Comments

Badan manusia sangat kompleks bukan? Ada pelbagai fungsi dan jika ingin diasingkan boleh membantu banyak jabatan. Antara jabatan yang penting tetapi semua pun penting ialah jabatan imun badan. 


Selalu kita dengar apabila imun badan lemah mudah mendapat penyakit. Jiran sebelah meja kita selsema hari ini, esok kita pulak yang terkena selsema. Atau pun jiran parking kereta mengalami chicken pox, tak semena-mena kita pulak mengalami chicken pox selepas itu. Tapi kawan-kawan yang lain biasa saja. Mungkinkah itu petanda imun badan lemah?

Apa fungsi imun badan kita ini?

Sistem imun badan kita melindungi tubuh daripada pelbagai jenis jangkitan samaada bakteria atau virus yang boleh mengganggu sistem tubuh hingga mendapat pelbagai penyakit yang lain. Antara puncanya ialah kita kekurangan nutrisi tertentu tetapi bukan itu sahaja penyebab imun badan kita menjadi lemah.

Antara sebab lain ialah:
1. Tidur atau rehat yang tidak cukup
Tidur sebaiknya sebelum pukul 11.00 malam dan bangun awal pagi. Jangan lupa untuk tidur sebentar di waktu tengah hari. Tidur sebentar atau nap di waktu tengahhari sebenarnya banyak memberikan tenaga kepada kita terutama di sebelah petang.


2. Terlalu stress
Stress yang keterlaluan sebenarnya menjadi punca kepada imun badan yang lemah. Kita tidak boleh lari dari stress tetapi kita boleh mengurus stress dengan baik. Contohnya, jika kita tidak boleh melihat rumah bersepah dan akan menjadi pemarah lebih baiklah mengupah daily maid cleaner untuk membersihkannya. 



Rumah bersepah dan kemudian kita sendiri terpaksa mengemasnya menjadikan kita bertambah stress. Atau buat agihan mengemas rumah dengan anak-anak. Setiap orang diberikan tanggungjawab masing-masing. Anak-anak seawal berumur 8 tahun juga sebenarnya sudah boleh mencuci pinggan, mengemas meja makan dan menyapu sampah.

3. Mengambil makanan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan
Makanan dan minuman yang tidak baik untuk kesihatan juga boleh menjadi badan kita stress. Ini disebabkan badan perlu bekerja untuk menyingkirkan makanan yang tidak perlu oleh badan. Contohnya, makanan segera dan air berkarbonat. 

4. Hidup dalam keadaan persekitaran kotor
Pastikan keadaan rumah dan persekitaran kita sentiasa bersih. Persekitaran yang kotor boleh mengundang penyakit dan juga menyebabkan fikiran tidak tenang. 

Perasan atau tidak jika kita melihat pemandangan yang cantik, hati kita berasa tenang? Begitu juga dengan persekitaran rumah kita. Sampah yang berlonggok akan dikeliling lalat dan juga mengundang haiwan lain seperti tikus yang diketahui boleh mengundang penyakit lain.

5. Tidak menjalankan perintah agama
Pengisian rohani sebenarnya amat penting dalam memastikan kesihatan badan secara fizikal. Gangguan emosi yang tidak dibedung dengan ajaran agama juga boleh menjurus seseorang tersebut menjadi semakin tidak sihat. 

6. Makanan yang tidak cukup nutrisi


Ada yang makan cukup sehingga 6 kali sehari namun nutrisi makanan tersebut pula tidak mencukupi. Ada juga yang terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk makan tengah hari dan hanya mengalas perut dengan biskut yang ada. Atau ada yang makan makanan berkhasiat namun cara masakan pula tidak bersesuaian sehingga mengurangkan nutrisi makanan tersebut.

Walaupun seseorang tersebut kenyang namun dikhuatiri tidak mendapat nutrisi secukupnya.

Disebabkan itulah, vitamin dan supplement amat penting untuk memastikan badan dibekalkan dengan nutrisi yang secukupnya.

Vivix
Nutriferon
Vitalea
Garlic Complex
Vitamin C
Mealshakes -juga boleh diambil oleh kanak-kanak

Semua jenis vitamin dan supplement ini diketahui dapat membantu untuk meningkatkan imun badan seseorang.

Kesimpulannya, bagi meningkatkan sistem imun badan, seseorang itu haruslah:
  1. Uruskan stress dengan baik.
  2. Jauhkan Makanan minuman yang tidak baik. 
  3. Amalkan makanan sihat serta suplemen untuk melengkapkan nutrisi di dalam tubuh badan (Vitalea, Mealshakes, Vitamin C, Nutriferon, Vivix, Garlic Complex)
  4. Hidup dalam persekitaran yang sihat.
  5. Konsisten Ibadah.
  6. Gaya hidup sihat.
  7. Tidur dan rehat yang cukup.

Untuk tempahan vitamin & supplement, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978









Badan manusia sangat kompleks bukan? Ada pelbagai fungsi dan jika ingin diasingkan boleh membantu banyak jabatan. Antara jabatan yang penti...

0 comments: