7 Cara Untuk Mencegah Daripada Virus Zika

4:45 pm Emalin Mohd 0 Comments

Kesan virus Zika kepad ibu hamil amat menakutkan. Ia boleh menyebabkan sejenis kecacatan otak pada bayi di dalam kandungan.



Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.




Sama seperti demam denggi, ketika ini tiada ubat atau penawar yang boleh merawat penyakit Zika. Dan cara yang terbaik untuk mengelak daripada Zika ialah dengan mencegah penyakit itu sendiri.




7 Cara Untuk Melindungi Diri Daripada Zika ialah:
  1. Lindungi kulit dengan memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.
  2. Gunakan penghalau serangga (insect repellen) untuk mencegah nyamuk daripada menghampiri dan menggigit kita. Antara bau yang tidak digemari nyamuk ialah bau minyak serai, eucalyptus, sage dan rosemary. 
  3. Tidur di dalam kelambu untuk mengelak gigitan nyamuk di waktu malam.
  4. Pasang jaring penghalang nyamuk di rumah dan tutup pintu serta tingkap terutama pada waktu senja.
  5. Elakkan pergi ke kawasan yang berisiko tinggi.
  6. Pastikan di sekeliling rumah dan pejabat tiada tempat untuk air bertakung.
  7. Berjumpalah dengan doktor sekiranya ada simptom-simptom Zika.



Antara krim yang boleh menghalang daripada gigitan nyamuk.



Ia diperbuat daripada:

1. Chestnut / Buah berangan 

Buah berangan lazimnya yang kita jumpa yang telah disalai untuk dimakan namun ia juga mempunyai kegunaan lain. Antara kelebihan buah berangan ini ialah membantu melawan tanda-tanda penuaan pada kulit dengan ciri-cirinya yang anti radang seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit. 

2. Sage
Herba ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit. Sage juga antara herba yang boleh menghalau nyamuk. Nyamuk tidak menyukai bau Sage.

3. Rosemary
Rosemary merupakan sumber zat besi , kalsium dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat. Kaya dengan mangan dan mineral yang membantu mengurangkan kedutan dan mengelakkan kulit menjadi rosak. Apabila adanya radikal bebas pada kulit kita ia bukan sahaja merosakkan kulit malah membawa kedutan, tona tidak sekata serta kendur. Selain bau Sage, bau Rosemary juga tidak disukai oleh nyamuk.

4. Yarrow 
Yarrow ini pula mengandungi bahan anti radang dan anti septik. Ia dapat memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan . Ia boleh dipraktikkan bagi kegunaan luar, menyembuhkan luka, luka terbakar, ulser , alahan kulit dan juga bengkak .

Krim Herbal Blend boleh digunakan di semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa. Ia juga boleh mengurangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dan juga akibat chicken pox.

Satu tiub Herbal Blend ini berharga RM27.50.



Kesan virus Zika kepad ibu hamil amat menakutkan. Ia boleh  menyebabkan sejenis kecacatan otak pada bayi di dalam kandungan. Virus Zi...

0 comments: