Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

9:48 pm Emalin Mohd 0 Comments

Supplement atau apa-apa vitamin bukan penentu kejayaan penyusuan susu ibu. Tetapi supplement dan vitamin amat membantu dalam memastikan ibu cukup nutrisi dan mengurangkan penat lelah ibu. 


Ibu cukup nutrisi, ibu tidak mengalami kepenatan melampau, ibu yang tidak stress serta ibu yang menjaga sesi penyusuan / mengepam anak antara faktor penentu kejayaan penyusuan susu ibu sehingga umur bayi 2 tahun.

Contohnya ya.. kalsium sebenarnya membekalkan sumber kalsium kepada bada. Jika ibu tak cukup keperluan kalsium seharian, badan akan menarik kalsium sedia ada dalam badan ibu untuk keperluan susu ibu anaknya. Sebab itu, ada ibu-ibu yang kehilangan gigi semasa menyusukan anak.

Contoh lagi. Magnesium adalah sejenis mineral. Antara kebaikan magnesium ini adalah untuk fungsi saraf dan otot yang baik. Bolehlah bantu release tension pada muscle selepas penat bekerja seharian

Contoh lagi. Vitamin B Complex ada asid folik dan pelbagai jenis vitamin B yang lain. Fungsinya antara lain membantu menukar makanan menjadi tenaga. Bukankah elok makanan tadi ditukar menjadi tenaga secara efektif dek peranan vitamin B daripada distorkan menjadi lemak badan.

Memang semua vitamin tadi ada dalam sumber makanan pun tetapi itu yang kita perlu tengok balik. 

Adakah cara masakan kita tidak menyebabkan zat makanan hilang? Contoh, susu yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan hilang khasiatnya. Begitu juga sayur-sayuran yang dimasak terlalu lama dan pada suhu yang tinggi. Ya kita makan sayur hari-hari tetapi adakah zat dari sayur kita perolehi?

Bagaimana pula dengan sumber makanan tersebut? Adakah segar dari ladang? Jika duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur yang tiada ladang sayuran. Mungkin sayuran tersebut telah dipetik 3 hari lepas. Bagaimana pula cara penyimpanannya atau penanamannya? Banyak kemungkinan bukan.

Tambah-tambah lagi ibu bekerjaya atau suri rumah yang ada ramai anak tanpa pembantu rumah. Kadangkala makan pun tak sempat. Ala kadar sahaja makan. Yang penting tak masuk angin.

Jadi, adakah nutrisi untuk badan kita mencukupi?

Anda pernah tertanya kenapa ibu hamil diberikan vitamin dan supplement tetapi tidak pada ibu yang sedang menyusukan anak? 

Bukankah nutrisi semasa ibu menyusukan anak juga lebih kurang RDA dengan ibu hamil?

Nampak tak di situ betapa pentingnya vitamin untuk ibu menyusukan anak?

Tetapi masa nak pilih vitamin itu yang kena study lebih sikit. Elakkan yang sintetik, cari yang halal, utamakan yang menggunakan sumber semulajadi serta pastikan ada kajian klinikal.

Akhir kata, tengok badan sendiri. Mungkinkah anda golongan yang memang memerlukan vitamin semasa menyusukan anak? 

Jika ya, teruskan pembelian anda.

Salam Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 1-7 Ogos,
Pn Emalin Mohd yang juga berjaya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. 

Supplement atau apa-apa vitamin bukan penentu kejayaan penyusuan susu ibu. Tetapi supplement dan vitamin amat membantu dalam memastikan ibu...

0 comments: