Membina Keluarga Bahagia

2:09 pm Emalin Mohd 2 Comments

Membina Keluarga Bahagia oleh Cr Hj Hushim Hj Salleh.

Gambar tak berapa cantik pulak..




Antara intipati yang diperkatakan oleh Cr Hj Hushim semasa satu sesi ceramah di tempat kerja yang sesuai diadptasi untuk ibu bekerjaya.

Seorang ibu hendaklah kuat dari segi fizikal dan mental kerana cabaran yang amat kuat di zaman sekarang berbanding dahulu. Tidak dapat tidak, ibu kena sihat dan badan kena cergas. Seakan wajib. Jika sakit? Amat susah sekali tambahan lagi zaman sekarang ramai yang berhijrah ke tempat lain dan duduk berjauhan dengan keluarga. Tiada saudara mara yang boleh membantu tatkala kecemasan. Hanya menghaapkan jiran tetangga dan rakan sekerja. 

Beliau juga menyarankan untuk mengambil supplement bagi membantu untuk menjadi cergas. Namun jagan lupa pemakanan yang berkhasiat. 

Bagi mengukuhkan emosi pula, cuba untuk menunaikan Solat Tahajud. Kata beliau, memang sukar untuk dimulakan dan untuk bangun sepertiga malam namun kekuatan yang diperolehi dari Solat Tahajud amat berbaloi bagi kita ibu yang bekerjaya. 

Bagi suami dan isteri yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad bersama anak, pastikan ada masa yang berkualiti bersama mereka. Cari masa yang bersesuaian di waktu malam. Mungkin selepas Solat Isya' sebelum anak-anak masuk tidur.  Duduk bersama mereka untuk membuat kerja sekolah atau apa-apa aktiviti bersama jika anak masih belum bersekolah.

Anak berumur 1-12 tahun adalah fasa kritikal bagi membentuk jati diri mereka. Ketika ini, dunia anak-anak adalah bersama ibu bapa dan belum ada kumpulan rakan sendiri. Tanamkan dalam diri mereka asas penting agama agar tidak tersasar.

Elakkan juga anak untuk bermalam di rumah kawan-kawan kerana banyak perkara boleh berlaku.

Zaman ini anak berumur 12 tahun pun masih tidak selamat untuk ke tandas berseorangan. Apatah lagi dilepaskan di temapt asing tanpa pemantauan ibubapa.

 


Tambah beliau lagi, jika pasangan sibuk, pasangan lagi seorang jangan buat-buat sibuk. Nak tak nak, salah seorang pelru berkorban agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga tiada masa di rumah namun pada masa yang sama tidaklah mengabaikan kerjaya masing-masing. 

Beliau turut menasihatkan agar peluk anak setiap hari dan bukar sekadar bersalam. Pelukan kepada anak akan memberikan aura positif kepada anak dan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ibubapa dan anak. Jika kekok untuk memulakannya kerana anak sudah besar, cuba mulakan selepas solat berjemaah. Peluk anak setelah bersalam seusai bersolat.

Pesanan beliau lagi, handphone dengan internet tidak perlu diberikan kepada anak kerana kita tidak akan dapat mengawal apa yang akan diterima atau apa yang akan anak layari. Bukan sedikit kes anak di bawah umur melibatkan aplikasi media sosial di handphone.
 
Semoga kita semua dapat mendidik anak sebaiknya. Amiin...

Membina Keluarga Bahagia oleh Cr Hj Hushim Hj Salleh. Gambar tak berapa cantik pulak.. Antara intipati yang diperkatakan oleh ...

2 comments: