Ikan Masak Tempoyak

9:54 pm Emalin Mohd 0 Comments

Teringin nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak tapi takda patin jadinya kita tukar ke ikan kembung. Resepi ini pulak ihsan dari rakan sepejabat orang Pahang. 

Mudah sangat nak buatnya. 

Bahan-bahannya:
1. 3 ekor ikan kembung atau ikan lain yang ada di rumah
2. 8 biji cili padi diblend / tumbuk. Kalau nak pedas tambah lagi.
3. Sebatang serai yang diketuk.
4. Sehelai daun kunyi diracik halus.
5. Daun kesum secukup rasa. Nak sikit boleh, nak banyak pun boleh.
6. Kunyit seinci yang ditumbuk
7. Garam secukup rasa
8. Timun kuning sebiji.

Cara masak:
1. Cili yang diblend dicurah dalam periuk dan ditambah dengan air serta tempoyak. Part tempoyak ini tricky sikit. Tadi bubuh dalam 4 sudu besar tempoyak kot. Kalau lebih lagi kaw lah rasanya. Pastikan tempoyak masam. Kalau tak masam memang kena letak air asam jawa.
2. Masukkan daun kesum, serai, daun kunyit dan kunyit.
3. Apabila menggelegak baru masukkan ikan dan timun kuning.
4. Bubuh garam dan imbangkan rasa. Kurang masam, tambah air asam jawa.
5. Tadaaa..hidangkan..

Kalau makan dengan anak yang tak tahan pedas, asingkan dulu baru masukkan cili. Jadi yang part cili tadi jadi nombor 5. 

Selamat Mencuba!!

Saya, Shaklee Independent Distributor 
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Teringin nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak tapi takda patin jadinya kita tukar ke ikan kembung. Resepi ini pulak ihsan dari rakan sepejab...

0 comments: