6 Petanda Mengalami Anemia dan Makanan Untuk Mengatasinya

7:56 am Emalin Mohd 0 Comments

Adakah anda mempunyai tanda-tanda ini?
  1. Kurang daya tumpuan dalam pelajaran
  2. Kurang cergas
  3. Mudah letih
  4. Mengantuk
  5. Merasa lesu
  6. Mudah pitam


Anemia adalah satu keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah yang sihat. Pada masa yang sama, badan turut tidak mempunyai zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahagian sel darah merah yang membolehkan oksigen disampaikan ke seluruh badan.

Kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk, dan kehamilan.

Bagi yang menghidap anemia kerana diet yang tidak cukup zat besi, 6 jenis makanan ini mempunyai zat besi yang tinggi.

1. Beetroot / Ubi Bit

Zat besi di dalam ubi bit membantu dalam memperbaiki dan mengaktifkan RBC (red blood cell). RBC yang diaktifkan akan meningkatkat bekalan oksigen ke seluruh badan.

2. Tomato

Tomato mengandungi bukan sahaja beta-karotene, fiber, vitamin E malah juga vitamin C. Vitamin C membantu meningkatkan kadar serapan zat besi. Makan 1 hingga 2 biji tomato setiap hari meningkatkan jumlah vitamin C dan seterusnya meningkatkan tahap zat besi di dalam badan.

3. Daging Merah

Daging merah seperti daging lembu dan kambing diperkaya dengan sejenis zat besi yang dipanggil heme iron. Zat besi ini dapat diserap oleh badan dengan lebih cepat. Mengambil daging merah sebanyak 2-3 hidangan seminggu membantu mengatasi masalah anemia.

4. Roti wholegrain

Sekeping roti whole grain boleh membekalkan sehingga 6% keperluan zat besi harian. 

5. Makanan laut

Ikan salmon dan juga tiram sebagai contoh bukan sahaja mengandungi Omega 3 yang tinggi malah turut mengandungi kadar zat besi yang tinggi. 

Bagi ibu hamil, anemia boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada ibu malah kepada bayi di dalam kandungan. 
Justeru itu, ibu hamil hendaklah memastikan bahawa bacaan Hb adalah normal sepanjang kehamilan.



Adakah anda mempunyai tanda-tanda ini? Kurang daya tumpuan dalam pelajaran Kurang cergas Mudah letih Mengantuk Merasa lesu Mudah p...

0 comments: