Hilangkan Bisul Di Punggung Dengan Cepat

4:29 pm Emalin Mohd 4 Comments

Bisul oh bisul. Lagi teruk apabila terkena bisul di punggung. Nak duduk kena menyenget sebab sakit apabila bisul terkena kerusi. Siapa pernah kena? Kadangkala rasa malu untuk berjumpa doktor apabila kedudukan bisul tersbeut di tempat yang agak memalukan juga. Ada yang sanggup menahan kesakitan daripada berjumpa dengan doktor. 

hilangkan bisul dengan cepat

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. 
 
"Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh," kata Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha dan kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi.

"Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu," jelas beliau.

Simptom-simptom bisul
Dr. Abd. Hamid berkata, bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. 


  • Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. 
  • Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. 

Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Punca-punca bisul
Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut, injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh, dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. 

Bakteria-bakteria ini, kata Dr. Abd. Hamid, selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung. 

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda. 

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan meluru ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-faktor risiko
Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  •  Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  •  Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  •  Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.
  •  Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.
Bila perlu mendapatkan rawatan perubatan?
Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  •  Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  •  Bisul yang kerap timbul
  •  Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  •  Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Rawatan bisul
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. 

Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. 

Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan daripada bisul berulang
  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  •  Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  •  Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip penjagaan bisul sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut. 
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan. 
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Sumber: Utusan Malaysia


Rawatan alternatif Shaklee bagi bisul

  • Menyapu Herbal Blend pada bisul kerana ia mengandungi sage, horse chesnut dan yarrow yang membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka
  • Nutriferon yang mengandungi biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle Jepun & bunga safflower. Kandungan dalam Nutrifeon ini membantu meningkatkan imuniti badan kita dengan menyediakan askar tambahan untuk berperang dengan musuh dalam badan iaitu bakteria dan virus jahat. Ia mengandungi interferon yang mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag.
  • Garlic Complex yang mengandungi Allicin iaitu bahan yang terdapat dalam bawang putih yang berbau kuat. Allicin inilah memberikan banyak manfaat kesihatan terutama dalam meningkatkan tahap kesihatan. Ia digabungkan dengan Rosemary agar bau bawang putih tidak ketara.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Bisul oh bisul. Lagi teruk apabila terkena bisul di punggung. Nak duduk kena menyenget sebab sakit apabila bisul terkena kerusi. Siapa pern...

4 comments:

Cara Mengurangkan Sakit Senggugut Dan Tidak Perlu Lagi Cuti Setiap Bulan

4:28 pm Emalin Mohd 0 Comments


Senggugut ini bukan main-main. Walau setiap bulan period akan datang, namun bagi yang period datang sekali dengan sakit senggugut memang sangat sakit. Ada yang memang dalam sebulan sehari akan cuti sakit atau mengambil cuti akibat sakit dek penangan senggugut.
 


 ubat senggugut


Saya dulu-dulu pun berpengalaman mengalami senggugut. Sakit yang boleh pitam ditambah dengan rasa seram sejuk. Memang sakit dan rasa nak berguling-guling.

Dalam 1,000 anak gadis berumur 16 hingga 18 tahun didapati 21% ada mengalami senggugut dan 26% pula menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke sekolah atau tempat pengajian kerana sakit akibat senggugut.



CARA MENGATASI  SENGGUGUT
  • Elakkan makanan-makanan ini, aiskrim, coklat, kafein , makanan bergoreng dan berlemak tinggi. Makanan-makanan ini akan menjadikan perut kembung dan kejang. Ambil makanan yang tinggi kalsium seperti kekacang. susu untuk mengurangkan kekejangan dibahagian perut.
  • Kawal pengambilan lemak dan garam berlebihan kerana makanan ini akan membuatkan pengumpulan air  berlebihan didalam badan.

  • Antara cara mengatasi senggugut dengan berkesan adalah dengan mengamalkan rutin senaman yang konsisten. Senaman akan membantu mengurangkan kesakitan akibat senggugut.  Satu kajian telah dibuat dan mendapati senaman akan membuatkan tubuh badan kita mengeluarkan sejenis  baham kimia yang menyerupai morfin yang dinamakan endorphin. Endorphin bertindak dengan melegakan  kesakitan dan tekanan emosi  yang diakibatkan oleh senggugut.
  • Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan,
  • Pengambilan vitamin-vitamin tertentu boleh membantu mengurangkan risiko simptom pra haid
  1. Vitamin A dan  Vitamin C untuk mengelakkan kulit  berjerawat dan kulit allergi
  2. Vitamin B untuk menenangkan emosi dan stress
  3. Vitamin E untuk mengurangkan kesakitan pada payudara sepanjang tempoh menstruasi
  4. Kalsium dan magnesium untuk mengelakkan pengecutan keterlaluan pada rahim yang mengakibatkan senggugut teruk
Supplement daripada rangkaian Shaklee juga membantu mengurangkan rasa sakit senggugut.

B Complex– B complex berfungsi sebagai penenang semulajadi yang membantu menenangkan emosi dan stress semasa tempoh menstruasi.

GLA COMPLEX– Gla Complex ialah asid gamma linelonik yang digunakan secara tradisional untuk mengurangkan  kesakitan akibat senggugut, mengurangkan sakit kepala dan mengatur kitaran haid yang tidak teratur. Di dalamnya juga ada Vitamin E untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada payudara.

ESP-Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan rahim. Ia juga membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. Kala senggugut menyerang, perut juga boleh dialas dengan ESP kerana ketika ini selera makan memang tiada.

Ostematrix-padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain  untuk  membantu mengurangkan senggugut. Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix dapat membantu mengurangkab "moody" yang sering berlaku sebelum mengalami period. Vitamin D, kalsium dan magnesium juga mengurangkan rasa sakit akibat senggugut dengan mengelakkan pengecutan terlalu kuat pada rahim.


Omega Guard mengandungi Omega 3 membantu mengurangkan radang yang berlaku yang mungkin menjadi punca kepada senggugut.
 

TESTIMONIAL SUPPLEMEN SHAKLEE
testimoni-gla-senggugut testimoni-gla-senggugut2

Senggugut ini bukan main-main. Walau setiap bulan period akan datang, namun bagi yang period datang sekali dengan sakit senggugut memang s...

0 comments:

Produk Kecantikan Yang Selamat Dan Berkesan

3:01 pm Emalin Mohd 0 Comments

Adakah rangkaian produk kecantikan muka anda mengandungi Tretinoin, Hydroquinone dan Merkuri? Ada dan kulit anda bertambah cantik? Tahukah anda bahawa tiga bahan ini amat bahaya bukan sahaja pada diri anda tetapi juga pada anak anda?


TRETINOIN
Jika produk mengandungi bahan ini ia boleh menyebabkan kulit menjadi pedah dek kerana kulit sudah mengelupas. Apabila sudah mengelupas terkena pula cahaya matahari menjadikannya sangat sensitif. Ada yang kelihatan seperti melecur pada kulit setelah memakai produk mengandungi Tretinoin.

HYDROQUINONE
Kulit akan menjadi merah dan warna kulit akan berubah. Kulit menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari dan risiko mendapat kanser kulit meningkat kerana kadar perlindungan kulit terhadap sinaran UV sudah berkurangan.

MERKURI
Umum mengetahu merkuri amat berbahaya untuk badan kerana ia adalah sejenis logam berat. Namun banyak produk kecantikan memasukkan merkuri kerana keupayaannya untuk mencerahkan kulit. Tambahan pula ramai yang obses untuk mendapatkan kulit cerah. Merkuri yang diserap di dalam badan boleh berkumpul dans eterusnya merosakkan pula anggota badan seperti buah pinggang dan juga saraf. Lagi-lagi jika seseorang sedang hamil, merkuri tersebut boleh meresap ke dalam bayi di dalam kandungan sekaligus mengganggu perkembangan otak.

Jika seseorang itu amat sukakan produk kecantikan tersebut walaupun telah mengetahui mengandungi bahan berbahaya dan dirasakan amat berkesan untuk kulit beliau, fikirkan orang lain yang mungkin terkesan. Dan orang tersbeut selalunya yang paling kita sayangi iaitu anak-anak.

Bayangkan anak-anak yang bersama dengan kita membelai kulit wajah dan mencium pipi, dan kemudian tangan comel yang sama memasukkan ke dalam mulut mereka. Bahan-bahan tersebut mungkin akan termasuk sekali. Jika setiap hari, sikit-sikit pun lama-lama akan jadi bukit, bukan?

Jadi jika bukan kerana diri snediri fikirlah orang yang tersayang dalam memilih produk kecantikan yang tidak mengandungi bahan berbahaya.

Buntu untuk memilih produk yang tidak berbahaya dan pada masa yang sama berkesan untuk kulit?

Mari saya perkenalkan, Nutriwhite Shaklee.

 

Nutriwhite dihasilkan daripada campuran 16 ramuan dari 16 buah negara yang berlainan. Ramuan semulajadi ini menjadikan kulit lebih:

  • Berseri
  • Sihat
  • Segar
  • Warna cerah sekata
  • Memudarkan parut jerawat

Nutriwhite SELAMAT kerana:

  • Dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi tanpa sumber haiwan
  • Tiada parabens
  • Tiada merkuri
  • Tanpa SLS (semak pencuci anda ada atau tak SLS)
  • Tanpa petroleum (petroleum selalu ditambah di dalam set penjagaan kulit)
4 Cara Nutriwhite bertindak iaitu:

MENGHALANG – Melindungi kulit secara aktif dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan UV.

MENGURANGKAN – Mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan kulit gelap dan kusam. Kulit akan kelihtan lebih cerah dan berseri. penggunaan yang berterusan menjadikan kulit anda kekal dengan tona yang sempurna.

MENYEKAT – Pigmentasi disekat dari muncul di lapisan atas kulit sekaligus menghalang kulit dari bertompok.

MENCERAH – Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit sekata.

MEMPERBAHARUI – Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang kulit tersumbat sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
TESTIMONI NUTRIWHITE 




Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978 untuk mendapatkan 
SET PENJAGAAN KULIT ANDA.

Adakah rangkaian produk kecantikan muka anda mengandungi Tretinoin, Hydroquinone dan Merkuri? Ada dan kulit anda bertambah cantik? Tahukah ...

0 comments:

4 Punca Masalah Sukar Hamil Dan Cara Mengatasinya

10:37 am Emalin Mohd 2 Comments

Tahukah anda bahawa satu daripada enam atau tujuh pasangan berkahwin mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat atau dipanggil sebagai subfertiliti. Definisi ini bermaksud kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara tetap tanpa pelindung selama dua tahun. Tambahan pula zaman sekarang ramai pasangan yang kahwin di umur 30an. Dan sekiranya setahun telah berkahwin namun masih belum mempunyai tanda-tanda kehamilan, sebaiknya pergilah mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin. Semakin cepat pasangan tersbeut mendapatkan rawtan perubatan, maka semakin tinggilah peluang untuk mengetahui masalah yang dialami dan sekaligus mengetahui cara untuk mengatasinya.



Tambahan pula tahap kesuburan juga dikaitkan dengan peningkatan usia. Bagi wanita yang berumur di antara 35 hingga 39 tahun peluang untuk hamil akan berkurangan separuh daripada wanita yang berumur di antara 19 hingga 26 tahun. Jadi bagi yang jodohnya sampai lewat, cepat-cepatlah bertindak untuk mengatasi masalah ini.

Anatar sebab-sebab berlakukan masalah ketidaksuburan ialah:


1.Masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur): Masalah ovulasi boleh disebabkan oleh sindrom polycystic ovarian, hormon yang tidak seimbang, kekurangan atau berlebihan berat badan, sakit kronik dan pembedahan pada ovari.


2. Struktur tiub fallopio dan kaviti uterus yang tidak jelas: Berkaitan dengan tiub fallopio pula, ia mungkin disebabkan tiub berkenaan tersumbat atau telah rosak. Ini mungkin akibat daripada jangkitan penyakit kelamin (STD), pembedahan sebelumnya atau masalah endometriosis.


3. Bagi golongan lelaki pula masalah yang biasa dihadapi adalah tahap kualiti sperma yang kurang atau abnormal. Ketidaknormalan ini meliputi bilangan sperma , pergerakan sperma dan atau rupabentuk sperma.Keadaan ini berpunca samada daripada keabnormalan kongenital, masalah hormone, jangkitan pada testis (contoh; demam campak), testis yang termasuk, pendedahan kepada radiasi / bahan kimia, merokok, lebihan berat badan dan varicocele.


4. Bagi sesetengah pasangan pula mungkin sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti dan digolongkan sebagai ‘unexplained subfertility’. Tekanan juga mungkin menjadi faktor tetapi agak sukar untuk dikategorikan.



Kesan

Pasangan mestilah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan selepas dua tahun ketidaksuburan memandangkan kelewatan atau penangguhan boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun di kalangan wanita atau memburukkan lagi keadaan sedia ada.


Rawatan

Beberapa ujian asas boleh dijalankan oleh pakar. Ini termasuklah analisis air mani bagi lelaki dan ujian berkaitan hormon pada hari ke-21 bagi ovulasi untuk wanita jika haid datang setiap 28 hari. Jika ketidaknormalan ditemui semasa ujian klinikal pesakit harus dirujuk kepada pakar kesuburan. Melaluinya pemeriksaan lanjut ke atas tiub fallopio, kaviti uterus dan sebagainya akan dijalankan. Ia dilakukan menggunakan imbasan ultrabunyi (melalui imbasan trans-vagina), imbasan radiologi iaitu HSG (histerosalpingogram) atau pembedahan kecil secara invasif (laparoskopi atau histeroskopi).


Pemilihan rawatan termasuk rangsangan ovulasi dengan ubatan kesuburan dan pemantauan dengan imbasan ultrabunyi serta inseminasi sperma suami ke dalam rahim (permanian beradas). Sesetengah pasangan pula mungkin memerlukan teknik perubatan yang lebih maju. Teknik ini adalah in-vitro fertilization, IVF (bayi tabung uji) di mana telur (ovum) disenyawakan dalam makmal dan embrio yang telah terbentuk dimasukkan semula ke dalam rahim. 

Suntikan sperma secara intra-cytoplasmic (ICSI) pula bermaksud persenyawaan telur dihasilkan dengan menyuntik satu sperma ke dalam telur. Penyedutan sperma testikular (TESE/TESA) pula adalah di mana sperma diperolehi daripada testis melalui pembedahan. Rawatan pembalikan dari ketidaksuburan adalah pilihan untuk wanita yang telah menjalani pengikatan (ligasi) tiub peranakan.

Pencegahan


  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau menagih dadah. Lakukan senaman, kekalkan berat badan yang ideal. Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol. Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual (STD)
  • Lakukan hubungan kelamin semasa waktu subur (hari ke 10-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan
  • Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita)
  • Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain
  • Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit. Dapatkan juga rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dan sebagainya.

Sumber Rujukan:http://www.myhealth.gov.my



Selain daripada itu, kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


1. Vivix-  Vivix membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

2. Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa multivitamin?? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.


Mangan dan magnesium yang terdapat di dalam Vita-Lea juga membantu ereksi bagi lelaki.


3. B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.


Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.

Asid folik juga amat penting dan perlu diambil 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Ia membantu mengurangkan risiko kecacatan pada janin seperti spina bifida.

4. Vitamin  C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.


5. Vitamin E & Selenium – bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.


6. Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 (Gla Complex) meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.


7. Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma


8. GLA Complex– membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

Keliru untuk pilih yang mana satu?

HUBUNGI PN EMALIN MOHD 
+60192500978 (SMS / WHATSAPP)

Tahukah anda bahawa satu daripada enam atau tujuh pasangan berkahwin mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat atau dipanggil sebagai subf...

2 comments: