Kesan Sampingan Pengambilan Chia Seed Yang Ramai Orang Tidak Ketahui

Fenomena cia cia cia. Dek kerana fenomena Chia Seeds ramai yang membeli chia seeds sehinggakan kedai yang menjual barangan persiapan perkahwinan pun ada menjual chia seeds. Yang ini betul ya. Sebab saya sendiri pernah terjumpa.



Hebat sungguh penangan chia seeds ini. Masakan tidak, ada yang berkata jika mengamalkannya boleh kurus. Lagilah ramai yang suka. 

Namun disebabkan ikut-ikutan, ada yang mengalami kesan sampingan pengambilan chia seeds. Barulah ada yang tertanya-tanya, chia seeds ini ada kesan buruk ke?

Ada sesiapan pernah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan chia seeds?

Antara kesan sampingan makan chia seeds tanpa cara yang betul ialah:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Selsema

Itu antara kes yang ringan. Penyelesainnya minum air secukupnya selepas itu mengurangkan kesan yang berlaku tadi.

Kes yang berat yang pernah terjadi ialah apabila chia seeds menghalang saluran esofagus menyebabkan kesukaran bernafas.

Anda ingin tahu kenapa?

Ia disebabkan chia seeds boleh menyerap sehingga 27 kali ganda air. Apabila chia seeds dimakan tanpa direndam, ia akan menyerap air di dalam badan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kesukaran menelan ada kemungkinan chia seeds yang telah menyerap air tadi yang telah kembang di dalam badan berkumpul dan terhalang di esofagus. Akhirnya ia menyebabkan kesukaran menelan. Hanya pegawai perubatan sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah ini. Jadi, jika anda telah makan chia seeds dan rasa sukar untuk menelan selepas itu, sebaiknya berjumpalah dengan doktor.

Disebabkan itu juga, bagi yang makan chia seeds tanpa direndam hingga kembang akan rasa dahaga teramat sangat. Kekurangan air di dalam badan itulah yang menyebabkan sakit kepala dan demam. Chia seeds tadi telah menyerap air di dalam badan.

Bagi yang ingin menikmati chia seeds, chia seeds sepatutnya direndam terlebih dahulu sehingga ia menyerap air sepenuhnya dan akan kelihatan gel di sekelilingnya. Dan sukatannya pula jangan terlalu banyak. Memadai satu sudu kecil sehari sehingga badan serasi untuk menambah sukatannya.

Walaupun chia seeds amat baik untuk kesihatan kerana mengandungi kalsium, fiber, protein dan Omega 3 cara pengambilan yang salah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Bagi yang ingin mendapatkan sumber kalsium, protein dan Omega 3 dengan cara yang lebih mudah namun berkhasiat, antara pilihan yang ada ialah Ostematrix, ESP dan Omega Guard.

Pasti selamat dan berkhasiat!

Untuk mendapatkannya dengan harga istimewa, hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978.




No comments:

Post a Comment