Senaman Semasa Hamil Supaya Mudah Bersalin

9:59 pm Emalin Mohd 0 Comments

Betul ke semasa hamil boleh bersenam? Tidak membahayakan ibu atau bayi dalam kandungan ke?


Sebenarnya, senaman semasa hamil sangat penting untuk ibu hamil. Ia dapat membantu ibu untuk rasa lebih selesa semasa kehamilan dan dapat melalui proses bersalin dengan lebih yakin dan berkesan.

Senaman pada ibu hamil juga dapat:
  • Membantu mengurangkan ketidakselesaan yang sering dialami oleh ibu semasa hamil
  • Mengajar ibu cara penjagaan tulang belakang dan postur iaitu bentuk badan dengan betul
  • Membantu dalam mengawal kesakitan dan merehatkan otot yang digunakan ketika bersalin
  • Menguatkan otot-otot berkaitan yang akan digunakan ketika proses bersalin

Pastikan postur badan ibu berada dalam keadaan yang betul semasa berdiri atau duduk. Semasa berbaring juga ibu dinasihatkan untuk mengiring dan bukannya menelentang apatah lagi menelungkup. Berbaring secara telentang akan menambah tekanan kepada tulang belakang dan ibu akan berasa sangat sakit belakang. Letakkan bantal di antara kaki untuk berasa lebih selesa. Semasa ibu bangun dari pembaringan juga dinasihatkan agar bangun secara perlahan-lahan dengan mengampu badan pada tangan untuk bangun. Semasa mengangkat barang juga jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan belakang badan berasa sakit.





Walau bagaimanapun sedikit panduan untuk ibu sepanjang kehamilan agar tidak menjejaskan pula kesihatan ibu.

  • Bermula secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Jangan pula 'overdo' sampai terkejut badan.
  • Lakukan senaman sebanyak 3 kali seminggu
  • Mulakan dengan sesi memanaskan badan dan menyejukkan badan untuk memastikan tidak tersalah "urat".
  • Minum air kosong sebanyak yang boleh.
  • Pastikan badan mendapat rehat yangs ecukupnya
  • Bersenam di tempat yang selesa dan bukan di tempat yang panas seperti di tengah padang
  • Elakkan senaman yang berbentuk 'contact sport' seperti bola jaring
Ibu juga perlu berhenti melakukan senaman sekiranya terjadi perkara seperti berikut;
  • Sakit dada
  • Mengalami pendarahan atau kontraksi
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Dedupan jantung menjadi tidak sekata
  • Bengkak pada kaki atau tangan yang semakin membesar
  • Perubahan yang mendadak pada suhu badan 
Sumber: Flyers dari Unit Fisioterapi Hospital Ampang

Bagi ibu yang mengurangkan rasa sakit belakang semasa hamil juga boleh mencuba pengambilan kalsium yang mengandungi magnesium seperti Ostematrix dan juga minuman protein seperti ESP.

Ia sangat membantu mengurangkan rasa sakit belakang.

Jika anda ingin mencubanya, dapatkan harga istimewa hari ini dengan menyatakan anda ialah ibu hamil. Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978 sekarang.


Betul ke semasa hamil boleh bersenam? Tidak membahayakan ibu atau bayi dalam kandungan ke? Sebenarnya, senaman semasa hamil sangat ...

0 comments: