Berapa Berat Ibu Naik Sepanjang Kehamilan?

1:29 pm Emalin Mohd 0 Comments

Berapa kenaikan berat badan yang normal sepanjang kehamilan?


Untuk trimester pertama: 2 hingga 4 pound iaitu antara 0.9 kg hingga 1.8 kg setiap bulan.
Untuk trimester kedua dan ketiga: 3 ke 4 pound iaitu antara 1.3kg hingga 1.8 kg.

Untuk tempoh kehamilan, kenaikan berat badan sekiranya naik 1.8 kg setiap bulan boleh mencecah 16 kg dari berat badan sebelum hamil.

Jangan risau. Kalau menyusukan anak selepas bersalin nanti, InsyaAllah berat akan turun dan mendapat semula berat badan idaman anda.

Jika tidak? Cuba baca kisah kejayaan ibu yang berjaya mengurangkan 20kg selepas bersalin. Ambil inspirasi beliau. 

Salam Sayang,
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Berapa kenaikan berat badan yang normal sepanjang kehamilan? Untuk trimester pertama: 2 hingga 4 pound iaitu antara 0.9 kg hingga 1...

0 comments:

Ibu Mengandung Kena Demam Campak Dan Ikhtiar Untuk Mengatasinya

10:45 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ibu yang mengandung sekiranya jatuh sakit seperti mengalami demam campak memang amat merisaukan. Masakan tidak, tahap kesihatan ibu boleh mempengaruhi bayi di dalam kandungan. Jangkitan daripada ibu boleh melalui plasenta atau berlaku jangkitan semasa kelahiran yang boleh membawa akibat yang serius kepada bayi.

Maka, jagaan semasa mengandung amat penting. Bukan sahaja untuk ibu malah untuk bayi juga. Tetapi apa yang perlu dilakukan jika ibu mengandung mengalami demam campak?
Langkah pertama semestinya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, ibu juga boleh memastikan nutrisi di dalam badan mencukupi agar badan cukup kuat melawan jangkitan seperti yang dilakukan oleh Cik Puan Najihah Razali.
Assalammualaikum,
Saya nak kongsikan pengalaman saya pertama kali jatuh cinta dengan vitamin Shaklee
Semasa mengandung anak pertama, saya memang tak makan apa-apa vitamin pun. Akibatnya, kerap kejang betis, hb rendah, cepat letih dan tak bertenaga semasa melahirkan.
Dah masuk anak kedua pun, tak fikir lagi nak ambil apa-apa vitamin. Sehinggalah pada 14 minggu kandungan saya disahkan kena 'chicken pox'
Allahu...sakitnya kena chicken pox ni. Demam pulak tinggi sampai terpaksa ditahan wad selama 10 hari. Tapi sakitnya chicken pox ni, saya lagi risaukan baby dalam kandungan sebab ada terbaca pengalaman ibu mengandung yang kena chicken pox yang bayinya berisiko down syndrome ataupun risiko keguguran.
Emosi memang tak stabil sangat masa tu, kerap sangat menangis di katil wad. Alhamdulillah suami ada sebagai penguat semangat. Dari situ saya kuatkan semangat, nak beri yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Usaha supaya baby dalam kandungan sihat.
Saya mula amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, BComplex, Vita C, ESP, Ostematrix dan Omega Guard.


Kalau dulu saya tak pernah konsisten dan macam nak termuntah makan vitamin atau pil ape pun, kali ni saya tekad nak beri yang terbaik untuk baby saya.
Alhamdulillah selepas baik dari chicken pox, saya buat 3d4d scan untuk tahu keadaan baby saya.
Dengan izin Allah, baby saya dalam keadaan yang sihat dan Alhamdulillah sepanjang kandungan kedua ini, tiada lagi masalah kejang kaki, tiada masalah hb rendah dan saya lebih bertenaga sepanjang kehamilan dan juga semasa proses melahirkan.


Alhamdulillah, saya memang dah jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Memang betul-betul meningkatkan tahap kesihatan saya.
Anda tidak perlu kena chicken pox baru nak ambil Set Hamil Shaklee, kalau mahukan kesihatan yang baik untuk ibu dan baby, Set Hamil Shaklee ni memang terbaik. InsyaAllah

Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Ibu yang mengandung sekiranya jatuh sakit seperti mengalami demam campak memang amat merisaukan. Masakan tidak, tahap kesihatan ibu boleh ...

0 comments:

Cara Pulihkan Bisa Tumit Kaki Sehingga Naik Ke Pinggang Selepas Keguguran

7:00 am Emalin Mohd 2 Comments

Ingat tak kisah seorang wanita mengalami kesakitan apabila mencecah kaki ke lantai setelah bangun pagi? Yang ini pula kisah seorang wanita yang mengalami bisa tumit kaki setelah menjadi surirumah dan mengalami keguguran. Jika anda mengalami masalah yang sama, pastikan anda membaca kisah ini.



Jangan biarkan kerana ia boleh mengganggu emosi seorang ibu.

JANUARI 2016 (PUSINGAN BONUS)
TESTIMONI 057: SITI SHEIKH ABDULLAH
Bismillahirrahmanirrrahim

Salam buat semua.
Hai..! Saya Siti Noraini Sh Abdullah, ibu kepada 3 cahayamata hero2 ke semuanya. Inilah kisah saya..
Bisa tumit kaki asbab jatuh cintanya saya dengan Shaklee.!
Bisa tumit kaki..? Ye benar.. saya mengalami bisa tumit kaki selepas berhenti kerja pejabat & menjadi suri rumah sepenuh masa di ketika usia 30an.

Sebenarnye, memang satu kepuasan bila dapat menguruskan rumahtangga sendiri, mengasuh & melihat anak-anak sendiri membesar depan mata. Namun kerja-kerja rumah yang tak pernah habis-habis menyebabkan saya keletihan di penghujung hari.

Pada mulanya saya menyangka bisa tumit kaki saya mungkin disebabkan oleh kalah lantai jubin rumah yang sejuk. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memakai selipar getah sebagai alas kaki bagi menyelesaikan masalah dan mengimbangi sakit tumit kaki ni.. kemudian saya tambah dengan minum susu bagi memperkuat tulang yang pada hemat saya ia mungkin berkaitan tulang juga.. Sy tak pernah terlintas langsung untuk mengambil suplemen kerana saya cukup takut kesan buruk sembarangan suplemen.. Oleh itu saya cukup berhati-hati untuk memilih sebarang makanan tambahan!

Apabila saya mengalami keguguran dua kali berturut-turut pada tahun yang sama.. masalah bisa tumit kaki semakin mnjadi-jadi walaupun telah memakai alas kaki. Kesakitannya pula makin dirasai di sepanjang betis naik ke lutut dan terus ke pinggang. Kesannya saya jadi moody.. cepat nak marah kerana sakit & cepat letih. Lebih mengharukan lagi hubungan suami istri juga mnjadi dingin.

TAK BOLEH JADI..! Fikir saya, sesuatu mesti dilakukan demi keharmonian rumahtangga saya. Saya mula google berkaitan masalah saya & mencari jalan penyelesaian. Hasilnya.. menemukan saya dgn suplemen Shaklee pertama yang saya ambil iaitu ALFALFA & VITALEA melalui bekas rakan sekerja lama dari Tanjung Malim.


😘dari Tanjung Malim.

Saya memang sangat-sangat berpuas hati dgn suplemen ni.. tak habis pon sebotol saya makan.. bisa tumit kaki saya dapat diatasi. Mungkin kerana ALFALFA bersifat alkali berfungsi mendetoks toksin dalam badan, merawat dan memperbaiki dalaman saya akibat keguguran menjadikan saya hilang rasa bisa-bisa tapak kaki & tulang badan saya. VITALEA pula sangat-sangat membantu menambah tenaga kerana fungsinya telah melengkapkan keperluan nutrisi seharian saya.

Bestnye lagi.. setelah masalah-masalah saya diatasi.. tidak lama selepas itu saya kembali hamil. Malahan di sepanjang kehamilan saya.. walaupun bertambah berat badan, saya TIDAK LAGI MENGALAMI BISA2 TUMIT KAKI & LENGUH2 PINGGANG. Dan juga saya dapat tidur di malam hari dengan lenanya dengan tambahan suplemen OSTEMATRIX & ESP. Ternyata pilihan tepat suplemen mampu merubah warna kehidupan sehari-hari saya.

Syukur pada Allah atas kesihatan ini & anugerah yang tak terhingga. Alhamdulillah kerana menemukan saya dengan SHAKLEE. Tq Allah tq Shaklee!

Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)

Ingat tak kisah seorang wanita mengalami kesakitan apabila mencecah kaki ke lantai setelah bangun pagi? Yang ini pula kisah seorang wanita...

2 comments:

Testimoni Mampu Panjat Tangga Hingga Tingkat 5 Dukung Anak Semasa Hamil

7:00 am Emalin Mohd 0 Comments

Siapa ibu sedang hamil sekarang ini yang duduk rumah bertingkat-tingkat?
Ada yang tak mampu nak panjat tangga tetapi ada yang ligat ke sana ke mari. Apa tips untuk kekal cergas semasa hamil? Ikuti tips dari Cik Puan Liza.



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Nama saya Liza. Saya mula mengambil ESP bermula dari mengandungkan anak yang sulung.

Saya dapat tahu saya hamil dalam bulan Oktober 2012. Mula-mula saya minum ESP ni sebab nak anak kulit bersih putih dan merah-merah.

Alhamdulillah, memang tak sia-sia usaha saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah swt.
Baby girl saya lahir pada 15.06.2013 di usia kandungan 37 minggu.
Kulit baby putih merah gitu.
Saya amalkan ESP dari hamil sampai menyusukan baby.

Badan baby pun mantap sangat-sangat..alhamdulillah kekenyangan hehee..

Ostematrik + vitalea anak ke2
Waktu anak pertama umur 8-9 bulan, saya diberikan khabar gembira! Saya dapat tahu yang saya hamil lagi. Subur betul lepas makan ESP agaknya! Pada masa yang sama, saya masih menyusu sepenuhnya. Anak saya putus susu badan selepas umurnya setahun.

Walaupun terkejut, syukur alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.

Dalam keadaan hamil tu, Saya hantar anak yang pertama di rumah pengasuh yang terletak di tingkat 5 setiap hari. Terpikir juga samada larat ke tidak nak panjat sampai tgkt 5 ni.
Saya tambah pula ostematrik + vitalea, alhamdulillah kaki pun tak sakit dan lebih bertenaga nak panjat tgkt 5 tu hehehe..kaki pun tak bengkak time hamil ni.

Pengalaman hamil anak ke2 ni saya betul-betul tak lalu nak minum susu. Sekali je saya beli susu XXXXX, itupun susah sangat nak perabisnye. Waktu ni pun saya tak boleh terima ESP. Jadi saya ambil oste untuk dapatkan tulang kuat.
Yang vitalea ni sebab dah ada kalsium, iron dan lain-lain nutrisis dlm ni maka bacaan Hb saya pun cantik sangat!

Alhamdulillah baby ggurl lagi lahir pada 30.10.2014 (40w 2days)
Walaupun keluar tak secerah kakak die tapi bdn baby keras dah (tulang kuat katakan sebab ambil oste kan hehehee)
Badan mantap! Nak pegang pun tak takut sgt sebab badan tak lembik.
Selepas baby beberapa bulan baru start ambil esp balik sebab terpikir banyak khasiatnya..


Opps lupa..2bln ni dah start ambil VIT-C nak muka cantik! hehee..
Tapi yang penting makan makanan berkhasiat tu yang bagus..

Sekian kisah saya,
Nama saya Liza, saya suka ESP!
TERIMA KASIH.

Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Siapa ibu sedang hamil sekarang ini yang duduk rumah bertingkat-tingkat? Ada yang tak mampu nak panjat tangga tetapi ada yang ligat ke...

0 comments:

Menghilangkan Sakit Lutut Ahli Sukan Dan Orang Tua Agar Tidak Perlu Dibedah

10:42 am Emalin Mohd 2 Comments

Dulu masa muda seorang ahli sukan yang berjaya. Namun apabila masuk umur 30an, kaki dah mula sakit. Nak membengkok lutut sakit. Nak bangun sakit. Nak beribadat pun susah juga.



Ini juga tanda-tanda sakit osteoartritis mula berlaku.

Sakit osteoartritis boleh berlaku apabila terdapat geseran di antara tulang femur dan tibia di dalam sendi dan terjadi apabila rawan rosak atau haus.

Sakit ini juga didapati dari struktur-struktur berhampiran sendi lutut seperti di otot paha dan betis terutama sekali apabila sendi tidak stabil akibat rawan haus.

Punca sakit sendi / lutut:

Rawan menjadi haus akibat geseran. Ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoartritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.
Ia akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kecederaan lutut ataupun struktur-struktur berhampiran lutut, seperti patah tulang, ujar beliau.
Namun demikian, tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal juga menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula mengalami osteoporosis.
Sendi menjadi keras atau kaku dan senang mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang pergerakan akibat otot-otot yang lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk pemakanan/nutrisi rawan seperti asid hialuronik.
Tanpa pemakanan yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah, bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang sebahagian penyebab utama sakit sendi lutut.
Seseorang yang berat atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul. Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil.
Cara rawatan sakit sendi / sakit lutut:

1) Senaman dan fisioterapi 
2) Ubat penahan sakit untuk masa singkat tetapi tidak boleh berterusan.
3) Suplemen-suplemen seperti glucosamine sulfate dan chondroitin 

Set Sendi ini mengandungi kalsium untuk mengurangkan risiko osteoporosis, mengurangkan kesan radang di dalam sendi serta membekalkan glukosamina dan asid hialuronik.

4) Suntikan viskosuplemen bagi mengganti atau menambah cecair sinovial untuk kelinciran sendi.
5) Pencucian artroskopi iaitu pembedahan segera mengeluarkan agen-agen radang di dalam lutut di samping mencuci rawan. 
6) Pembedahan gantian sendi melibatkan kos yang tinggi

Sebelum sakit lutu melarat sehingga memerlukan pembedahan, dapatan Set Sendi di atas dengan menghubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978








Dulu masa muda seorang ahli sukan yang berjaya. Namun apabila masuk umur 30an, kaki dah mula sakit. Nak membengkok lutut sakit. Nak bangun...

2 comments:

Jadilah Seperti Rashid

2:31 pm Emalin Mohd 3 Comments

Rashid.
Nama yang popular kebelakangan ini. Siap ada # hashtag lagi. Jadilah seperti Rashid dikatakan diadaptasi dari Be like Bill namun disesuaikan dengan budaya Malaysia.

Dan ini pun trending Rashid. Namun Rashid dalam cerita ini telah berkahwin dengan Wawa. 

Apa kisah Rashid kali ini?


Jangan jadikan kes remeh sehingga bercerai! Disebabkan itu Rashid mengambil langkah yang bijak dengan mengatasi masalah tersebut.

Wawa gembira, Rashid pun suka!

Jadilah seperti Rashid.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) di 0192500978 jika anda ingin membeli Vitamin C dan Herbal Blend. 

Rashid. Nama yang popular kebelakangan ini. Siap ada # hashtag lagi. Jadilah seperti Rashid dikatakan diadaptasi dari Be like Bill namun ...

3 comments:

Menghilangkan Gelembung Air Bisa Pada Anak Tanpa Menggunakan Steroid

1:26 pm Emalin Mohd 0 Comments

Sekarang cuaca di Malaysia agak panas. Jika sebelum ini kita khuatir banjir akan berlaku namun tahun ini sebaliknya. Cuaca menjadi sangat panas.




Cuaca panas akan memberikan kesan kepada anak-anak terutamanya bayi. Sehinggakan bayi terkena ruam panas. Namun ruam panas biasa tidak menjadi masalah kepada ibu bapa. Namun pasti ibubapa risau sekiranya ruam panas itu menjadi lebih teruk dan menjadi gelembung dengan ada cecair serta berwarna kuning.

Selain ubat sapu steroid, apa lagi ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan ruam panas kepada anak kita?

Ikuti kisah Pn Hanim Ismail ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni saya nak share pasal Herbal Blend Shaklee yang sangat sangat awesome tau..
Rugi pulak rase bile tak share benda ni..

Awal bulan 9 hari tu, saya baru jer melahirkan hero yang ke 3. Berat 3.55kg.. Alhamdulillah semua selamat.. Esoknya boleh terus balik rumah..

Tapi sebab dengan cuaca panas dan jaundis lagi, kulit anak jadi sensitif dan tiba- tiba naik gelembung air kat belakang leher.. Mula -mula naik kecil jer.. Takpe la.. Kiteorang fikir maybe ruam atau kalo orang kelantan panggil 'cemar peluh'.

Pastu esoknye, nurse KK datang melawat kat rumah. Terus disuruhnye ke KK untuk jumpa doktor sebab risau takut jangkit dengan anak-anak lain kalau gelembung air tu pecah.

Sape tak risau kan? Bawak la g jumpe doktor kat KK sambil nak check jaundis. Doktor tu pun bagi ubat HYDROCORTISONE. Bila balik, terfikir jugak nak letak ke ubat yang doktor bagi tu sebab tau dalam tu ada steroid.

Suami suruh sapu jer la ubat tu. Takpe la, sapu jer la ubat tu. Finally esoknya, mak ai tengok gelembung air tu makin besar. Dalam gambar tu, gelembung air yang makin besar lepas sapu ubat doktor bagi tu.

Saya pun nekad tak nak sapu dah ubat doktor bagi tu. Bila dah jadi mak ni kan, instinct kedoktoran tu ada sikit-sikit. Apa lagi try jadi doktor la sekejap.

Lepas mandikan anak, saya amek tisu saya pecahkan gelembung air tu. Habis keluar air bisa kaler kuning tu. Lepas tu saya sapu krim Herbal Blend Shaklee tu.


Alhamdulillah.. Petang tu terus kering gelembung air tu. Dah tak nak gelembung air tu. Dalam 3 hari lepas tu, parut- parut gelembung semua dah hilang. Alhamdulillah lega sangat.

Sekarang ni memang wajib ada krim ajaib ni. Kena gigit nyamuk pun saya sapu tau. Nanti bekas hitam kena gigit nyamuk tu hilang..

Rugi tau sape yang tak pernah mencubanya. Yang ada anak kecik tu saya syorkan sediakan satu krim ajaib ni. Ruam lampin, gatal- gatal, ruam peluh memang berkesan sangat bila guna krim ni..

Bila nak keluar rumah benda ni la yang wajib ada dalam handbeg saya. Kadang boleh lupa amek fon, tapi krim ni memang tak pernah miss punye...


Satu tiub Herbal Blend ini hanya RM27.50 dan boleh dipos ke seluruh Malaysia (tambah kos pos mengikut kawasan).




Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)

Sekarang cuaca di Malaysia agak panas. Jika sebelum ini kita khuatir banjir akan berlaku namun tahun ini sebaliknya. Cuaca menjadi sangat ...

0 comments:

Vitamin Yang Tidak Boleh Dimakan Bersama Dengan Warfarin (Ubat Cair Darah)

12:45 pm Emalin Mohd 4 Comments

Warfarin ubat halang darah beku
Warfarin ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang pembekuan darah yang pekat. Ianya lebih popular dengan panggilan ‘ubat cair darah’ dalam kalangan pesakit. Walaupun begitu, sebenarnya warfarin tidak mencairkan darah tetapi menghalang darah daripada mudah membeku dan membentuk gumpalan yang mampu menyekat perjalanan darah yang seterusnya menyebabkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok ataupun pulmonari embolisma.

Warfarin digunakan bagi merawat penyakit yang dipanggil venous thrombosis (pembekuan darah pada salur darah vena) dan cabangnya iaitu pulmonari embolisma (pembekuan darah pada paru-paru). Ia juga digunakan pada pesakit yang mempunyai degupan jantung yang tidak sekata (atrial fibrillation) ataupun pesakit yang telah menjalani penukaran injap pada jantung. Selain daripada itu, warfarin juga digunakan bagi mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung kali kedua dan strok.
Bagi pesakit yang mengambil warfarin, lazimnya kepekatan darah akan sentiasa dipantau bagi mencapai keberkesanan yang disasarkan selain mengelakkan risiko pendarahan. Bagi tujuan permonitoran darah, International Normalised Ratio (INR) digunakan sebagai kayu pengukur kepada kepekatan darah. Biasanya sasaran kepekatan darah adalah antara INR 2.0 – 3.0 dan kepekatan darah yang melepasi 4.0 dikatakan tidak mempunyai kelebihan dari segi keberkesanan dan boleh mendedahkan pesakit kepada risiko pendarahan. Oleh itu, sasaran kepekatan darah yang digunakan adalah spesifik bagi setiap individu pesakit mengikut kepada indikasi warfarin tersebut.
Warfarin berfungsi dengan cara menghalang pembentukan semula vitamin K di dalam badan manusia. Oleh sebab itu, warfarin juga dikenali sebagai antagonis kepada vitamin K (vitamin K antagonists). Maka, sebarang makanan yang mempunyai banyak vitamin K mampu mengurangkan keberkesanan warfarin dalam menghalang pembekuan darah.
Antara sumber makanan yang mempunyai kandungan vitamin K yang tingggi adalah seperti hati, sayur brokoli, tauge dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, ketumbar dan kubis. Selain daripada itu, warfarin juga bertindakbalas dengan buah kranberi dan anggur.
Justeru, pesakit yang mengambil ubat warfarin ini haruslah menjaga pemakanan mereka agar keberkesanan rawatan warfarin dapat dicapai dan diteruskan selain mengelakkan pendarahan daripada berlaku. Sebarang perubahan ketara kepada diet harian mahupun pengambilan ubat-ubatan lain hendaklah dilakukan selepas berbincang dengan pakar perubatan yang merawat dan ahli farmasi.
Isu yang sering dibangkitkan berkaitan dengan penggunaan warfarin ini adalah risiko pendarahan. Oleh itu, pesakit yang mengambil ubat warfarin kerap dinasihatkan agar sentiasa memerhatikan sebarang tanda-tanda pendarahan yang mungkin berlaku seperti kencing atau najis berdarah, kewujudan tanda-tanda lebam pada anggota badan, pendarahan pada gusi atau anggota lain yang tidak berhenti dan najis yang bertukar warna kepada warna hitam pekat. Selain daripada itu, risiko pendarahan juga boleh berlaku melalui pendarahan semasa haid yang melampau dan juga pendarahan hidung yang tidak berhenti.
Pesakit yang mempunyai sebarang tanda-tanda pendarahan adalah dinasihatkan agar terus berjumpa dengan doktor dan membawa bersama semua ubat yang diambil termasuklah warfarin bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai punca pendarahan tersebut.
Pesakit-pesakit yang menerima rawatan warfarin juga hendaklah sentiasa berwaspada apabila hendak melakukan sebarang prosedur kesihatan seperti rawatan pergigian. Menjadi tanggungjawab pesakit untuk memberitahu doktor berkaitan ubat warfarin yang diambil bagi mengelakkan risiko pendarahan yang mungkin berlaku.
Bagi memastikan pesakit yang mengambil warfarin dapat mencapai keberkesanan yang diingini dan mengelakkan sebarang risiko pendarahan, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mewujudkan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) warfarin. Perkhidmatan MTAC Warfarin ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai farmasi di hospital.
Melalui program MTAC Warfarin ini, pesakit boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai warfarin, diet dan pemakanan, interaksi warfarin dengan ubat-ubatan lain serta tahap kepekatan darah (INR) mereka. Setiap pesakit diberikan buku rekod warfarin agar pesakit boleh merekodkan bacaan INR dan seterusnya memantau perkembangan kepekatan darah mereka.
Pesakit disarankan untuk mengambil warfarin sebelum makan malam bagi memastikan ianya mencapai keberkesanan yang optima. Sekiranya pesakit terlupa untuk mengambil warfarin sebelum makan, ia boleh diambil dua jam selepas makan. Walau bagaimanapun, jika pesakit terlupa untuk mengambil warfarin pada hari yang sama, pesakit boleh mengambil dos warfarin yang seterusnya pada waktu dan dos yang sama pada hari esok. Pesakit tidak boleh sama sekali menggandakan dos warfarin pada hari itu bagi menampung kekurangan dos yang terlupa diambil semalam harinya.
Dengan kerjasama erat dalam kalangan profesional kesihatan dan pesakit, adalah diharapkan keberkesanan rawatan warfarin yang optima dapat dicapai dan dalam masa yang sama, risiko pendarahan dapat dielakkan.
Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. 
Bagi yang mengambil Shaklee, antara vitamin dan supplement yang mengandungi Vitamin K ialah Alfalfa dan Vita-lea. Jadi kenalpasti ubat yang dimakan dan vitamin yang diambil agar ia tidak mengurangkan kesan salah satunya.



Warfarin ubat halang darah beku Warfarin ialah sejenis ubat yang digunakan bagi menghalang pembekuan darah yang pekat. Ianya lebih popu...

4 comments:

Cara Atasi Sakit Tumit Kaki Terutama Selepas Bangun Pagi Dengan Cepat

3:12 pm Emalin Mohd 2 Comments

Selepas bersalin iaitu semasa berpantang, ada juga ibu yang mengalami sakit tumit. Rasa sakit tumit lebih dirasai sewaktu bangun pagi semasa kaki mencecah lantai. Rasanya mencucuk-cucuk. Jika ada pembantu rumah, bolehlah berehat dulu seminit-dua menghilangkan rasa sakit. Tetapi jika tiada pembantu? Nak tak nak kena bangun juga awal pagi dan berjalanlah terhincut-hincut menahan kesakitan.




Nasib baik seorang ibu ini cepat bertindak dengan mencari solusi untuk sakit tumit. Dan lebih baik lagi apabila penyelesaian tersebut sangat serasi dengan beliau. Apa yang beliau lakukan?

Assalamualaikum,
Saya Nor Hawana Mohd Tahir, berusia 33 tahun. Kisah Saya bermula dengan OSTEMATRIX Shaklee. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..dah cinta terus tangkap sayang. 

Begitulah ibaratnya kisah Saya bersama Shaklee. Hanya membaca testimoni seorang Doktor yang mengamalkan OSTEMATRIX Shaklee untuk masalah sendi, hati terus terpaut.

Sebenarnya Saya mengalami masalah tapak kaki yang boleh dikatakan kronik juga semasa berpantang anak kedua. Setiap kali bangun pagi, mesti sakit terincut-incut bila nak berjalan pijak lantai. Saya beranggapan mungkin kesan daripada proses berpantang anak kedua. 



Kekurangan kalsium barangkali. Jujurnya sewaktu proses kehamilan anak kedua Saya memang culas minum susu. Situasi ini berulang hampir setiap hari. Secara tak langsung ia sangat mengganggu aktiviti harian Saya. Apa yang boleh Saya gambarkan saat itu ialah seperti berjalan diatas bara api.

Saya sebenarnya cukup takut nak mencuba sebarangan supplemen ni. Tapi disebabkan tapak kaki yang terlalu sakit dan hasil kajian Saya ke atas setiap testimoni yang SID kongsikan di facebook dan google… akhirnya Saya tawakkal beranikan berjumpa dengan senior Sekolah menengah Saya iaitu Puan Hartini Badri seorang SID berjaya. 

Tanpa fikir panjang saya terus jadi ahli dengan membeli OSTEMATRIX dan MEAL SHAKES. Ketika itu Mealshakes ada promosi jadi saya belikan untuk anak sulong yang mengalami masalah berat badan dan kurang selera makan.



Alhamdulillah, berkat konsisten pengambilan OSTEMATRIX selama dua bulan..tapak kaki Saya dah tak sakit lagi. Saya dapat bangun tidur dengan gembira tanpa risau untuk memijak lantai. Syukur sangat!!sehingga ke hari ini, kalau tertinggal nak telan OSTEMATRIX pun kaki Saya takkan rasa sakit yang berlarutan. Benarlah bagai dikata, vitamin bukan ubat...sebaliknya ia adalah pelengkap nutrisi seharian.

Sedikit demi sedikit makin bertambah produk Shaklee yang Saya cuba antaranya ESP dan Vitamin C 500mg. Bukan sahaja Saya yang mendapat kesan terbaik dari pengambilan supplimen Shaklee, tetapi anak kedua Saya yang berusia 2 tahun 8 bulan pun turut terkena tempias vitamin yang Saya ambil melalui susu badan. 

Berat badannya akan naik setiap kali temujanji di Klinik. Graf BMI pun cantik kalau nak dibandingkan dengan kakaknya dahulu. Dan yang paling ketara warna kulitnya semakin cerah berbeza sewaktu kelahirannya. Syukur sangat.

Terima kasih Allah, Terima kasih Shaklee.
Benda baik tak elok didiamkan, jadi buat korang yang mengalami situasi macam Saya, masih tercari-cari produk apa nak makan, produk apa nak amal..Nah Korang patut cuba vitamin dari Shaklee. Serius…kesannya sangat luar biasa. Cuba tau.. Sekian..
I Love Shaklee 


Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978
smile emoticon

Selepas bersalin iaitu semasa berpantang, ada juga ibu yang mengalami sakit tumit. Rasa sakit tumit lebih dirasai sewaktu bangun pagi semas...

2 comments:

Mengatasi Masalah Mata Kering, Tidak Selesa Dan Berpasir Dengan Cepat

7:00 am Emalin Mohd 2 Comments

Mata anugerah dari Ilahi. Bagi yang sememangnya ada "power" seperti cerita dalam X-Men, pertanyaan tentang "power" yang dimiliki antara yang disembangkan.



Akan tetapi masalah mata bukan sekadar pada "power" sahaja. Ada yang mengalami keadaan di mana mata menjadi kering menyebabkan rasa tidak selesa. Ingatkan sementara sahaja namun bukan.

Ikut kisah NIK SITI MARDHIAH ABD RAHMAN dalam mencari solusi mata kering yang beliau alami.



ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014.

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.
 
Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius.

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari.



Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3. 

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?
 
Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari.

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari?


Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Jika anda mengalami masalah yang sama dan ingin mengatasinya, hubungi Pn Emalin Mohd secara SMS / Whatsapp di 0192500978

Mata anugerah dari Ilahi. Bagi yang sememangnya ada "power" seperti cerita dalam X-Men, pertanyaan tentang "power" yang...

2 comments:

Menghilangkan Sembelit, Buasir dan Sakit Kepala Semasa Hamil Serta Luka Bersalin Cepat Sembuh

7:00 am Emalin Mohd 2 Comments

Pernah dengar atau alami tak pengalaman ngeri semasa hamil dan berpantang sehingga rasa trauma? Antara yang dialami oleh ibu ini ialah:

  • Sembelit sehingga pendarahan berlaku
  • Selalu mengalami kekejangan kaki atau cramp
  • Jangkitan pada jahitan sehingga perlu dibuka dan dijahit semula secara tanpa ubat bius
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Luka lambat sembuh sehingga masuk hari ke 30 baru baik
Tak percaya? Ini yang dialami oleh seorang ibu yang telah mempunyai 6 orang anak. Jangan biarkan anda mengalami pengalaman beliau yang mengerikan semasa hamil dan berpantang.


Ini cerita beliau:

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini).

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

 

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.

                     
Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!




Jika anda inginkan pengalaman hamil dan berpantang yang indah, dapatkan set di atas dengan menghubungi

Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Pernah dengar atau alami tak pengalaman ngeri semasa hamil dan berpantang sehingga rasa trauma? Antara yang dialami oleh ibu ini ialah: ...

2 comments: