Pengalaman Menggunakan Servis Uber vs Servis GrabCar

2:09 pm Emalin Mohd 0 Comments

Siapa baru sahaja install apps Uber dan Grabcar? Kita kawan..hihi

pengalaman menggunakan grabcar

Nak dijadikan cerita minggu lepas perlu pergi ke satu tempat ini tapi ada masalah sikit jadi tidak boleh nak memandu ke tempat tersebut. Nak minta tolong kawan-kawan, waktu kerja pulak. Macam tak sesuai.

Fikir punya fikir dan setelah dapat review dari kawan yang suaminya buat Uber, rasa inilah pilihan tepat. Naik Uber atau Grabcar.

Malam tersebut, download dulu kedua-dua apps. Tak godek lagi tu. Hanya download sahaja. 

Niat di hati nak cuba dua-dua perkhidmatan tersebut. Uber dan GrabCar.

Jadi masa pergi, entah kenapa pilih GrabCar. Biasalah benda yang kali pertama buat memang rasa nervous sedikit. Tak tahu untuk expect apa.

Hanya buka apps tersebut, masukkan tempat yang ingin dituju. Dalam apps tersebut akan ditunjukkan beberapa buah kenderaan Grabcar yang berdekatan. Dan apabila pemandu Grabcar tersebut setuju untuk menerima Request kita akan ditunjukkan pula:
  • Gambar pemandu
  • Jenis kenderaan
  • Nombor plat kenderaan
  • Anggaran masa ketibaan
Tak lama pun menunggu. Dalam kurang daripada 10 minit sudah sampai kenderaan tersebut. Pemandu Grabcar tersebut pun peramah juga. Sembang-sembang sikit dengan pemandu tersebut. Rupa-rupanya pemandu tersebut pun buat juga Uber. Katanya kadar Uber murah sedikit dari Grabcar. Dan kelebihan Uber, harga tambang telah dimasukkan sekali dengan tol jika ada. Grabcar pula kadar tambang tidak termasuk dengan tol.

Kedua-dua apps boleh membuat anggaran harga perjalanan jadi semasa kita buat anggaran jangan lupa untuk tambahkan kadar bayaran tol jika memilih Grabcar.

Dan balik tersebut saya menggunakan perkhidmatan Uber pulak. Proses yang sama. Buka apps tersebut, taipkan destinasi yang ingin dituju dan Request perkhidmatan tersebut.

Setelah pemandu tersebut menerima request kita, butiran yang sama akan ditunjukkan kepada kita iaitu gambar pemandu, jenis kenderaan, nombor plat kenderaan dan anggaran masa ketibaan.

Kenderaan yang digunakan pun bersih dan setakat ini sudah 3 kali menggunakan perkhidmatan Uber dan sekali Grabcar. Setakat ini berpuas hati dengan pemandu dan kenderaan yang digunakan.

Nampak gaya, memang banyak guna Uber dan Grabcar daripada memandu kereta sendiri selepas ini.

Kadar pun oklah. Sebagai contoh dari Shah Alam ke Ampang dalam RM36-RM38. Ok kan? Haa..sedikit info, kedua-dua perkhidmatan ini jika digunakan waktu peak atau mereka gelarkan sebagai Surge, casnya mungkin akan berlainan. Cas tersebut akan dinyatakan sebelum kita Request. Jadi kita masih mempunyai pilihan lagi. 

Uber atau GrabCar?

Pilihan di tangan anda!

Untuk vitamin? Pastilah pilihan saya Shaklee. 






Siapa baru sahaja install apps Uber dan Grabcar? Kita kawan..hihi Nak dijadikan cerita minggu lepas perlu pergi ke satu tempat ini ...

0 comments: